Walaupun kepimpinannya mendapat kritikan, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan kepercayaan daripada ahli parti itu.
"Kita pikul tanggungjawab sepenuhnya. Dan hari ini, kita mendapat kepercayaan daripada perwakilan (peserta seminar) yang datang dari seluruh negara. (Kepercayaan) ini menambahkan lagi pendirian kita dengan sikap kita," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas seminar politik PAS di Gombak hari ini, beliau menyifatkan kritikan terhadap kepimpinannya, terutama ahli akademik, tidak semuanya tepat.
"Kita anggap (kritikan) itu biasa. Kita matang dengan kritikan. Kritikan itu ada yang benar, ada yang tidak benar. Yang benar kita ambil, yang tidak benar, kita jawab," kata Abdul Hadi.
"Kita tidak menolak ahli akademik."
Beliau didesak berundur, antaranya, oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari dengan alasan kepemimpinannya lemah dan tidak dapat berperanan dalam politik baru Pakatan Rakyat.
Ditanya tentang kajian pensyarah Universiti Malaya Dr Abu Hassan Hasbullah yang menyimpulkan bahawa 50 peratus masalah parti itu berpunca daripada kepemimpinan, Abdul Hadi berkata:
"Dia punya kajian tidak terperinci. Kita ambil maklum dan kita akan tingkatlan lagi (kemampuan parti). Itu saja,"
Dr Abu Hassan, yang diundang menyampaikan pandangannya dalam sesi percambahan minda pada seminar tersebut bersama Dr Abdul Aziz, turut menyampaikan dapatan tinjauannya bahawa Abdul Hadi tidak mendapat tanggapan positif masyarakat.
Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di akhir seminar itu, Abdul Hadi kelihatan mempertahankan dirinya dengan menyamakan pemimpin PAS sebagai pemain bola sepak dan ahli akademik sebagai pengulas sukan.
"Kita berada di medan dan mereka yang lain adalah pengulas, seperti dalam sukan dan permainan bola sepak. Dan sudah tentu ada provokasi, (seperti) lempar mercun dan sebagainya.
"Tetapi kita sebagai pemain jangan cepat melatah, lempar mercun sama," katanya.
"Kita mesti berjiwa besar. Walaupun ada teguran keras, suruh pecat kapten. Tetapi dalam sebuah perlawanan, kita belum habis masa bermain.
"Sebagai pemain profesional, kita tidak boleh pecat kapten di tengah-tengah permainan."

YB Ustaz Hadi sememangnya ialah insan yang istimewa. Namun....
ReplyDeleteApabila Pak Lah kalah dlm PRU12, Lim Keng Yaik pantas mencadangkan supaya Pak Lah mengambil inisiatif untuk menukar penasihatnya.
Begitulah rasanya tindakan yg perlu dilakukan oleh YB Ustaz Hadi Awang. Beliau harus mempunyai banyak mata dan telinga bagi menangani pelbagai isu yang berlaku dalam negara.
Apa yang berlaku ialah YB Ustaz Hadi kelihatan terlalu lambat mengeluarkan kenyataan mengenai pelbagai isu yang berlaku. Bahkan, dilihat Harakah Daily terpaksa pula menagih pendapat drp pakar2 ataupun pimpinan PAS junior dalam membincangkan sesuatu isu.
Apa yang perlu ialah Presiden PAS adalah negarawan yang mampu menghuraikan penyelesaian kepada semua isu negara. Daripada isu buang anak ke dalam sungai hinggalah isu membebaskan negara daripada cengkaman riba dan wabak kapatalisme.
Sayugia PAS blh mewujudkan 'circle' maya pakar2 nya yang terdiri daripada para akademia yang dilihat ramai yang condong kepada PAS adalah dasar perjuangan Islam. Kewujudan expert-circle ini akan dpt membantu presiden untuk mengeluarkan kenyataan berupa penyelesaian yang bernas mengenai setiap isu negara. Ini dapat melonjakkan keyakinan rakyat terhadap PAS.
adakah dengan satu seminar, presiden harus meletak jawatan?. apa jaminan presiden baru lebih baik dari sekarang ? bukankah seminar bertujuan mendengar pandangan dan mencari jalan memperbaikki kelemahan ?.apakah dengan kritikan dr. mereka diluar jemaah perlu di sambut dengan menggadai kesepakatan jemaah sediada? tidakkah ini dinanti2kan oleh musuh? tidak adakah ruang masa untuk presiden memuhasabah diri dan mengatur gerakan baru ? tidak adakah pemikir2 setanding 2 dr di dalam Pas?
ReplyDelete