Tuesday, January 5, 2010

Jangan mimpi nak rampas Selangor


KOTA KEMUNING – Hasrat UMNO untuk menawan semula Selangor dari pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan tercapai kerana kepercayaan rakyat terhadap mereka mula tergugat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafiei berkata, PR akan mempertahankan Selangor malah keyakinan dan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Negeri semakin meningkat.

“Noh Omar (Datuk Seri) jangan bermimpi di siang hari untuk meneruskan rancangan merampas Selangor dari PR.

“Dia boleh terus gunakan wang rakyat untuk jalankan kempen politiknya tapi keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap PR semakin bertambah,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat ADUN Sri Muda, kelmarin.

Suhaimi berkata, Noh hanya mempergunakan jentera partinya dan wang Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan imejnya dan mencapai hasrat mengambil alih UMNO di Selangor.

“Semua usaha dan kempen yang dijalankan oleh Noh bukanlah untuk kepentingan rakyat tetapi semata-mata untuk menaikkan imejnya dan mencapai hasratnya untuk ambil alih UMNO Selangor.

“Sebagai Menteri, dia gunakan wang kementerian untuk mengembangkan pengaruh politiknya tetapi rakyat Selangor tidak akan tertipu dengan helah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut menasihatkan ahli-ahli UMNO agar tidak tertipu dengan muslihat yang dimainkan Noh yang akhirnya akan mengetepikan barisan kepimpinan sedia ada.

“Kita boleh lihat sendiri, walaupun Khir Toyo (Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) adalah ketua pembangkang di Selangor, namun beliau semakin diketepikan dan pengaruhnya semakin hilang.

“Orang UMNO perlu sedar bahawa gerak kerja Noh hanya untuk menaikkan namanya bagi mendapatkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor apabila Perdana Menteri melepaskan jawatan itu,” katanya.

Sementara itu, Suhaimi turut menyangkal berlaku masalah dalaman melibatkan parti komponen PR iaitu Pas dan DAP seperti yang didakwa pelbagai pihak sebaliknya berpendapat Barisan Nasional (BN) sedang menghadapi krisis dalaman.

“Desas-desus kononnya terdapat pergolakan antara Pas dan DAP menunjukkan UMNO hanya menyalak bukit sedangkan sebenarnya berlaku perbalahan dalam BN iaitu antara MCA, MIC dan PPP sendiri.

“Ini bukan rahsia lagi bahawa mereka sendiri yang mempunyai masalah dalaman dan tidak dapat menerima hakikat kekalahan di Selangor,” katanya.

8 comments:

  1. Mungkin ya tapi jaga lah jangan sampai Kelantan terlepas kepada BN dgn isu2 yg terus menggoncang kerajaan kelantan.

    ReplyDelete
  2. kesian terlepas jawatan di YBK, ye dr ..

    ReplyDelete
  3. Mu pon jangan mimpi laaa PRU 13..

    ReplyDelete
  4. salam...saya minta saudara Suhaimi jangan cakap macam tu,sebab Tranganu telah menjadi bukti...kita sempat perintah 4 thn je, lepas tu diaorg ambil balik, sebab kita lalai, sebab kita terlalu yakin,dan mungkin kita juga dah mula seleweng..Allah pun marah juga...Justeru itu kita sepatutnya mantapkan kerja kita dan jangan terlalu yakin keadaan sekarang.

    ReplyDelete
  5. Salam YB

    Saya setuju dgn komen anon 1.17am

    Saya tengok orang YB banyak tak buat kerja-kerja parti, meraka ni sebagai wakil YB kena buat kerja.

    Buktinya saya tengok yang aktif buat kerja untuk menangkan YB hanya org PAS. Ceramah sana sini pun semua anjuran PAS. Orang PKR duduk kat mana?

    Buat lah kerja jangan cakap aje bagus.

    org sri muda

    ReplyDelete
  6. Suhaimi Shafiei, aku nak pesan kat kamulah.. kamu janganlah dok meraban tak tentu hala. Kamukan ADUN seri muda.. Aku rasa kamu jagalah dulu seri muda tu.. Aku nak bagitahu kat kamu suhaimi. (Dr Tolong pesan kat dia ni).. Kat seri muda tu ada banyak kedai perjudian lumba kuda dan mesin slot.. Kamu kena check betul2lah.. aku tengok kedai ni start beroperasi selepas kamu jadi ADUN.. aku boleh dedahkan gambar tu kalau kamu nak.. Aku nak kamu check dgn teliti dimana kedai tu beroperasi..kamu janganlah terlepas pandang atau kamu pun ada syer sekali itu aku tak tahu..Kalau itu pun kamu tak tahu baik kamu tak yah berangan nak membuat statement yang mengetikkan hati rakyat..Kedai urut yang menjalankan urutan batin pun ada, salon rambut tetapi buat urut tradisional siap urutan batin ada.. Suhaimi.. Aku rasa kamu ni sombong sangatlah.. nanti orang dedahkan masalah di seri muda yang kamu tak mampu nak selesaikan, aib nanti kamu.. kalau kamu tak aib dan memang muka tembok aku tak tahulah.. aku minta kamu selesaikan dulu masalah di seri muda, bila dah selesaikan semua baru kamu buat statement macamni.. barulah aku rasa hormat skit kat kamu...

    ReplyDelete
  7. Anon 11.23am

    Saya cabar penjilat-penjilat UMNO Selangor ini supaya menunjukkan SATU LESEN Pusat Urut baru yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Mengikut sumber saya yang bertugas di Wisma Darul Ehsan, TIADA LESEN BARU Rumah Urut atau Karaoke yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Saya sebut sekali lagi, TIADA.

    Ertinya, pusat2 itu adalah pusat2 urut yang haram. Kalau puak2 UMNO ni betul2 ikhlas, maka WAJIBLAH puak2 UMNO ini membuat laporan polis dan kepada Majlis2 Perbandaran dan Daerah supaya pusat2 urut haram itu ditutup.

    Malahan, kerajaan negeri juga tidak akan meluluskan “Cyber Café” baru melainkan yang berhampiran dengan pusat2 pendidikan seperti Universiti dan Kolej. Itupun, permohonan itu mesti mendapat kebenaran dari pihak Universiti dahulu.

    Adapun pusat refleksologi, saya tak tanya. Tapi kalau lulus pun, apa nak kita marah pulak. Di Medan Mara ada pusat urut refleksologi. Ia adalah urut kaki. Cumanya, saya tak pasti samada Kerajaan Negeri ada luluskan pusat urut refleksologi baru atau tidak di bawah PR.

    ReplyDelete
  8. tuk..anonymous said..umur aku 38thn,sblum ni aku tk pernah daftar mengundi.tapi tahun lepas aku dan kawan2 aku dah pun mndftar..kau tau kenapa??? untuk memastikan selangor terus di bawah pr.....sebabnya aku dah cukup..cukup..cukup menyampah ngan umno yg dh 50thn bermaharajalela dgn sogokan gula2 yg x seberapa tu

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts