Monday, August 31, 2009

Sampaikan Sumbangan dan Bantuan

Assalamualaikum..

Tugas pertama sekembali dari bercuti ialah menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada yang layak dalam kawasan Parlimen saya. Setelah menjadi Wakil Rakyat dan selalu berdamping dengan rakyat kini saya semakin mengerti betapa pahit dan payahnya rakyat marhaen dalam kawasan saya yang perlu di bantu dan di beri bimbingan.Menjadi tanggungjawab saya untuk mempastikan supaya semua rakyat saya di beri pembelaan.Oleh yang demikian saya tidak mampu untuk memikul tugas ini keseorangan.

Justeru saya ingin mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua pihak seperti ketua-ketua kampung,persatuan penduduk,mpp,ngo dan semua yang terlibat dalam membantu golongan ini.Hanya Allah membalas jasa baik tuan-tuan semua.

Bagi program pagi ini saya mengucapkan terimakasih kepada sebuah NGO yang diberi nama PIFA ( Projek Infak For Amal ) kerana bekerja sama dalam memberi sumbangan kepada yang layak.Merka terdiri dari gabungan pekerja swasta yang terpanggil untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan.Syabas dan tahniah kepada persatuan ini yang diketuai oleh Tn.Hj.Norazizan Mohamad selaku pengerusi persatuan.Saya doakan semuga semua ahli persatuan ini diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan mereka.

Terimakasih juga semua pimpinan PAS Kawasan Kota yang turut hadir dan memberi sumbangan dalam program pagi.Ydp Kawasan Cikgu Jaafar juga mengingatkan bahawa PAS sentisa membela rakyat tak kira dari mana jua asala dan parti mana.Pas ingin memberi keadilan kepada semua.

Kemiskinan tidak boleh dihapuskan kerana Allah menjdaikan manusia berbagai tahap supaya memberi peluang kepada golongan yang berada membuat amal jariah kepad golongan yang memerlukan.

Selepas Hari Raya saya akan tumpukan pada Masyarakat India yang akan menyambut Deepavali pula.Alhamdullillah 150 penerima akan disampaikan nanti.Ini juga hasil kerjasama NGO dengan Pusat Khidmat Masyarakat saya.

Sunday, August 30, 2009

DEMO PELAMPAU MELAYU MUSLIM

Semenjak memerintah negeri Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memang sentiasa terbuka dengan protes atau bantahan yang diluahkan oleh rakyat. Sudah beberapa kali kumpulan-kumpulan NGO dan rakyat berdemo di SUK atau menghantar memorandun. Belum sekali pun saya dengar rakyat dimarahi dan dikritik kerana berdemo atau berlainan pendapat.

Namun apa yang berlaku pada hari jumaat lepas amat tidak bertamaddun dan sudah pasti mengguris perasaan penganut agama Hindu diseluruh Malaysia. Kenapa kita menjadi begitu tidak sensitif kepada agama orang lain sedangkan agama Islam melarang umatnya menghina dan mencerca tuhan atau kepercayaan orang lain. Kita sayang agama kita begitu juga orang lain.

Tindakan "penduduk" seksyen 23 Shah Alam (benak hati saya mengatakan yang berdemo bukan dari kalangan penduduk semuanya) berdemo untuk membantah pembinaan kuil di kawasan rumah mereka boleh kita terima. Itu hak mereka untuk menyatakan perasaan mereka. Namun apabila ada dikalangan mereka yang membawa kepala lembu dan dengan megahnya bergambar sambil memijak kepala lembu adalah satu perbuatan melampau.

Adakah mereka pura-pura tidak tahu lembu ialah binatang suci agama Hindu? Ia bukan sahaja suatu perbuatan provokasi tetapi memaparkan kepada dunia orang Melayu Islam tidak menghormati orang lain dan biadap. Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Bukankah Allah SWT berfirman di dalam Al Quran di dalam surah Al Kafirun "lakum diinukum waliyadiin" - bagi kamu agama kamu.

Saya bimbang sekiranya pihak kerajaan tidak mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terbabit, akan ada lagi provokasi yang lebih mencemaskan. Cuma hati saya kuat mengatakan ada dalang disebalik perbuatan melampau ini. Umumnya rakyat Malaysia berbilang kaum mempunyai toleransi yang tinggi terhadap amalan agama orang lain.

Sedikit masa dahulu, perasaan orang-orang Islam cuba dipanaskan dengan hasutan kononnya Ahli Parlimen Seputih, YB Teresa Kok dan DAP menghalang laungan azan . Sebelumnya isu penternakan babi dimainkan untuk menimbul kemarahan orang Islam. Cerita-cerita ini sengaja dimainkan oleh Utusan Melayu buat seketika.

Kemudian cerita-cerita pembohongan yang mengatakan jumlah kuil bertambah di Selangor semenjak PR memerintah. Bila perkara ini disampaikan kepada saya, saya minta si pembawa berita tunjukkan kepada saya di mana kuil baru dalam kawasan Kota Raja. Kawasan saya mempunyai 28% penganut Hindu. Langsung terdiam. Sekarang perasaan kaum India pula cuba dibakarkan pula.

Memang ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan pergeseran kaum dan menggambarkan yang kedudukan Islam dan Melayu semakin terhakis. Perasaan tidak selamat (insecurity) inilah yang akan menyebabkan sesetengah orang begitu emosi. Walau bagaimana beremosi sekali pun seorang itu tidak akan bertindak bersendirian. Perlu ada mereka-mereka yang menjadi fasilitator menghembus perasaan supaya menjadi api yang semarak. Jika pihak-pihak yang terdesak ini tidak berjaya untuk memprovokasi orang awam untuk mengganas, saya tidak hairan mereka akan mengupah pihak-pihak tertentu yang sanggup mencetuskan kekacauan.

Tujuan mereka ialah mengambil alih negeri Selangor dengan apa cara sekali pun. Jadi tidak hairan jika mereka sedang mencari jalan untuk mencetuskan kekacaun dan menggunakan undang-undang darurat atau mageran dinegeri Selangor seperti yang pernah berlaku di Kelantan di dalam tahun 70an.

Jadi awas lah rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi dan keamanan. Jangan terperangkap dengan tipu daya orang-orang yang terdesak ini. Mereka gagal memenangi semua PRK di semenanjung, gagal menyebabkan perkelahian dan perpecahan parti-parti dalam PR, gagal mencetuskan pergaduhan sesama rakyat, gagal untuk mencari katak-katak yang cukup dikalangan ADUN PR untuk melompat menyokong mereka............ mereka akan mencuba lagi. Entah apa pula karenah mereka ??

Dr Siti Mariah Mahmud
30hb Ogos. 2.15 pagi

Saturday, August 29, 2009

ISU KARTIKA

Isu kartika pula sedang hangat diperdebatkan. Seolah-olah dirancang. Belum reda isu kawalan dan pengharaman jualan arak kepada umat islam di selangor difahami kebanyakan rakyat, timbul pula isu demonstrasi sekumpulan melayu muslim yang dikatakan penduduk shah alam seksyen 23 membantah pembinaan kuil di kawasan mereka.

Memang memenatkan dan meletihkan. Ketiga-tiga isu melibatkan ISLAM dan MUSLIMEEN. Namun setiap kejadian ada hikmahnya. Didalam proses memperkasakan demokrasi, ia ibarat pisau bermata dua. Adakalanya berguna dan ada kala melukakan dan mencederakan.

Perbahasan dan penghujahan akan membuka minda dan menambah ilmu kepada sesiapa yang hendak mencari kebenaran tetapi perdebatan yang tidak berlandaskan ilmu dan dipandu oleh emosi akan menyakitkan orang lain serta mengheret kita menjadi fanatik dan ekstrim.

Di dalam isu Kartika, jelas ada pihak-pihak yang akan menentang apa saja yang dikatakan berlandaskan syariah. Oleh kerana mereka tidak boleh menerima undang-undang syariah maka semua yang terbit daripada syariah islam dikatakan tidak bertamaddun dan 'barbaric'. Sudah tentu pihak-pihak yang menentang hukuman jenayah syariah menentang apa jenis bentuk hukuman terhadap peminum arak kerana sistem nilai mereka berlainan. Arak merupakan perkara yang menjadi keharusan kepada mereka. Tindakan hanya boleh diambil diatas peminum arak sekiranya ianya menyebabkan peminum mabuk dan membahayakan orang lain.

Namun bagi Islam, arak ialah akar kepada banyak masalah masyarakat. ianya satu jenayah. ia dikeji dan dibenci dalam islam. bukan sahaja peminum, tetapi semua yang terlibat didalam rangkaian penghasilan dan penjualan arak juga tidak diredhai islam.

Masalahnya orang-orang yang mengira mereka bertamaddun ini tidak boleh menerima perbezaan nilai dan pendapat. mereka mahu orang islam juga turut menerima nilai mereka dan mengambil sikap yang arak ialah hal peribadi dan bukan jenayah. Maka tidak hairanlah jika mereka akan menentang habis-habisan dengan hukuman yang diberi. Walaupun hukuman yang diberi tidak lah menyakitkan seperti yang berlaku dengan hukuman rotan mandatori untuk kesalahan seperti memiliki senjata api, dadah, merogol dan lain-lain lagi.

Jika peminum arak dihukum dengan penjara pun mereka ini akan tetap menentang. Jika peminum arak dihukum dengan berlari di keliling padang bola sepuloh kali pun mereka tetap juga akan menentang!. Bukan soal yang dihukum itu wanita atau lelaki, atau bentuk hukumannya samada dirotan, dipenjara atau didenda. Mereka akan tetap menentang. Lainlah jika hukuman hendak dibuat atas bukan islam, mereka berhak membantah.

Mereka akan menggunakan pelbagai alasan seperti hak asasi manusi, atau diskriminasi jantina (hukuman di dalam islam sama sahaja jika lelaki atau wanita pelaku jenayah). Pokoknya mereka menolak yang meminum arak ialah satu kesalahan. period. Cuba tanya mereka kenapa mereka tidak membantah hukuman merotan (whipping) yang amat menyakitkan dengan bersungguh-sungguh kerana hukuman ini beribu kali menyakitkan (tanya pada mereka yang pernah menerima hukaman ini).

Cuba tanya mereka kenapa mereka tidak membantah hukuman bunuh terhadap pegedar dadah! Sekiranya mereka mengatakan pengedar dadah patut dibunuh kerana kesan kesengsaraan ke atas kemanusiaan. Adakah mereka menidakkan kesan kesengsaraan arak ke atas keluarga penagih arak? Double standards .....

Apa yang kita tidak faham ialah mereka-mereka ini menjunjung "the rule of law". Enakmen untuk kesalahan ini bukan baru dicipta dan diluluskan oleh kerajaan PAS tetapi oleh ADUN-ADUN UMNO negeri Pahang (dan semua negeri bawah UBN) sejak bertahun lalu.

Kartika telah didakwa dan dibicarakan di dalam mahkamah terbuka dan hukuman telah dijatuhkan oleh hakim. Beliau berpeluang untuk merayu ke atas hukuman tetapi memilih untuk menerima hukuman kerana beliau insaf dan mahu ia dijadikan teladan kepada umat islam. Dia bukan dibicarakan dimahkamah kangaroo.

Kalau setiap kali hukuman dijatuhkan, ada kumpulan NGO atau pihak eksekutif campur tangan apa akan jadi dengan "rule of law". Kasihan dengan pegawai-pegawai JKSM (Jabatan Kehakiman dan Syariah Malaysia). Bertungkus lumus untuk mengkodifikasikan undang-undang syariah Islam, bukan dihargai malah yang diluluskan pun boleh jadi terbatal kerana campur tangan pelbagai pihak.

Apa hak Perdana Menteri untuk menghalang hukuman. Dia ada kuasa pengampunan ke? Bidang agama dibawah kuasa PM ke? Kalau ada pihak yang tidak bersetuju dengan bentuk hukuman bawalah cadangan untuk membuat pindaan kepada bentuk hukuman.

Mereka-mereka yang menentang undang-undang syariah bukan tidak tahu sistem legislatif malaysia. Ada undang-undang sivil dan syariah. Kalau orang Islam boleh menerima hakikat ini kenapa mereka tidak boleh menghormati undang-undang islam?

Saya tidak mengatakan yang undang-undang syariah dinegara kita sempurna atau apa yang diluluskan dalam DUN yang majoritinya wakil rakyat UBN menepati segala kehendak syariah. masih banyak kelemahan dan kekurangan. Perlu diperkasakan. Alasan-alasan remeh seperti tiada tukang merotan dan sebagainya hanya mendedahkan yang selama 52 tahun UBN memerintah, Islam dilaksanakan seperti melepas batuk ditangga. UBN berpuas hati dengan Islam tempelan (dengan menurap nilai-nilai islam). Islam PLASTIK lah katakan....

Tuesday, August 25, 2009

Permatang Pasir : bukti rakyat tolak BN

Ketua umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan rakyat kini secara jelas menolak Barisan nasional (BN).

Katanya, kemenangan PR di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir semalam membuktikan perkara itu.

"Setelah berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan BN yang memecah belahkan rakyat.

"Tahniah saya ucapkan kepada 'YB' baru Salleh Man di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat," Tambah beliau, kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap PR, hasrat bergelora mahukan perubahan dan masa depan yang gemilang.

Calon Pas, Salleh Man, menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti undi sebanyak 4551 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman.

Salleh memperoleh undi sebanyak 9618 manakala Rohaizat memperoleh undi sebanyak 5067.

Kira-kira14,832 bersamaan 73.1 peratus dari 20,290 pemilih berdaftar telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil berkenaan sehingga tempoh pengundian ditutup pukul 5 petang tadi.

Monday, August 24, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan AL-Mubarak 1430H

Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke Hadrat Allah swtkerana diberi kesempatan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini. Ramadhan kedua setelah Pakatan Rakyat memerintah menjadikan kami lebih hampir dengan masyarakat bila banyak program menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin melibatkan bangsa dan seagama masih ramai yang tercicir dari mendapatkan bantuan yang sepatutnya daripada JKM mahupun Pusat Zakat.

Justeru pendekatan mencari oleh seluruh agensi yang diamanahkan berserta dengan JKKK.MPP.Persatuan Penduduk ,Pejabat Adun/Parlimen perlu digerakkan semaksima mungkin bagi membela nasib mereka ini.Semuga di beri kekuatan oleh Allah kepada kita semua untuk menghampiri dan mencari mereka ini. Dengan keikhlasan ini muga rakyat dapat menilai keikhlasan kita di Pakatan Rakyat.

Wallahualam....

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts