Wednesday, November 23, 2011

Tekanan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengingatkan Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) bersikap adil dengan tidak memberi tekanan kepada negeri-negeri Pakatan rakyat sahaja untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, SPR harus mengadakan pertemuan dengan semua kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat bagi membincangkan perkara tersebut.
"Saya kecewa bila pengerusi SPR kata mereka mahu berjumpa dengan negeri Pakatan Rakyat.
"Mengapa baling bola ke gelanggang Pakatan Rakyat...kenapa tidak balik ke gelanggang Barisan Nasional juga.
"Kalau SPR adil maka perkara ini harus dibincang secara bersama di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat," kata beliau pada sidang media lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Pulau Pinang bersedia untuk berbincang dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan pilihan raya serentak sekiranya ia diadakan tahun hadapan.
Pulau Pinang sebelum ini menyatakan pendirian tidka bersetuju jika pilihan raya umum diadakan akhir tahun ini kerana beberapa faktor.
Faktor-faktor tersebut ialah ramai umat Islam mengerjakan ibadat haji dan negeri-negeri Pantai Timur mengalami musim tengkujuh.
Selain itu, faktor kerajaan sendiri yang masih belum menunaikan janji mereka seperti menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan janji-janji lain, Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai baik pulih pilihan raya belum selesai menjalankan tugasnya dan kerajaan BN gagal menjelaskan laporan Ketua AudiT Negara khususnya berkaitan penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).
"Kalau pilihan raya umum diadakan tahun hadapan, kita bersedia berbincang dengan Kerajaan Pusat," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.
Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf seperti dilaporkan media berkata, beliau akan menemui pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor berhubung pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

1 comment:

  1. Sewajarnya SPR menasihatkan semua parti pemegang kuasa (BN dan PR) menghormati mandat yg diberikan rakyat.

    Buatlah pilihanraya dlm tempoh 6 bulan terakhir sebelum penggal tamat. Ini menjimatkan belanja jika diukur daripada segi wang yang dibelanja dengan tempoh khidmat, ia lebih menjimatkan.

    Apa rasional asas meletakkan tempoh maksimun ialah 5 tahun ? Tempoh berkenaan dipilih kerana ia munasabah utk warganengara Malaysia menilai pencapaian dan kemampuan setiap ahli parlimen/ADUN yg dipilih. Jika kurang drpd itu...ia sgt tiada berbaloi.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts