Friday, November 27, 2009

Ibadah Qurban

Tmn Setia 27 Nov 2009 ~ Alhamdulillah pada tahun ini sebanyak 9 ekor lembu termasuk seekor kerbau menjadi Qurban pada hari raya tahun ini.

Seperti biasa kecekapan petugas yang melebihi 100 orang berjaya menyiapkan tugas termasuk agihan kira-kira jam 11.30 pagi tadi.Hadir sama ialah YB Dr Siti Mariah Mahmud dan kebetulan pada tahun ini suami kesayangan beliau Ybhg Dr Hakim Jaafar dan anak beliau Sdr Mohd Iqbal bin Hakim berkorban seekor lembu.
Kupon yang diagih sebanyak 300 tidak mencukupi kerana kehadiran melebihi angka tersebut. Alhamdulillah diatas kecekapan AJK Qurban segalanya dapat diatasi dan semua penduduk yang hadir dapat membawa pulang kira-kira 700 gram setiap orang dan pengagihan selesai jam 12.00 tengahari.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts