Tuesday, June 26, 2012

Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan

Ust Idris Ahmad : Sebagai sebuah sebuah Harakah Islamiah dan gerakan politik, Pas  bergerak dijaluran dakwah dan politik yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Inilah satu keunikan Pas di negara ini yang bergerak sebagai sebuah  gerakan Islam dan gerakan politik di negara ini. Sekiranya Pas hanya bergerak sebagai sebuah parti poliitk sahaja maka sudah lama Pas tersungkur di pertengahan jalan, sebagai nasib parti-parti politik pembangkang di negara ini. Namun alhamdulilah Pas mampu bergerak dan menjadi pencabar utama kepada Umno di negara ini terutamanya. Walaupun Pas belum lagi mendapat kuasa di peringkat  pusat, namun ia telah berjaya melakarkan politik yang ternama di negara ini.


Satu kelebihan yang ada kepada Pas ialah ketika Pas menggerakkan tenaga parti ia hanya berbekalkan tarbiah kepada ahlinya. Mereka bekerja tanpa diupah dan dipaksa. Bekerja atas kerelaan hasil lonjakan iman yang membara di dada.
Pengertian Tarbiah Harakiah
Tarbiah harakiah bererti tarbiah  yang menjuruskan kepada pembinaan peribadi dan jamaah. ia bukan sekadar untuk menjadi fardu Muslim (individu Muslim) yang baik malahan ia menjadi mujtamak muslim ( masyarakat Muslim). Tidak dinamakan Tarbiah Harakiah jika hanya untuk memperbaiki dirinya sedangkan masyarakat sekeliling berada di dalam kefasadan. Tarbiah  harakiah mengharungi dan mempengaruhi semua manusia dengan fikrah dan dakwahnya, sekalipun mereka terdiri daripada berbagai latar belakang. Apabila mereka ini bersama dengan kita maka di sini berlakulah proses pembinaan mereka dalam jamaah
Kepentingan Tarbiah Harakiah
1. Tarbiah Harakiah akan melahirkan ahli yang mengutamakan jamaah dan perjuangan berbanding dengan kepentingan peribadi. 
2. Tarbiah Harakiah melatih individu yang kental supaya dapat berhadapan dengan berbagai tribulasi dan mehnah 
3. Ia berusaha untuk membawa manusia mengenal Allah dan sistemnya yang lengkap

4. Ia akan melahirkan rijaluddakwah (lelaki dakwah) supaya jamaah kaya dengan petugas untuk menarik manusia lain bersama dengan kita . Sekiranya kita mampu melahirkan petugas yang bekerja kearah ini maka untuk melihat suasana Islam akan dapat dijelmakan dalam masyarakat. Sebaliknya kalau kita miskin dan faqir orang yang berkerja kearah itu maka kita sukar untuk menggerakkan parti dan jentera.

Oleh kerana kerja pilihanraya memerlukan kemampuan dan semangat yang waja, kerana kerja ini memerlukan beberapa pra syarat untuk Berjaya.  Nature pilihanraya memerlukan beberapa perkara asas,  jentera, tenaga, strategi dan bantuan Allah SWT

Jentera

Pilihanraya memerlukan kepada jentera parti yang kemas daripada Peringkat Pusat hingga kepada lokaliti (kampung). Ini adalah perkara asas di dalam gerak kerja parti. Walau pun kadang-kadang berlaku tsunami politik dan faktor penolak, ketika itu tidak perlu lagi kepada panduan bilik gerakan dan cula. Faktor ini hanya kadang- kadang bukan kebiasaan. Walaubagaimana pun teras kepada kejayaan masih lagi faktor jentera. Kerana jenteralah yang akan berusaha untuk mengubah persepsi pengundi. Menjadi kelaziman di dalam satu lokaliti yang terdapat 100 pengundi, yang menjadi pengundi tegar antara Pas dan Umno hanya 40 orang, sedangkan 60 lagi mereka yang berada di atas pagar. Goloangan inilah yang perlu diubah untuk beralih sokongan kepada Pas. Jikalau Pas lemah dari segi jentera macam mana ia boleh untuk menarik sokongan.
Strategi

Pilihanraya ialah seni dan strategi untuk menguasai pengundi. Sebagai sebuah Parti Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, Ijamak dan Qias, kita tidak pernah lari daripada asas ini. Walaupun matlamat kita hendak menang,  strategi yang kita atur masih tidak lari daripada perkara tersebut. Segala permasalahan hukum dan strategi mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak yang bertindak sebagai Lembaga Penapis. Contohnya ijtihad politik seperti Tahalluf Siasi dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Pas bertahalluf siasi kerana hendak menentang perkara zalim dan memperjuangkan maslahah umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.
Pas berdalilkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi  setelah seorang lelaki dai kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia minta pertolomgan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpai degannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Juod’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini Rasulullah SAW telah bersabda Bermaksud ”Sesungguhnya aku telah menyaksikan Hilfu al-Fudhul di rumah Abdullah bin Jud’an satu pakatan yang amat aku sukai kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”

Setakat hari ini tidak ada yang rugi apabila Pas bertahaluf. Mereka yang jahil Feqh Politik  sahaja yang mengatakan Pas sudah tergelincir. Mereka hendak menyamakan Pas dengan Umno yang berkawan dengan MCA, MIC (BN). Sedangkan Pas di dalam Pakatan Rakyat bertahaluf tidak menggadaikan Islam, sedangkan Umno bersama rakan bukan Islam gagal untuk memberi kefahaman kepada orang bukan Islam. Boleh dikatakan setiap hari pemimpin MCA menghina Islam, Umno membisu. Ini adalah petanda aras Umno merestui tindakan MCA yang biadab dengan Islam. Semua orang menilai antara ucapan dua pemimpin bukan Islam di dalam satu forum yang diadakan pada 18 feb 2012.

Presiden MCA Datuk Seri  Chua Soi Lek dengan bangga mengatakan “Kita orang cina.berani menentang-menentang dan melawan  Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini…?. Ini pula jawapan YAB Lim Guan Eng. “Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal Agama mereka, begitu juga orang Pas tidak pernah menghalang dalam bab agama kita”. 

Tawakkal dan Nusrah Daripada Allah
Setelah berusaha dan melaksanakan dengan sebaik mungkin, kemudian penyerahan diri kepada Allah SWT adalah perkara kemuncak dalam gerak kerja pilihanraya. Maksud Firman Allah SWT “Apabila kamu berusaha , maka Tawakkal kepada Allah SWT”
Unsur-Unsur Tarbiah Harakiah
1. Kefahaman yang mendalam kepada perjuangan
2. Manhaj yang tersusun
3. Pemimpin yang berkualiti
4. Persekitaran yan baik
5. Ahli yang istiqamah
6. Organisasi yang kukuh
7. Program yang teratur
8. Wala dan Taat
9. Syura

Ciri-Ciri Petugas PRU Haraki 
1. Sentiasa wala dan taat
2. Berilmu
3. Bertawakkal kepada Allah SWT
4. Beriman bahawa kerja adalah ibadah dan menjadi amal soleh
5.Bersedia untuk menerima ilmu-ilmu baru dalam gerak kerja pilihanraya
6. Bersedia menerima arahan
7. Berwawasan 
8. Multazim dengan akhlak Islam
9. Thabat
10. Amanah
11. Sabar ketika menjalankan tugas
12. Berkemahuan
13. Mencari kerja bukan hanya tunggu kerja
14. Optimis
15. Yakin pembalasan Allah SWT
16. Tidak ada rasa kecewa.
17. Banyak bertindak daripada bercakap
18. Elak bertengkar
19. Meraikan kelemahan sahabat dan tampung kekurangannya
20. Bijak memilih mana keutamaan, yakni penting perlu disegerakan, penting tidak perlu disegerakan.

Program Tarbiah Untuk Petugas Pilihanraya
1. Usrah bincang tajuk jihad, uslub dakwah, wala, kerahsiaan
2. Tamrin tajuk pengisian “Kerja Pilihanraya Satu Jihad”, “Pendekatan Dan Strategi Pilihanraya”, “Tahalluf Siasi”
3. Al-Quran wajib dibaca walaupun sibuk
4. Solat hajat cara fardiah atau jamaah
5. Zikir dan doa mathur
6. Qiamullail kerana ini adalah masa yang paling terbaik untuk bermunajat

Kesimpulan

Walaupun kita hendak menghadapi pilihanraya, masalah tarbiah jangan dikesampingkan

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts