Friday, November 28, 2008

Islam tidak mengabaikan persoalan Negara

Kesyumulan Islam termasuklah dalam persolan negara dan kenegaraan. Adakan kita sedar bahawa antara sebab utama kemunduran umat Islam dan segala permasalahan yang timbul dalam sistem sosial masyarakat islam ini disebabkan persoalan ini? Sepatutnya kesedaran ini diperluaskan kepada seluruh umat Islam agar timbul suatu semangat baru untuk mengembalikan maruah umat Islam yang semakin tidak terbela dan hilang payung atau dahan tempat berteduh.

Pertama-tama yang kita perlu sedar ialah bagaimana persoalan bernegara adalah sebahagian dari tuntutan Islam sekalipun bukanlah itu matlamat utama yang perlu digarap. Negara Islam pasti tertegak dengan tertegaknya masyarakat berserta komponennya sekali di dalam menerima dan menghayati Islam ini dengan menyeluruh serta menjadikannya sebagai cara hidup.

Persoalannya sekarang, apakah yang perlu kita sumbangkan untuk memastikan masyarakat dapat menghayati islam dengan sepenuhnya? Jawapannya adalah bagaimana kita boleh memainkan peranan di dalam memberi dan menyampaikan mesej Islam kepada mereka samada secara individu mahupun melalui organisasi. Baik, kita bukan nak berbincang bagaimana cara untuk mendidik masyarakat tapi kita perlu memahami terlebih dahulu bagaimana Negara Islam boleh wujud serta konsep bernegara mengikut perspektif Islam. Mari kita lihat peringkat atau proses tertegaknya sebuah negara Islam sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah dan para sahabat, iaitu;(1)Mengislah, membimbing ke arah hidayah dan selamatkan masyarakat dari kesesatan,(2)Mengajak masyarakat melaksanakan hukum al-Quran dan al-Sunnah dalam konteks kehidupan sosial dan masyarakat,(4) Memastikan wujud sebuah masyarakat yang berlandaskan hukum dan peraturan Islam,(5) Pengetahuan dan kesedaran masyarakat timbul untuk menegakkan semula Negara Islam.

Konsep bernegara menurut pandangan Islam adalah (1) Negara fikrah iaitu negara yang pemimpin dan rakyatnya memahami konsep dan tasawwur Islam yang jelas dan bukan (2) Negara bersifat perkauman, jenis atau iklim. Manakala Ketua Negara dipilih oleh orang-orang Islam mengikut syarat-syarat tertentu iaitu sifat amanah dan kemampuan yang dimiliki oleh calon-calon kepimpinan.Tujuan perlantikan ketua negara pula adalah untuk (1) Melaksanakan syariat Islam dan (2) Membimbing manusia untuk mematuhinya.
Bernegara mengikut islam termasuklah di dalam jalinan perhubungan antara (1) Manusia dengan Tuhannya, (2) Manusia dengan manusi, (3) Manusia dengan makhluk selain manusia, (4) Individu dengan organisasi, (5) Organisasi dengan organisasi yang lain.
Individu dan masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam sebuah negara Islam di mana pandangan dan pendapat mereka diambil kira sebagai 'check and balance' dengan pengawasan, pemberi nasihat dan cadangan dan kebebasan mengkritik. Sebaliknya bagi pihak negara serta kepimpinannya wajib bertanggungjawab terhadap setiap individu anggota masyarakat di dalam memberi jaminan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Kesimpulan; (1) Kefahaman dan kesedaran Islam penting bagi setiap individu muslim, (2) Wujudnya masyarakat muslim pemangkin kepada kewujudan sebuah Negara Islam, (3) Syarat asas kepimpinan Islam adalah sifat amanah serta berkemampuan, (4) Perlantikan kepimpinan bukan berdasarkan suara majoriti tetapi Majlis Syura yang dianggotai oleh Khalifah dan cerdik pandai di dalam pelbagai jurusan dan bidang, (5) Undang-undang dan perlembagaan adalah berdasarkan al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan Qiyas. (6) Keadilan menjadi teras kepada perlaksanaan undang-undang dan hukuman berdasarkan syariat.

Wallahu'alam
kota raja

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts