Tuesday, February 7, 2012

Kisah 2 Gergasi Umno

PAS mengucapkan tahniah kepada mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo kerana membuat pengakuan jujur bahawa BN sukar merampas negeri itu walaupun Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu kerap sekali turun ke Selangor.

Bagi AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tindakan Najib dan Muhyiddin itu seolah-olah di Malaysia ini hanya Selangor sahaja yang perlu dijaga.

“Pemimpin Umno begitu berazam hendak merampas Selangor kerana hampir 40 peratus ekonomi Malaysia berpusat d Selangor,” katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, ujarnya betapa untungnya rakyat Selangor telah menjadi anak emas, sedangkan negeri lain seolah-olah anak pungutan.

Katanya, pengakuan jujur bekas Menteri Besar Selangor berdasarkan sokongan orang bukan Melayu masih tidak kepada BN.

“Sebenarnya bukan sahaja orang bukan Melayu tidak menyokong BN, malahan pengundi-pengundi Melayu sudah mula berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, andaian Umno menganggap pengundi luar bandar masih menyokong Umno juga satu kesilapan.

Menurutnya, anak-anak mereka yang celik IT dan media baru tidak akan membiarkan ibu bapa  mereka ditipu oleh pemimpin BN yang sudah menunjuk rekod tidak baik.

Mereka, katanya akan pastikan ibu bapa mereka tidak dipatuk ular sebanyak dua kali di dalam lubang yang sama.

Katanya lagi, banyak program kerajaan PR yang sudah dirasai oleh penduduk luar bandar seperti skim warga emas, air percuma, Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas), bantuan kepada pelajar ke IPTA, menaikan gaji guru Kafa kepada RM1,500, skim Kifalah RM2500 kepada keluarga yang kematian warga emas.

Di samping itu, ujarnya kelas-kelas ilmu di masjid sebagai satu pencerahan ilmu di kalangan rakyat Selangor sudah mula dirasai.

Justeru, kata beliau Umno cukup gerun dengan majlis ilmu kerana orang berilmu akan meninggalkan Umno.

Oleh itu, tambahnya akan berusaha sedaya mungkin supaya majlis ilmu gagal, maka  rakyat akan  buta agama.

“Pencapaian cemerlang dan pengagihan kekayaan untuk rakyat mula  dirasai oleh semua lapisan rakyat, tidak seperti zaman Umno, rakyat makan tulang pemimpin makan isi,” ujarnya lagi.

Katanya, kejayaan kerajaan PR Selangor menjelaskan hutang pada tahun 2010 sebanyak RM173  juta daripada RM800 juta yang mana BN berhutang, PR tolong bayar.

Menurutnya, untuk menunjukkan betapa serius kerajaan PR untuk memerangi rasuah, maka diperuntukkan dalam bajet 2012 sebanyak RM12 juta.

“Asas inilah, walaupun dua gergasi di dalam Umno turun ke Selangor, insya Allah tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PR,” katanya.... harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts