Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Wanita MCA, DSP Chew Mei Fun yang telah meletakkan semua jawatannya dalam MCA dan Kerajaan atas dasar prinsip yang dipegangnya. Syabas di atas keberaniannya. Dalam sejarah polkitik Malaysia inilah kali pertama seorang ahli politik berani melakukan sedemikian kerana menegakkan prinsip. beliau telah berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA. Sekarang beliau menunaikan janjinya. Beliau menegaskan yang sekiranya beliau meneruskan bermakna beliau menerima seorang ketua yang sudah terbukti robek moralnya.
Walaupun ramai ahli MCA telah memaafkan Chua Soi Lek, ketua wanita perlu memegang prinsip. MCA telah meletakkan satu 'precedent' mengangkat semula pemimpin yang tercalar moral. Maka di masa akan datang, perkara sebegini mungkin berulang. Mesej kepada rakyat terutamanya orang muda, walaupun pemimpin membuat kesalahan moral (bagi orang cina, zina ialah apabila seorang yang telah berkahwin melakukan hubungan seks diluar pernikahan, , tetapi hubungan seks antara yang belum berkahwin atas dasar suka sama suka tidak dikira perzinaan), besar kemungkinan dapat dimaafkan sekiranya mereka boleh memimpin dan mengurus parti!
Saya percaya Muslimat PAS bersama dengan keputusan yang diambilnya. Mesej kita kepada rakyat, Wanita Malaysia tidak mahu pemimpin yang rosak moral. Maka ingatlah wahai bakal-bakal pemimpin dan yang sudah menjadi pemimpin, kaum ibu akan menolak sesiapa sahaja yang terbukti telah melakukan kesalahan moral. Kesalahan moral bukan isu peribadi lagi apabila kita sudah menjadi pemimpin. Kepada semua yang hendak mencuba nasib sebagai pimpinan, hindarkan fitnah ini. Peliharalah maruah dan jagalah pergaulan supaya tidak terfitnah.
Sehubungan itu di dalam PRK Hulu Selangor nanti, semua petugas PR jagalah pergaulan dan hubungan antara jantina kerana kita sentiasa diperhatikan rakyat (lebih penting kita di perhatikan kedua malaikat dan Allah SWT). Bagi yang beragama Islam, batas-batas pergaulan di antara bukan muhrim perlu dijaga. Jangan sampai di dalam menjalankan tugas, kita bergurau senda sehingga bertepuk tampar atau dilihat terlalu mesra. Be professional.
keluar BN/umno : SYABAS/TAHNIAH/HIDUP/SUARA KERAMAT.
ReplyDeleteKELUAR PAS/PKR: PENGKHIANAT/BUAT SOLAT HAJAT/KUFUR/MURTAD.
PENDEK KATA: POOOORAHJHHHHHH
Salam YB
ReplyDeletePetanda awal BN APCO tersungkur kat P094 kut
Syabas MCA, para pengundinya memang bijak memilih, tapi kena ingat inilah saja pemimpin yang terbaik dikalangan mereka dan mungkin juga dikalangan BN.
ReplyDeleteFitnah terhadap Anwar tidak pernah dibuktikan, tapi bila melihat Chua Soi Lek terbayang VCD nya yang tersebar luas suatu masa dulu. Hebat.
Orang bermaruah dan ada harga diri akan tinggalkkan UBN, hanya yang haprak saja masih jadi penjilat najib
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteYB, bercakap soal prisip moral seorang pemimpin, pemimpin diangkat atas dasar akhlaknya tapi bgmana pandangan YB tentang isu moral YB Elizebeth Wong kerana bagi saya isu moral kedua pemimpin ini (SoiLek & Elize) sama sahaja.. kedua meraka mmpunyai masalah moral!!!!