Sunday, November 15, 2009

Bersama KPP Sri Muda

Sekali pun Deepavali telah hampir sebulan berlalu namun Kelab Penyokong PAS Sri Muda tetap menyambutnya walau pun dalam keadaan agak terlewat.

Kata mereka sekali pun terlewat namun majlis seumpama ini dapat merapat hubungan sesama ahli KPP dan kaum keluarga masing-masing.Bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Kelab Penyokong PAS Parlimen Kota Raja dan Sri Muda di Shah Alam pada hari Sabtu yang lalu YB Dr Siti Mariah Mahmud dan AJK Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. YDP Kota Raja Cikgu Jaafar Shamsuddin juga turut hadir bersama.Dalam ucapan nya dalam majlis tersebut YB Dr Mariah mengambil kesempatan untuk memahamkan ahli-ahli Kelab yang beragama Hindu tentang hukum dan batas-batas yang perlu dihormati oleh mereka apabila menjemput orang Islam menghadiri majlis tersebut.
Selepas menjamah sedikit makanan YB Dr Mariah dan AJK LPN terus ke Surau Teluk Menegun untuk majlis Aqiqah cucu lelaki nya yang diadakan disana.

Saturday, November 14, 2009

Perjumpaan dengan Nazir dan Ketua Kampung Parlimen Kota Raja

Jalan Kebun ~ Malam tadi bertempat di Dewan Mesyuarat Masjid An Naim Jalan Kebun telah berlangsung pertemuan diantara YB Dr Siti Mariah Mahmud dengan semua Ketua Kampung dan Nazir Masjid seluruh Parlimen Kota Raja.

Turut hadir ialah Penyelaras Masjid Daerah Klang Ybhg Ustaz Farid, serta Ahlijawatankuasa PAS Kota Raja yang diketuai oleh YDP Cikgu Jaafar.
Majlis di Pengerusi kan oleh Sdr Azmi Jusoh (PA Dr Mariah).

Dalam ucapannya YB Dr Mariah mahu semua Nazir dan Ketua Kampung yang dilantik menjalankan tugas dengan baik serta adil. Beliau menegaskan agar jika memberi bantuan dan sebagainya supaya tidak memilih bulu sebaliknya membantu semua anak khariah walau pun dari kalangan Umno yang tidak menyokong kita.

Selain itu beliau juga berharap berharap agar para Nazir melakukan kerja secara 'work smart' dengan melibatkan surau-surau dibawah khariah masjid tersebut melalui sistem net-working yang teratur dimana dengan cara yang demikian penglibatan lebih ramai masyrakat dan anak khariah akan terserlah.

"Saya juga ingin mencadangkan agar di sediakan ruang untuk kanak-kanak supaya ibu bapa dapat hadir keprogram ilmu di Masjid tanpa alasan lagi" kata nya."Bersempena musim cuti sekolah ini saya berharap agar Nazir dan AJK Masjid menyediakan program yang bersesuian dengan anak-anak supaya masa mereka tidak terbuang begitu sahaja" ujar beliau.

Sebelum itu Penyelaras Masjid Daerah Klang diberi peluang untuk menyampaikan ucapan beliau, diikuti oleh YDP Cikgu Jaafar yang menerangkan fungsi Jawatankuasa Masjid dan memberikan beberapa cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan institusi Masjid supaya ianya menjadi tempat berkumpul terbaik masyarakat setempat.

Selepas itu para Nazir mengambil kesempatan bertanyakan beberapa soalan panas

Sunday, November 8, 2009

DAKWAH BERMULA DI MASJID

Sekali lagi sesetengah ahli UMNO memperlihatkan kurang fahamnya mereka tentang hukum hakam agama. Rioh rendah mengadu kepada JAIS yang ADUN Sri Andalas masuk berceramah dalam Masjid Ar-Rahimiah Ramadhan yang lalu.

Entah-entah yang membuat laporan pun tidak hadir sama dalam masjid masa itu. Apa pun lebih mengejutkan apabila Pengarah JAIS pula turut melatah. Atas dasar apa beliau hendak mengambil tindakan ke atas AJK masjid dan melarang seorang bukan Islam masuk masjid. Apa dalil agamanya?

Saya terperanjat kerana sejak saya di bangku sekolah (bukan sekolah agama pun!)lagi, saya sudah tahu dan jelas yang di zaman Rasulullah SAW, baginda berdakwah kepada orang bukan Islam di dalam masjid.

Baginda tidak pernah melarang sesiapa memasuki masjid (Malah ada seorang sahabat yang baru memeluk Islam biasa buang air kecil dalam masjid tapi Rasulullah SAW melarang para sahabat lain daripada mengambil tindakan terhadapnya - begitulah uslub dakwah baginda... jangan salah tafsir yang saya kata boleh buang air dalam masjid pula...)

Kemudian kita juga melihat JAKIM pun tidak pernah menghalang pelawat-pelawat atau pelancong bukan Islam melawat masjid-masjid di negara kita -Masjid Negara, Masjid Putrajaya, Masjid Shah Alam pun (dibawah JAIS kan???). Malah pihak masjid menyediakan lagi pula pemandu pelancong yang bukan sahaja setakat memberi taklimat mengenai masjid tersebut tetapi turut memberi penerangan tentang Islam kepada pelawat.

Bukan sahaja masjid-masjid di Malaysia boleh dimasuki bukan Islam, masjid-masjid di negara Islam pun membenarkan orang bukan Islam.

Yang tidak boleh dilawati orang belum Islam hanyalah Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah kerana kedua-dua masjid ini terletak dalam kawasan tanah haram. Aduh... sudahlah kita tidak berusaha untuk berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi bila orang lain hendak berdakwah ada pula orang lain pula hendak menghalang.

Saya turut hadir semasa program tersebut. YB Dr Xavier tidak berceramah. Sebagai ADUN memang tepat beliau berada sama untuk meraikan rakyat umat Islam dalam kawasannya untuk berbuka puasa. Saya pun turut memberi ucapan ringkas selepas YB Dr Xavier memberi ucapannya.

Malah saya berseloroh yang itulah kali pertama saya memberi ucapan di dalam masjid Ar-Rahimiah di hadapan jemaah masjid dan saya kira saya muslimah pertama berbuat demikian di masjid Ar-Rahimiah. Sebelum itu sebagai wakil rakyat, saya sudah pernah memberi ucapan di masjid-masjid dan surau-surau lain dalam kawasan Parlimen Kota Raja.

Sudah sampai masanya saya kira pemegang-pemegang jawatan di MAIS baik pun JAIS perlu ada pendidikan agama formal atau perlu ada tauliah juga (seperti penceramah agama) terutamanya jawatan yang membuat keputusan.Mungkin ada yang kata tidak perlu kerana jawatan pentadbiran sahaja.

Sudahlah tindakan menahan DR Asri kerana berceramah tanpa tauliah memalukan negeri Selangor.

Tebal muka saya semasa di parlimen apabila Ahli-Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang turut "membelasah" selangor. Untuk melihat reaksi mereka, saya bangun bertanya adakah YB Kalabakan sedar yang enakmen agama di Selangor memerlukan penceramah agama mempunyai tauliah (dari JAIS) dan Sultan sendiri telah menegaskan perkara ini.

Siapa yang menyaksikan rakamannya tentu tahu apa jawapannya. Kesimpulannya, enakmen perlu rasional! Orang sudah jadi mufti laaa...nak tauliah lagi. Memang padanlah muka kita umat Islam apabila ditertawakan oleh orang bukan Islam.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa pegawai-pegawai agama mana-mana negeri di Malaysia selalu memberi alasan yang kuasa agama di bawah sultan-sultan apabila sesuatu perkara berkaitan agama boleh atau tidak boleh dilakukan (contoh penyelarasan undang-undang keluarga Islam).

Bukan-kah sultan-sultan membuat keputusan mengikut maklumat dan nasihat kepada baginda?

Jangan tindakan-tindakan Jabatan-jabatan agama memberi persepsi negatif kepada raja-raja kita.

Jangan lah disebabkan kejahilan kita, orang bukan Islam bertambah jauh dari Islam. Apa yang hendak kita jawab di Padang Mahsyar nanti bila orang bukan Islam mengatakan yang dakwah Islam tidak pernah sampai kepada mereka?

Renungkanlah..


Dr Siti Mariah Mahmud

Sabar, rela dikritik, tidak sakiti hati orang lain ...antara sifat terpuji TGHH

Walaupun kepimpinannya mendapat kritikan, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan kepercayaan daripada ahli parti itu.

"Kita pikul tanggungjawab sepenuhnya. Dan hari ini, kita mendapat kepercayaan daripada perwakilan (peserta seminar) yang datang dari seluruh negara. (Kepercayaan) ini menambahkan lagi pendirian kita dengan sikap kita," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas seminar politik PAS di Gombak hari ini, beliau menyifatkan kritikan terhadap kepimpinannya, terutama ahli akademik, tidak semuanya tepat.

"Kita anggap (kritikan) itu biasa. Kita matang dengan kritikan. Kritikan itu ada yang benar, ada yang tidak benar. Yang benar kita ambil, yang tidak benar, kita jawab," kata Abdul Hadi.

"Kita tidak menolak ahli akademik."

Beliau didesak berundur, antaranya, oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari dengan alasan kepemimpinannya lemah dan tidak dapat berperanan dalam politik baru Pakatan Rakyat.

Ditanya tentang kajian pensyarah Universiti Malaya Dr Abu Hassan Hasbullah yang menyimpulkan bahawa 50 peratus masalah parti itu berpunca daripada kepemimpinan, Abdul Hadi berkata:

"Dia punya kajian tidak terperinci. Kita ambil maklum dan kita akan tingkatlan lagi (kemampuan parti). Itu saja,"

Dr Abu Hassan, yang diundang menyampaikan pandangannya dalam sesi percambahan minda pada seminar tersebut bersama Dr Abdul Aziz, turut menyampaikan dapatan tinjauannya bahawa Abdul Hadi tidak mendapat tanggapan positif masyarakat.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di akhir seminar itu, Abdul Hadi kelihatan mempertahankan dirinya dengan menyamakan pemimpin PAS sebagai pemain bola sepak dan ahli akademik sebagai pengulas sukan.

"Kita berada di medan dan mereka yang lain adalah pengulas, seperti dalam sukan dan permainan bola sepak. Dan sudah tentu ada provokasi, (seperti) lempar mercun dan sebagainya.

"Tetapi kita sebagai pemain jangan cepat melatah, lempar mercun sama," katanya.

"Kita mesti berjiwa besar. Walaupun ada teguran keras, suruh pecat kapten. Tetapi dalam sebuah perlawanan, kita belum habis masa bermain.

"Sebagai pemain profesional, kita tidak boleh pecat kapten di tengah-tengah permainan."

Tolak presepsi adalah primitif

Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.

Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.

Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari ini.

Abu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu.

AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik.

Menurut Hasbulah, mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.

Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.

Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.

Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja.

Dr Hasbulah dalam penggulungan menyokong tulisan Dr Abdul Aziz dan menyifatkan penemuan melalui hasil kajian beliau selari dengan apa yang ditulis Aziz.

"Ini adalah kali ketiga kami bertemu. Kali pertama atas kapal terbang, kali kedua di lapangan terbang dan kali ketiga di sini. Jadi kami tidak berpakat," kata beliau dalam penggulungannya.


Saya bukan alat pihak tertentu dalam mengeluarkan pandangan, demikian penegasan Dr. Abdul Aziz Bari semasa memberi ucapan dalam sesi percambahan minda di Seminar Memperkasa Parti di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar disini.

Katanya lagi Strategi yang betul penting untuk memenangi hati rakyat. Adakah ucapan kita tidak sama dengan tindakan termasuk dalam kaitan dengan pakatan Rakyat.

"Parti memerlukan para pemimpim yang menjelaskan konsep kebajikan yang dibawa PAS." Katanya.

"PAS perlu mencapai dimana orang Islam mesra dengan Parti PAS. dan Saya tidak kisah dengan golongan yang menghentam saya. " jelasnya

Berliau juga berpandangan dan melihat PAS parti yang besar, perlu ada semacam anjakan perubahan sebelum PRU. PR akan akan datang coraknya akan berlainan.

Selain itu Dr. Aziz berpandangan soal pemilihan isu dan calon tidak ada maafkan untuk masa akan datang.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts