Tuesday, April 20, 2010

Barisan Nasional mula merasai bahang

Umno/Barisan Nasional mulai merasa bahang kepanasan luar biasa di PRK Hulu Selangor. Para petugas mulai lemah dan banyak melepak dikedai-kedai kopi pada siang nya dan makan minum dikedai tom yam pada malamnya.

Walau pun kerap berlaku hujan pada waktu petang, cuaca tetap panas. Keadaan menjadi bertambah panas bila serangan peribadi terhadap DSAI dan Dato' Zaid Ibrahim tidak menjadi. Bloggers Umno kelihatan terlalu bodoh serta mempunyai pemikiran paling dangkal dan kini terpaksa menelan mentah tanpa penafian bahawa pimpinan tertinggi Umno dari dulu .... memang biasa minum arak.

Kerana terlalu banyak strategi yang tidak menjadi akhirnya jentera parti BN menjadi terlalu lemah sehingga memaksa - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun berkempen bersama jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor pada Rabu malam. 

Untuk makluman terlalu jarang PM turun berkempen pada mana-mana PRK melainkan mereka sudah tidak yakin dengan dengan jentera sedia ada dan memerlukan suntikan baru.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN akan melawat pusat markas BN Bukit Sentosa sebelum bergerak ke pusat pilihan raya utama BN di Kuala Kubu Baru, Hulu Bernam dan Batang Kali.

“Pada majlis yang pertama, Perdana Menteri akan bertemu calon BN P Kamalanathan sebelum melawat tiga lagi Dewan Undangan Negeri.

Ahmad Maslan berkata Perdana Menteri, yang kini sedang dalam rangka lawatan empat hari ke Jepun sejak Ahad, kebiasaannya tidak berkempen dalam pilihan raya kecil tetapi berbuat demikian kerana beliau merupakan Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor.

1 comment:

  1. harapan besar PR kekalkan kemenangan.jgn rakyat berfikir kitapun sama saja macam UMNO,cakap aja pandai.teruskan khidmat bakti kita dgn ikhlas.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts