Wednesday, January 19, 2011

TIADA PEMIMPIN UMNO LABIS LAYAK BERTANDING MELAWAN CIKGU MALA.

Akhirnya UMNO/BN mengumumkan calon mereka untuk PRK NO5, DUN Tenang En Mohd Azhar Ibrahim yang juga ADO di Daerah Rengit. 

Desas desus di Labis mengatakan yang Azhar tidak tersenarai pun sebagai bakal-bakal calon top 5 yang dikemukakan kepada Dato Seri Najib. Ada yang kata nama beliau tidak tersenarai langsung. Walaupun bapanya pernah menjadi ADUN Tenang dan kemudian dilantik sebagai Senator.
.
Apabila PAS meletakkan Cikgu Mala, maka ramai menjangka Haslinda, Ketua Wanita UMNO Labis yang akan bertanding. 

Malah dengar cerita yang beliau juga sudah turun padang menganjurkan pelbagai program dengan pengundi. Ramai lagi baris pimpinan UMNO Labis yang disebut-sebut dan saya memang tak ambil pusing siapa yang mereka letak. 

Jentera HalWa tetap akan bekerja berhabisan untuk memenangkan Cikgu Mala.

Dengar khabar juga apabila Cikgu Mala diumumkan sebagai calon PAS, semua pimpinan lelaki UMNO Labis dengan sendirinya tertolak kerana setiap seorang tidak ada sokongan solid kerana kononnya semuanya "tercalar imej" dan pihak lawan akan mendedahkan kelemahan dan kecacatan mereka sebagai calon. 

Hanya orang UMNO Labis@Tenang sahaja yang tahu tercalar kerana apa. Tapi ketua wanita UMNO pun nampaknya tidak setanding Cikgu Mala. Keyakinan UMNO luntur walaupun dilubuk mereka sendiri yang sepatutnya mereka menang dengan mudah. 

Kalau 60% dikatakan menyokong UMNO/BN, adatnya siapa sahaja yang diletakkan UMNO/BN sebagai calon pasti menang. PAS dikatakan mempunyai harapan tersangat tipis
.
Akhirnya mereka mengemukakan Azhar kerana Azhar dikatakan BERSIH dan agak rapat dengan orang bukan Melayu. 

Malu besar UMNO Labis terpaksa ambil kakitangan kerajaan sebagai calon. UMNO bahagian ada, Wanita ada, Puteri ada, Pemuda pun ada… dok tak dok ambil mantan bendahari UMNO Labis (?). Pimpinan mereka dianggap TIDAK BERSIH. 

Khabarnya juga Azhar agak keberatan untuk menjadi calon. Lebih selesa menjadi ADO. Gaji lumayan dan tidak perlu melayan rakyat dan ahli UMNO yang semua tahu hanya faham bahasa “fulus dan habuan”.

Hebat penangan Cikgu Mala yang sudah 13 tahun berkecimpung sebagai pendidik dan begitu prihatin dengan nasib masyarakat. Anak peneroka FELDA pula tu.

Dr Mariah melapor dari DUN Tenang

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts