Sunday, April 25, 2010

Fenomena Tok Guru di H.S

Adakah anda diantara orang yang sakit hati, dengki, khianat dan pemfitnah yang akan melakukan dan menulis apa saja keburukan yang direka dalam minda anda untuk memburuk-burukkan TGNA?

Tidak peduli anda penulis besar atau kaki komen kedai kopi dan jalanan, anda selalu silap dalam menilai kehebatan TGNA dikalangan rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau india termasuk Orang Asli.. Menulis memburukkan TGNA adalah satu kesilapan besar. Anda perlu belajar darinya.

Kita tidak ingin membuat perbandingan kehadiran orang ramai dalam kempen yang dibuat oleh PM 1 Malaysia pada hari rabu yang lalu, tapi anda boleh menilai sendiri jika anda hadir ke Ceramah TGNA di Stadium KK malam tadi.

Bagi kereta yang datang dari arah Batang Kali mereka tetap meredah malam tersebut dengan berjalan kaki sejauh kira-kira 8 kilometer semata-mata untuk mendengar ucapan TGNA. Keadaan lebih teruk bila mana Polis terpaksa menutup persimpangan ke KK semata-mata untuk mengelak kesesakan luar biasa di pekan kecil tersebut. Jika anda dalam keadaan ini adakah anda akan meneruskan hasrat anda?

Mungkin ada diantara mereka ini yang sudah ratusan kali mengdengar ceramahnya tetapi itu bukan penghalang untuk bersama pemimpin kesayangan mereka pada ketika sokongan padu diperlukan bagi menghadapi BN. Sokongan ini menunjukkan The Final Countdown benar-benar berjaya mengatasi BN walaupun mendapat nasihat APCO.

6 comments:

  1. YB...dalam sistem demokrasi moden ..kalau dah masuk politik kena terima la pandangan berbeza..tak kira la tok guru ke...tak payah la ungkit kata mengata dengki ni..2 x 5 je...ramai orang tu pengundi HS ke..boleh ke YB confirm...biasa la ceramah ramai orang datang..satu bentuk hiburan..orang tu orang yang sama je...tok guru pun manusia biasa sahaja macam YB jugak...satu bentuk penulisan yang mengagungkan manusia....sama sahaja YB dengan ahli polItik UBN...bila lagi nak tengok ahli politik islam yang sebenar...

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz Nik Mat sekarang ni dah jauh terpesong daripada perjalanan Wali or ambia.Apa lagi nak digelar sebagai Tok Guru.Dia adalah boneka wayang Kulit yang dalangnya adalah Yajut n Makjut yang bermata satu dan lebih daripada Mahafiraun.Semoga Allah bagi ruang waktu untuk Nik Aziz bertaubat sebelum pintu hatinya terus tertutup...

    ReplyDelete
  3. hahahaha lawaknya pandangan anonymous..
    YB tak cakap pun semua yg dtg tuh pengundi Hulu Selangor.
    apa yg saya faham dri tulizan YB, dalam keadaan pelbagai halangan termasuk lalulintas yg sesak, ramai yg masih bersemangta untuk menghadiri pogram TGNA ini. menunjukkan bahawa TGNA adalah pemimpin yg sangat dihormati kredibilitinya oleh semua kaum dan agama

    ReplyDelete
  4. Salam buat anon 2.31

    Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini

    Saya publish komen anon sebagai pengajaran pada anon supaya berhati-hati bila buat komen dan komenlah ikut tajuk, bila komen lari tajuk orang lain berpeluag menilai kelemahan anon.

    Saya rasa seperti anon 2.31, Neilkie69 pun lemah juga dalam hal ni. Kalau periksa tak lulus nih.

    Terima ksih anon 6.50pm ~ moga yang lain faham

    ReplyDelete
  5. Sudahlah manusia semua sama,ada nafsu dan ada syaitan yang mengoda,lagikan wali busra/barsisa tergoda inikan pula tok guru nik ab aziz yang terlibat dengan politik.Apa sudah jadi dengan kelantan sama saja dengan parti lain yang memerintah di malaysia ini.Apa yang tiada di Kelantan.Apa yang jadi dengan anak-beranak tok guru dengan pentadbiran negeri.Tanya-tanyalah diri dan iman.

    ReplyDelete
  6. Apa pesanan Tok Guru di malam countdown.... yang boleh mengukir kejayaan umat islam... Kebiasaannya akan ada ayat Quran yang dikupas agar kita sebagai umat islam brsatu, berkasih sayang & berakhlak mulia.

    Kesimpulannya , Tok guru mengajak perdamaian bukan bermusuhan sesama manusia dan saling ingat mengingati.

    Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Amiiin

    Maaf ana tidak menggunakan nama sebenar kerana takut disalah tafsir. Cuma ana mahu lihat kedamaian , saling berkasih sayang, semua muslim berakhlak baik dan rasakan diri BERTUHAN. moga kita tidak selalu berdosa dan melupakan DOSA kerana melupakan dosa adalah satu dosa juga.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts