Kg Jawa, Klang, 23 Nov: Didalam memperkatakan tentang suasana politik di negara kita, suasana politik keseluruhannya adalah hasil gelagat politik seorang Perdana Menteri kata YB Dr Zulkifli Ahmad di dalam ceramahnya di Kampung Jawa malam tadi.
"Ini adalah menurut analisis penganalisa politik yang rata-ratanya berpendapat begitu" katanya lagi di dalam ceramah yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah (LPD) PAS Kawasan Kota Raja.
Menurut beliau, PM sedang berdepan dengan suasana yang partinya, UMNO/BN didalam zaman kereputan dan beliau sendiri adalah dipenghujung kepada teori RAHMAN.
Dia dihantui dengan teori tersebut yang baginya memang sedang berlaku dan seboleh mungkin dia perlu melambatkan UMNO dan BN dari ditalkinkan.
Oleh itu, untuk mengembalikan sokongan rakyat, slogan 1 Malaysia di perkenalkan dan ucapannya banyak mengambil slogan yang di gunakan oleh Pakatan Rakyat.
Malangnya slogan-slogan itu banyak bertentangan dengan apa yg ada pada BN sekarang ini, sebagai contoh, Sabah, Sarawak dan Trengganu merupakan negeri2 yang kaya tetapi tercorot dari segi pembangunan.
Kemiskinan di Sabah Serawak masih di tahap yang tidak dapat di gambarkan kepada mereka yang tinggal disemenanjung, seperti masih ada guru yang terpaksa pergi mengajar dengan menaiki motor 7 jam ditambah berjalan 7 jam lagi sebelum sampai ke sekolah.
Dan ini memaksa guru tersebut mengajar hanya 2 hari seminggu kerana masanya dihabiskan untuk perjalanan pergi dan balik.
Sekolah-sekolah pula masih lagi tiada bekalan air bersih dan letrik.
Ketika PM cuba menunjukkan perkara yang baik kepada rakyat, banyak perkara buruk Umno/BN yg terserlah satu persatu seperti kes Bukit Botak, projek rumah terbengkali di Alam Perdana dan projek 1000 ekar kolam udang di Asam Jawa.
Skandal PKFZ pula mendedahkan satu gandingan intim UMNO & MCA.
YB Lim Kit Siang terpaksa mengambil bertahun-tahun untuk menaikan isu tersebut yang mana mereka menangkis tanpa rasa bersalah.
Cuma baru sekarang perkara tersebut di dedahkan walaupun masih tiada diambil apa-apa tindakan sehingga hari ni.
Selain beliau, ceramah isu semasa tersebut juga menampilkan Dr Xavier Jayakumar dan Dr Siti Mariah Mahmud serta Cikgu Jaafar Samsudin selaku YDP Kota Raja.
Banyak isu semasa yang telah di sentuh oleh para penceramah mengenai isu terkini yang sepatutnya rakyat kena tahu seperti persidangan Dewan Negeri Selangor dan Persidangan Parlimen. _Izha
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah