Monday, November 2, 2009

Nik Aziz bidas tohmahan bacaan al-Quran hina Islam


IPOH - Pas membidas tohmahan yang mengatakan bacaan ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebelum ini sebagai penghinaan kepada Islam.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perkara itu digunakan Rasulullah SAW ketika mengutus surat kepada semua pemimpin kerajaan bukan Islam suatu ketika dahulu.

Katanya, surat yang diutus Rasulullah itu adalah untuk dibaca dan tidak pernah dianggap sebagai menghina Islam apabila ayat al-Quran berkenaan dibaca oleh pemimpin bukan Islam.

"Perjuangan Pas adalah berlandaskan ajaran Islam dan bukannya politik perkauman sebagaimana yang diamalkan UMNO selama ini. Oleh itu sewajarnyalah masyarakat bukan Islam terlebih dahulu belajar mengenali Islam supaya lebih memahami perjuangan," katanya ketika berucap di majlis penutup Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) di sini, malam kelmarin.

Hadir sama ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub.

Berucap di majlis itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham menolak dakwaan bahawa Pas parti fundamentalis melampau.

Menurutnya, dakwaan itu adalah propaganda pihak lawan.

Katanya, beliau kagum dengan kepimpinan Pas dan sikap amanah parti itu dalam mempertahankan mandat rakyat.

"Saya berharap hubungan antara Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP di Perak terus kukuh, walaupun masing-masing mempunyai perbezaan dari segi ideologi," katanya.

Pada sidang media selepas konvensyen itu, Mohammad Nizar berkata, PR akan melaksanakan semua resolusi yang dirumuskan di konvensyen itu.

Antara resolusi itu ialah mengukuhkan kesepakatan dan perpaduan di kalangan parti komponen PR dan menghindari segala sangkaan buruk di antara mereka.

Beliau berkata, PR kini dalam proses mendaftarkan PR sebagai pertubuhan politik dan telah menyediakan memorandum berhubung perkara itu.

3 comments:

  1. dengar orang bukan Islam baca ayat Al-Quran di pentas politik dapat menambahkan tahap keimanan seseorang muslim ke?

    ReplyDelete
  2. askum...

    boleh ker org bukan islam baca al-quran?

    tak perlu mandi hadas dulu ker?..
    kalau gitu puan datang bulan pun leh baca laa?.tak sama ker..

    dulu org melayu marah sangat kalau yg bukan melayu ucap salam.. itu dulu setakat ni baca quran pun dibolehkan.. rasanya tak payah baca quraan untuk bagi tahu org islam atau org bukan islam kalau kat tempat ceramah?.. baca laa ayat dalam kitab mereka sendiri.. kongsi ramai2.. kena perlubaca dari quraan dari yg bukan islam.. mereka patut baca dari kitab mereka.. tak kan tak ada yg baik2 untuk dikongsi.. kenapa perlu pilih ayat quran.... yg backup pun sama...teruk betul pemikiran..

    ReplyDelete
  3. jgn la ikut adat dan akal semata2 bang. kalau xnak percaya pendapat dr mariah, bukaklah al-quran cari hukum org kafir baca al-quran. kalau ada, tlg share. inilah natijah memperjuangkan AGAMA mengikut acuan BANGSA. cuba perjuangkan BANGSA ikut acuan AGAMA pulak. PAS FOR ALL.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts