Sunday, November 22, 2009

Wacana Wanita Intelektual

SHAH ALAM, 22 Nov: Program Wacana Wanita Intelektual di Perpustakaan Awam Selangor hari ini mendapat tamu istimewa iaitu Datuk Hajah Rahmah Abdul Hamid ibu kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Rahmah, Pengerusi II, Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) turut menjadi peserta di majlis anjuran kerajaan negeri Selangor di bawah Exco pendidikan itu.

Rahmah merupakan antara 10 pengasas Pertiwi sejak 16 November 1967. Kehadiran beliau dan semua peserta lain turut diumumkan oleh Penasihat wacana yang juga Exco Kerajaan Selangor, Puan Dr Hajah Halimah Ali.

(Gambar: Hajjah Rahmah antara peserta Wacana Wanita Intelektual Selangor hari ini)

Turut menjadi pembentang kertas dalam wacana itu adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Ia berlangsung dalam keadaan positif dengan pembentangan menarik dan ulasan membina dari bijak pandai wanita dengan kehadiran sangat memberangsangkan.

Majlis wacana itu turut diserikan dengan kehadiran dan ucapan perasmian oleh Pengerusi Pekawanis, Puan Seri Salbiah Tunut yang juga isteri Datuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts