Sejak Ahmad Maslan jadi Ketua Penerangan Umno ada sedikit perubahan dari segi peranan yang dimainkan oleh TV3 dan RTM.
Kalau dulu menjelang mana-mana PRK & PRU kedua-dua stesen telivisyen ini diberikan peranan utama untuk menghentam PAS, kini telah terdapat sedikit perubahan dimana keadaan telah mula kendur. Sebenarnya penggunaan kedua-dua stesen ini sudah tidak releven lagi pada zaman orang sudah muak dengan tipu helah media dalam menyiarkan kebenaran sesuatu berita.
Ketika ini TV3 dan RTM bukan lagi menjadi rujukan pengundi untuk mendapatkan maklumat sebenar menjelang sesuatu pilihanraya, walau pun ianya cara mudah untuk mendapatkan bahan berita tersebut dengan hanya memasang TV dirumah masing-masing. Walau pun susah mereka lebih rela hadir keceramah-ceramah untuk mendengar maklumat tulin dari penceramah yang pada sessi ceramah yang diadakan disamping mengguna media alternatif untuk mendapatkan maklumat dan berita sebenar.
Kaedah yang digunakan oleh Ahmad Maslan, Umno dan BN di PRK Manek Urai ini menyerlahkan lsgi kewibawaan pimpinan PAS, PKR dan DAP bahawa tindakan memboikot kedua-dua stesen ini adalah tepat dan merupakan tindakan paling wajar.
Teringat kata-kata mantan Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik, "Kita hanya menyiarkan berita yang ada nilai berita sahaja" ..... nyata kini Ahmad Maslan, Umno dan BN sudah tidak punya nilai berita lagi.

No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah