Friday, June 29, 2012

TR1MA -SILAP MATA BN ,RAKYAT MALAYSIA TERTIPU LAGI!


Saya rasa sungguh tertipu bila mengetahui yang bantuan kepada pemandu teksi  baru-baru  ini hakikatnya indah khabar dari rupa. 4 tayar percuma (yang bernilai RM520) dan insurans RM1000 (untuk 100,000 ribu pemandu teksi) yang dijanjikan dalam TR1Ma tidak pergi kepada pemandu  teksi tetapi kepada pemegang atau pemilik permit teksi. 

Seorang pemandu teksi yang sudah 12 tahun membawa teksi baru masuk ke pejabat saya untuk meminta tanda tangan saya untuk borang permohonan  sekolah anaknya. Saya lihat dalam borang tersebut pendapatnnya RM1000 sebulan. dan kerjanya pemandu teksi. Lalu dengan spontan saya mengucapkan tahniah kepadanya kerana dapat 4 tayar baru. Alahai meluap rasa kemarahan saya bila beliau menjawab yang dia tak dapat sebab permit teksi bukan dia punya. Dia menyewa teksi tersebut. Lalu saya tanya siapa yang buat  "maintenance" teksi? Jawapannya dia yang kena buat. Kalau tayar botak siapa ganti? Dia jawab dialah yang gantikan. Habis kenapa dia tidak dapat tayar itu.?? Sebabnya pemandu teksi yang tiada permit teksi tidak diambil kira. They don't count in this program!

Kebanyakan pemandu teksi (DS Najib panggil "hamba moden") tidak memandu teksi sendiri dan tidak mempunyai permit teksi. Sebahagian besar permit di beri kepada orang yang bukan pemandu teksi. Permit ni   disewakan kepada orang lain. Kalau pemegang permit ada kemampuan dia akan membeli kereta teksi dan memandu sendiri teksi tersebut.. Yang tiada permit teksi akan  menyewa teksi (dari pemegang permit atau dari penyewa permit) dan akan membayar sewa harian dan semua penyelenggaraan teksi ditanggung oleh penyewa/pemandu teksi. Hasil kutipan pemanduannya harian perlu membayar sewa, minyak dan penyelenggaraan teksi tersebut. Bakinya barulah dikira pendapatannya. 

Jadi yang mendapat manafaat program TR1MA ini hanyalah pemegang permit teksi dan tak semestinya pemandu teksi. Baucar tayar diberi kepada pemegang permit. Kalau pemandu teksi juga pemegang permit maka dia mendapat manafaat program ini. Jika dia memandu teksi berbelas atau berpuluh tahun pun tapi bukan pemegang permit dan hanya membawa teksi yang disewa tidak berpeluang mendapat manafaat ini. Silap mata BN betul!!! Kalau seseorang mempunyai 10 permit teksi maka beliay akan mendapat baucar bernilai RM5200. 

Jadi syarikat-syarikat yang memegang berpuloh atau beratus permit ini yang sebenarnya meraih keuntungan dari program TR1MA ini. Belum lagi mengenai insurans yang dikeluarkan oleh Menteri Penerangan untuk "pemandu teksi" yang bernilai RM1 juta yang dikatakan mempunyai pelbagai faedah untuk 100,000 pemandu teksi. Di antaranya RM10,000 kalau kematian akibat kemalangan, RM10,000 ketidakupayaan kekal akibat kemalangan, RM500 kos rawatan perubatan akibat kemalangan, RM1500 khairat kematian akibat kemalangan dan  RM1000 khairat kematian biasa. Adakah ini untuk pemegang permit juga yang bukan pemandu teksi? Akhirnya seperti tin kosong juga program insurans TR1MA ini kerana orang yang sepatutnya dapat tidak dapat dan syarikat insurans juga yang untung. Jika pemegang permit yang bukan pemandu teksi yang kemalangan mungkin tidak layak membuat tuntutan. jadi siapa sebenarnya 100,000 "pemandu teksi" yang akan mendapat faedah skim insurans ini?

Bukan main bersorak dan gegak gempita Ahli Parlimen BN memuji Perdana Menteri yang baik hati. Kononnya pemandu teksi yang selama ini menjadi hamba moden akan dibebaskan dari perhambaan ini. TR1MA ini dikatakan satu program jangka masa pendek untuk membantu pemandu teksi. Tapi ia nampaknya lebih kepada program memberi habuan kepada pemegang permit yang sebahagian besar sudah tentu kroni BN. Perancangan jangkamasa panjang yang diumumkan oleh Perdana Menteri    untuk membebaskan pemandu teksi ini daripada perhambaan moden ini hanya dapat dilaksanakan dalam masa 2 tahun lagi.

Kalau kerajaan peka kepada nasib pemandu teksi, mudah sangat untuk membantu mereka. Semua pemandu teksi di daftarkan. Permit diberi terus kepada mereka dan kerajaan membantu mereka mendapat pinjaman untuk membeli teksi sendiri (owner operated taxis). Permit diberi kepada pemandu yang terikat kepada sebuah teksi yang dipunyainya. Sekiranya sebuah teksi dipandu oleh bukan pemiliknya (kecuali dalam keadaan dan situasi tertentu) maka kerajaan berhak  menarik balik permit tersebut. Jadi akan berkurang kes merentir di mana orang yang kaya yang hanya mencari keuntungan atas sewa permit dan teksi. Ini akan membantu pemilikan aset oleh pemandu teksi dan dalam jangkamasa panjang pendapatan mereka akan bertambah apabila bayaran pinjaman sudah habis dibayar kepada pihak bank. Barulah mereka dapat dibebaskan dari perhambaan moden ini. 2 tahun baru kerajaan BN akan dapat membasmikan perhambaan moden setelah memerintah selama 54 tahun. Ya lah bukan senang kroni-kroni nak lepaskan pendapatan atas angin dengan merentir permit mereka. Kalau ini pun pemandu teksi tidak sedar dan tidak faham yang mereka ditipu disiang hari, undilah BN lagi..... 


2 comments:

  1. at least die bg jugak..drpd xbg lgsg..mcm parti2 yg lain..ape yg dieorang bg?
    bg jnji ade la..tp...ape pon xbulee

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts