Sebentar tadi bertempat diruang legar Kompleks PKNS Shah Alam berlangsung upacara Pelancarn buku Tawaran Negara Berkebajikan oleh YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden Tuan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden YB Salahuddin Ayob, Setiausaha Agung PAS Dato Musthapa Ali, Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad, YB Zailah, YB Dr Siti Mariah Mahmud serta AJK PAS Pusat yang lain.
Selain mereka majlis diserikanlagi dengan kehadiran pimpinan serta ahli DHPP yang diketuai oleh Sdr Letchumanan yang merupa kan Setiausaha DHPP PAS Pusat.
Ketibaan Dato Seri disambut dengan paluan kompang dan hadirin yang hadir memenuhi setiap inci ruang legar termasuk ditingkat 1 Kompleks tersebut.
Sementara itu dalam sidang media selepas pelancaran tersebut, Dato Seri ditanya berhubung lapuran Mingguan Malaysia bahawa Dato Hassan Ali tidak dicalunkan oleh PAS dalam PRU 13 akan datang, ikuti jawapan Dato Seri presiden dan Timbalan Presiden secara live melalui you tube di Live Video TGHH menjawab :"Hasan Ali digugur"
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah