Thursday, November 10, 2011

Update : SELAMAT DATANG YAB PM KE KOTA RAJA

Pagi ini saya mendapat panggilan telefon dari petugas sekretariat saya. Bendera parti yang saya minta mereka pasangkan sempena kedatangan YAB PM ke KOTA RAJA malam ini telah ditanggalkan oleh sekumpulan manusia selepas tengah malam semalam.


Klik sini untuk melihat lebih banyak gambar : Candid : Warna warni sambutan Hj Najib ke Kota Raj...

YAB PM akan menyempurnakan majlis Deepavali peringkat Nasional di Kota Raja bukan datang sebagai Presiden UMNO untuk meresmikan mesyuarat agong UMNO bahagian Kota Raja!

Semenjak PR memerintah Selangor, tiada arahan yang dikeluarkan supaya bendera dacing BN ditanggalkan. Malah pihak PBT amat toleransi dengan bendera2 parti politik. Kesempatan ini saya lihat sebagai keterbukaan PR meraikan demokrasi. Kalau ada bendera atau kain rentang UMNO yang ditanggalkan ia adalah tindakan individu yang tidak rasional. Malah di Johan Setia ada kain rentang yang saya percayai diletakkan oleh penyokong UMNO yang memaki PR pun tidak ditanggalkan oleh JKKK.

Apakah kain rentang ucapan selamat datang PM Malaysia oleh Ahli Parlimen yang dipilih rakyat terbanyak satu perkara yang 'offenssive' atau menghina PM? Pengundi saya bukan sahaja orang PAS tetapi juga rakyat jelata yang tidak berparti dan juga dari kalangan orang UMNO. Tidak bertamaddunlah saya jika saya tidak mengalu-alukan Perdana Menteri Malaysia. Saya mungkin tidak mempunyai ideologi politik yang sama tetapi beliau masih PM Malaysia. Kalau saya ke luar negara dan ditanya siapa PM Malaysia, tak kan saya hendak kata saya tidak ada PM?

Saya bengang betul dengan kepimpinan golongan tertentu di Kota Raja ni. Selama ini saya tidak pernah ambil pusing apakah parti apa yang disokong oleh rakyat atau pengundi Kota Raja. Ramai yang datang berjumpa dengan saya mengenai pelbagai hal terdiri daripada orang UMNO. 

Tidak menjadi hal. Saya wakil rakyat Kota Raja. Tidak apa kalau orang UMNO tidak mengiktiraf saya sebagai wakil rakyat mereka tetapi jangan sabotaj saya mengalu-alukan PM ke Kota Raja. Saya tidak ada apa nak bodek PM. Kalau nak bodek PM tunjukkan kepada PM yang anda boleh 'deliver' bukan hanya mampu buang kain rentang dan bendera orang lain. Tiadanya bendera PAS dan PKR tidak semestinya kami tiada di Kota Raja.
Published with Blogger-droid v1.6.8

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts