Wednesday, July 1, 2009

MP PAS berkampung di MU

Sejarah Manek Urai yang dikenali ramai pada pilihan raya umum 1978, apabila PAS hanya tinggal dua kerusi di Kelantan dulu, dikatakan bakal mengulang sejarahnya 14 Julai nanti dengan mengekalkan kerusi tersebut kepada PAS.

Bukan sahaja jentera PAS Kelantan dan negeri-negeri membantu sahaja yang turun membantu sepanjang tempoh berkempen, malah Ahli Parlimen PAS juga tidak melepaskan peluang dalam mengambil ruang dalam siri kempen membantu PAS dalam pilihanraya tersebut.Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar memberitahu, ahli-ahli Parlimen PAS akan 'berkampung' selama tiga hari di lokasi (dalam Dun Manik Urai) yang ditetapkan oleh pihak sekretariat bagi kempen pilihan raya kecil Dun Manik Urai.

Program 'berkampung' itu akan bermula pada 6, 7 dan 8 Julai itu dikelolakan oleh Pengarahnya, Dr Hatta Md Ramli sebaik selesai proses penamaan calon dengan gerak kerja kempen aktiviti kemasyarakatan khas di tempat yang telah dikhususkan itu.

Antara barisan Ahli Parlimen PAS
Pengarah program, Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai itu memfokuskan antaranya, tumpuan kepada aspek khidmat masyarakat, program kesihatan, motivasi pendidikan, keagamaan dan program jumpa pengundi.

Malahan, ahli-ahli Parlimen PAS turut dimaklumkan bebas untuk berkempen di mana-mana kawasan lain di Manik Urai selepas program 'berkampung' itu selesai.

Tambah Mahfuz, program hari keluarga yang akan dibuat juga bertujuan mendekatkan hubungan dengan rakyat di Manik Urai.

"Program yang julung kalinya dibuat itu diharapkan mampu menjana kemenangan PAS yang lebih besar 14 Julai ini," ujarnya di lobi Parlimen, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts