Menjelang PRU 13, sehari selepas Konvensyen Barisan Nasional, sehari selepas YDP Agong setuju terima Memorundum dari MB Selangor, sehari selepas kononnya GAPS hantar memo ke istana tentang 30 penyelewangan Kerajaan Negeri Selangor.
Ah .... mari kita catatkan ribuan bentuk penyelewangan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini selama 50 tahun UBN memerintah. Uh banyaknya tak terkira, anda sendiri semua tentu tahu, dan bolehlah mula mencatat pada kertas kosong kut-kut puak Umno diwarong kopi nanti kata, umno sesuci embun pagi... lalu anda campakkan catatan itu kepada mereka ... jika mereka menggeleng kepala ada harapan mereka faham, kalau sebaliknya memang mereka jenis UmNGOK.
Atas nama untuk membersihkan kerajaan Umno sebelum ini maka Khir Toyo ditahan SPRM jam 9.00 pagi tadi. Lama benar SPRM mengambil masa untuk menahan Khir Toyo, padahal terlalu banyak penyelewengan dilakukan oleh Dr gigi ini. Apa pun skrip sudah sudah siap .... Ending cerita macam biasa lah ... anda tentu tahu apa akan jadi selepas ini, kerana masih dalam episod drama yang sama.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira 9 pagi tadi.
Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali, berkata Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.
Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.
Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk "Istana Khir" iaitu rumah ala Bali miliknya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah