Di Selangor bukan setakat 4 barang keperluan yang akan naik tapi termasuk air sudah jadi 5.
Siapa yang gembira dengan semua kenaikan harga dibawah?
Adakah penyokong dan pengundi Umno & Barisan turut bergembira dan bertepuk tangan dengan pengumuman kenaikan harga barangan tersebut sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi, kepada kerajaan walau pun golongan miskin akan menjadi semakin papa kedana selepas ini?
Tidak cukup dengan itu Kerajaan Pusat terus bersekongkol pula dengan Raja Air yang kini kehulu kehilir bersama BAPAK untuk tunjuk baik kepada rakyat sebagai menunjuk-nunjuk kepada Najib diatas sokongan beliau untuk menaikan 37% harga air di Selangor. Apa kan tidaknya Rozali sedang berusaha untuk menambah lagi 37% dari gaji mewah pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang didakwa mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan. Lepas ni kira sendirilah berapa pulak gaji dia.
Cukuplah setakat ini, penderitaan rakyat harus dihentikan, mengikut perkiraan beberapa siri kenaikan lagi akan dibuat sebelum kerajaan berlakun baik menjelang PRU akan datang.
Rakyat harus bersatu bangkit menentang kezaliman ini dengan melakukan tsunami kedua seterusnya menjatuhkan kerajaan yang kejam kepada rakyat kepada kerajaan yang membela dan memberi keadilan kepada rakyat.

Dengan harga gula, air dan gas naik, saya tidak pasti berapakah kenaikan harga teh tarik yang membuatkan mamak terus kaya raya membiarkan rakyat jadi papa kedana.
Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini.
Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah