Sunday, December 19, 2010

Karpal memang punya kelas tersendiri

Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka. 

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Di akhir ucapan itu, Karpal, 70, yang menggunakan kerusi roda diberikan tepukan gemuruh berdiri oleh para perwakilan konvensyen. Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

“Apa yang saya katakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.


“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera, kena dipercepatkan,” kata Karpal lagi.

Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam. Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.

Karpal berkali-kli menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia (Malaysia) sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini Jun lalu.

Karpal sebelum ini pernah menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik beliau sebagai berkata biar PAS membina “negara Islam dengan melangkah mayat saya.”

“Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika.

“Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,” kata Karpal Jun lalu.

Ikatan antara DAP dan PAS bukan sesuatu yang baru dalam bentuk Pakatan Rakyat. Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.

Dalam ucapannya, Karpal juga berkata, Pakatan Rakyat tidak harus membentuk kerajaan pusat jika memenangi pilihan raya umum ke-13 tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Pembangkang dan ketua umumnya.

“Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya (membentuk kerajaan persekutuan) tanpa Anwar,” kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Karpal merupakan peguam utama kes liwat dihadapi Anwar, yang menurutnya merupakan satu fitnah. Sehubungan itu, Karpal juga mahu parti-parti komponen Pakatan Rakyat memilih calon yang terbaik dan integriti, dan tidak mahu kesilapan pilihan raya umum 2008 berulang.

Malah Karpal juga menyindir Anwar tidak mendengar nasihatnya agar tidak menerima masuk Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru sebagai ahlinya tahun lalu.

“Saya ada beri Anwar amaran, bukan nasihat tetapi dia tak dengar,” kata beliau yang turut mengungkit personaliti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin, masing-masing ahli Parlimen Bayan Baru dan Kulim-Bandar Bahru yang keluar PKR awal tahun ini. Oleh itu kata Karpal, Pakatan Rakyat memerlukan pemilihan calon terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. (The Malaysian Insider)

5 comments:

  1. skip to main | skip to sidebar mibhariankosmomalaysiakiniutusanharakahstarcimb
    Media Baru Adalah Untuk Semua

    Sunday, 19 December 2010
    Tamparan hebat untuk Nik Aziz:Islam!!: DAP tidak boleh berkompromi: Karpal Singh
    Biar PAS membina “negara Islam dengan melangkah mayat saya.”



    KEPALA BATAS, 19 Dis — Karpal berkali-kali menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.

    “Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

    “Ia (Malaysia) sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini.

    Karpal sebelum ini pernah menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

    “Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

    “Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

    Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik beliau sebagai berkata biar PAS membina “negara Islam dengan melangkah mayat saya.”

    “Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,” kata Karpal.

    ReplyDelete
  2. Syabas karpal singh di atas keterbukaan anda

    ReplyDelete
  3. YB Doktor sama-sama kita teruskan doa dan usaha supaya non muslim dapat menerima Islam sebagai sistem yang menyusun segala aspek kehidupan.

    ReplyDelete
  4. Just seeking for clarification ...

    apa maksud sebenar mufiqun tu ...

    " Karpal berkali-kli menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam"


    I have a feeling that you guys you are either too stupid to understand his view or you are too happy and pleased to play the role of suckers..

    Insaf la melayu woi ...dulu orang putih dah lama tipu kita ...skg ni benggali anak gampang haram jadah ni plak nak menipu ...yg sedih nya melayu tahap sekolah rendah mcm korang ni senang sgt ditipu .. nik aziz aku tak heran dia kena tipu ...sbb dia tu memang Allah swt dah bebalkan ..

    ReplyDelete
  5. Anon 3.07pm, saya sengaja publish komen kamu untuk membuktikan kepada umum bahawa kamu dan kuncu-kuncu kamu dlm Umno juga media UmnGOK sudah hilang pertimbangan dgn kenyataan Karpal ini, terus tengok Video Karpal dalam blog ini.

    Umno akan terus hilang sokongan Melayu dalam PRU akan dtg & Najib akan menjadi PM Malaysia setahun lebih jk PRU diadakan awal tahun depan.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts