Sunday, November 8, 2009

DAKWAH BERMULA DI MASJID

Sekali lagi sesetengah ahli UMNO memperlihatkan kurang fahamnya mereka tentang hukum hakam agama. Rioh rendah mengadu kepada JAIS yang ADUN Sri Andalas masuk berceramah dalam Masjid Ar-Rahimiah Ramadhan yang lalu.

Entah-entah yang membuat laporan pun tidak hadir sama dalam masjid masa itu. Apa pun lebih mengejutkan apabila Pengarah JAIS pula turut melatah. Atas dasar apa beliau hendak mengambil tindakan ke atas AJK masjid dan melarang seorang bukan Islam masuk masjid. Apa dalil agamanya?

Saya terperanjat kerana sejak saya di bangku sekolah (bukan sekolah agama pun!)lagi, saya sudah tahu dan jelas yang di zaman Rasulullah SAW, baginda berdakwah kepada orang bukan Islam di dalam masjid.

Baginda tidak pernah melarang sesiapa memasuki masjid (Malah ada seorang sahabat yang baru memeluk Islam biasa buang air kecil dalam masjid tapi Rasulullah SAW melarang para sahabat lain daripada mengambil tindakan terhadapnya - begitulah uslub dakwah baginda... jangan salah tafsir yang saya kata boleh buang air dalam masjid pula...)

Kemudian kita juga melihat JAKIM pun tidak pernah menghalang pelawat-pelawat atau pelancong bukan Islam melawat masjid-masjid di negara kita -Masjid Negara, Masjid Putrajaya, Masjid Shah Alam pun (dibawah JAIS kan???). Malah pihak masjid menyediakan lagi pula pemandu pelancong yang bukan sahaja setakat memberi taklimat mengenai masjid tersebut tetapi turut memberi penerangan tentang Islam kepada pelawat.

Bukan sahaja masjid-masjid di Malaysia boleh dimasuki bukan Islam, masjid-masjid di negara Islam pun membenarkan orang bukan Islam.

Yang tidak boleh dilawati orang belum Islam hanyalah Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah kerana kedua-dua masjid ini terletak dalam kawasan tanah haram. Aduh... sudahlah kita tidak berusaha untuk berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi bila orang lain hendak berdakwah ada pula orang lain pula hendak menghalang.

Saya turut hadir semasa program tersebut. YB Dr Xavier tidak berceramah. Sebagai ADUN memang tepat beliau berada sama untuk meraikan rakyat umat Islam dalam kawasannya untuk berbuka puasa. Saya pun turut memberi ucapan ringkas selepas YB Dr Xavier memberi ucapannya.

Malah saya berseloroh yang itulah kali pertama saya memberi ucapan di dalam masjid Ar-Rahimiah di hadapan jemaah masjid dan saya kira saya muslimah pertama berbuat demikian di masjid Ar-Rahimiah. Sebelum itu sebagai wakil rakyat, saya sudah pernah memberi ucapan di masjid-masjid dan surau-surau lain dalam kawasan Parlimen Kota Raja.

Sudah sampai masanya saya kira pemegang-pemegang jawatan di MAIS baik pun JAIS perlu ada pendidikan agama formal atau perlu ada tauliah juga (seperti penceramah agama) terutamanya jawatan yang membuat keputusan.Mungkin ada yang kata tidak perlu kerana jawatan pentadbiran sahaja.

Sudahlah tindakan menahan DR Asri kerana berceramah tanpa tauliah memalukan negeri Selangor.

Tebal muka saya semasa di parlimen apabila Ahli-Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang turut "membelasah" selangor. Untuk melihat reaksi mereka, saya bangun bertanya adakah YB Kalabakan sedar yang enakmen agama di Selangor memerlukan penceramah agama mempunyai tauliah (dari JAIS) dan Sultan sendiri telah menegaskan perkara ini.

Siapa yang menyaksikan rakamannya tentu tahu apa jawapannya. Kesimpulannya, enakmen perlu rasional! Orang sudah jadi mufti laaa...nak tauliah lagi. Memang padanlah muka kita umat Islam apabila ditertawakan oleh orang bukan Islam.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa pegawai-pegawai agama mana-mana negeri di Malaysia selalu memberi alasan yang kuasa agama di bawah sultan-sultan apabila sesuatu perkara berkaitan agama boleh atau tidak boleh dilakukan (contoh penyelarasan undang-undang keluarga Islam).

Bukan-kah sultan-sultan membuat keputusan mengikut maklumat dan nasihat kepada baginda?

Jangan tindakan-tindakan Jabatan-jabatan agama memberi persepsi negatif kepada raja-raja kita.

Jangan lah disebabkan kejahilan kita, orang bukan Islam bertambah jauh dari Islam. Apa yang hendak kita jawab di Padang Mahsyar nanti bila orang bukan Islam mengatakan yang dakwah Islam tidak pernah sampai kepada mereka?

Renungkanlah..


Dr Siti Mariah Mahmud

7 comments:

  1. Selangor yang diketuai oleh Dr Hassan Ali perlu memulakan langkah proaktif kearah membebaskan masjid dan institusi agama daripada penjara UBN.

    Jika hanya individu doktor perubatan sahaja yang dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri atau Pusat, maka semestinya jawatan Pengarah Majlis Agama Islam perlu daripada orang yang mempunyai kelayakan ikhtisas dalam agama.

    Insiden kenyataan Pengarah JAIS berkenaan dengan kedatangan orang bukan Islam ke masjid sememangnya mendedahkan kejahilan beliau berkenaan Islam. Memang beliau tak layak memegang jawatan Pengarah JAIS dan wajar meletak jawatan kerana telah membuat onar yg sangat besar dalam Islam. Lebih teruk daripada tiada tauliah untuk mengajar di masjid/surau.

    Akhirnya. Ini balasan tuhan kepada individu yang berniat kurang baik terhadap orang lain. Selepas menghalang ulama menyampaikan ilmu agama, kejahilannya dipaparkan oleh tuhan dalam tindakan terhadap AJK Masjid Andalas.

    Sepatutnya bukan setakat tauliah. JAIS wajar memberikan upah tanda terima kasih kepada ulama' yang sudi mengajar anak-anak Selangor tentang Islam.

    PR wajar buat perubahan dan bebaskan masjid supaya dakwah akan dapat diperhebatkan.

    ReplyDelete
  2. saya teringat kisah ini sama dengan kejadian khir toyo semasa menjadi Menteri Besar memberi hadiah penyapu sebagai membersihkan....

    pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. walaubagaimanapun hujah puan, ruang solat yang disediakan untuk hambaNya bersolat kepada tuhannya iaitu ALLAH SWT janganlah dibenarkan kafir habri untuk memasukinya.

    tempat lain boleh lah dibenarkan.

    ReplyDelete
  4. Malaysiakini hari ini menulis :-

    JIM: Bukan Islam boleh masuk masjid

    Saya telah membaca hampir keseluruhan tulisan serta komen dari bloggers Umno berkenaan isu yang di tulis oleh YB,

    Berbeza dengan tulisan YB yang mempunyai hujjah, tulisan serta komen dari pembaca dan bloggers Umno memperlihatkan kejahilan (maaf sekali lagi ulang apa yang YB tulis) mereka yang menulis membabi buta tanpa hujjah dan fakta yang boleh menyokong kesalahan yang dilakukan oleh AJK Masjid berkenaan.

    Hanya berdasarkan dari beberapa keping gambar yg diperolehi dari facebook, mereka menjual cerita yang tiada nilainya langsung.

    Semua tulisan dan pemberitaan yang diberikan oleh mereka selayaknya di bakul sampahkan sahaja kerana tiada nilai berita (ayat ni boleh rujuk Dato Shaberry Chik)

    Ini diakui sendiri oleh blogger 'depakata' dlm tulisannya semalam.

    Kena pi belajar agama dululah baru tulis : sorry abg mie terjah (cybertrooper), jgn marah.

    Orang yang boleh menerima tulisan-tulisan anda (cybertrooper)hanyalah mereka yang merupakan golongan yang tak datang ke surau dan masjid untuk mendengar pengajian kerana kitab rujukan mereka ketika kuliah diadakan selepas maghrib bersamaan dengan berita perdana TV Dongengan 1 & 3.

    Selamat tinggal Umno

    berkaitan berita ini : refer 'artikal berkenaan non-muslim masuk masjid' layari http:/p111kotaraja.blogspot.com/

    Kota Limau Kasturi
    Kota Raja

    ReplyDelete
  5. Pelatihan Solat Khusyuk

    Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

    Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

    Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

    Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

    Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
    Daftar Segera – Tempat Terhad

    Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
    Yuran: RM250
    HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
    019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

    ReplyDelete
  6. Walau apapun yang berlaku adalah perkara baik jika kita mengajak orang kafir ini mendekati agama Islam tetapi perkara itu juga harus berlandaskan adakah ia niat yang ikhlas untuk agama atau sebagai niat berpolitik. Tempat ibadat ini seharusnya dimuliakan bukan dipermainkan. Wassalam

    ReplyDelete
  7. KZSO, terima kasih kerana memberi respon kepada tulisan saya.

    Saudara mengatakan yang ruang solat tidak boleh untuk orang kafir masuk. Ini bermakna seluruh bumi ini tidak boleh dipijak oleh bukan muslim. Ruang solat orang Islam ialah seluruh bumi ini. Dimana sahaja orang islam boleh meletakkan dahi untuk menyembah Allah swt (asalkan tiada najis di situ.) Dalam Islam semua perbuatan kita berasaskan 5 hukum wajib, haram, harus, sunat dan makruh. Lain daripada itu adalah pendapat kita semata-mata.Tanyalah mana-mana fuqaha' apa hukumnya perkara yang dibincangkan ini. Ikut hukum, bukan pakai akal kita semata-mata. Soal kita tidak mahu pakai hukum lain isunya.

    Dr Siti Mariah Mahmud

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts