Pada sebelah pagi tadi saya dan YB Zailah Ahli Parlimen Rantau Panjang serta pasukan kempen Helwa dan Kota Raja berkempen dan merayu undi dari rumah kerumah di Kampung Manek Urai Lama dan baru.
Alhamdulillah kedatangan kami disambut dengan pelbagai reaksi oleh penghuni setiap rumah yang dilawati ada yang menerima kami dengan hati terbuka dan ada pula yang malu-malu kucing, biasa lah tu. Apa pun kami telah cuba sedaya upaya menyakin para pengundi pada setiap rumah yang kami lawati bahawa PAS adalah wadah terbaik untuk pilihan pengundi sebagai meneruskan tradisi kemenangan di Manek Urai.
Sekali pun Manek Urai dikatakan kawasan mundur oleh pimpinan BN tapi keunikan mereka disini ialah mereka tidak kisah dan masih merasa selesa dan boleh bertahan dengan keadaan sekarang. Kebanyakan anak muda telah berhijrah kebandar untuk bekerja dan mencari rezeki. Mereka tidak menolak pembangunan yang ingin dibawa oleh Umno/BN cuma mereka Tak Nak BN. Oleh sebab yang demikianlah ada orang yang mengatakan bahawa orang Kelantan adalah orang yang paling cerdik dan berani didunia berbanding negeri lain kerana berani menolak BN sebagai pemerintah sebelum PRU 12.
Kematangan pengundi akan menentukan kemenangan Hijau atau Biru di Manek Urai esok. Sekali pun Umno/BN telah menjanjikan pelbagai projek pembangunan segera tetapi rakyat Kelantan yang telah memilih Kerajaan PAS pimpinan TGNA selama lebih 20 tahun sudah teramat matang dengan perangai pimpinan Umno/BN dan janji palsunya.
Sebelum kami meneruskan kempen kekampung Latarek, rombongan kami bertembung dengan pasukan kempen yang diketuai oleh Dato Sri Anwar Ibrahim. Kami berkumpul dan berbincang strategi hari terakhir dan persiapan menghadapi serangan terakhir Umno/BN pada malam nanti. Selepas itu saya meneruskan kempen yang disertai bersama Presiden PKR Datin Seri Azizah.
Malam ini saya berharap semua petugas keselamatan disetiap Daerah Mengundi harus bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan yang akan berlaku. Kita harus berwaspada supaya dapat mengecilkan ruang supaya keadilan dalam PRK ini dapat dipelihara. Biarkan pengundi tidur awal pada malam ini dan tidak diganggu oleh sesiapa pun, dan bangun awal pagi esok untuk memilih yang terbaik untuk mereka.
Sama-sama kita bermunajat moga Allah terus buka pintu hati mereka untuk terus memilih PAS.

No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah