Saturday, November 1, 2008
MAJLIS PERASMIAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT KOTA RAJA OLEH TGNA
YB Dr Mariah merakamkan jutaan terima kasiH kepada semua petugas termasuk YDP, AJK PAS Kawasan Kota, Pengarah Program dan semua ahli jawatankuasa kecil sambutan program yang bertungkus lumus menjayakan majlis diatas.
Persiapan yang hanya memakan masa selama 2 minggu dan ditambah dgn pertindihan cuti Deepavali benar-benar mencabar tugas petugas yang bertungkus lumus setiap masa bagi memastikan kejayaan majlis tersebut. Berkat kesungguhan semua akhirnya majlis yang dinanti-nanti itu berjaya dianjurkan dgn penuh kegembiraan oleh semua petugas dan semua hadirin juga semua jemputan yg hadir.
Majlis yang gilang gemilang tersebut dihadiri oleh YAB Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantar merangkap Mursidur Am PAS, YB Hj Abd Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam, YB Dr Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Tn Shuhaimi Shafie ADUN Sri Mudan dan semua pimpinan Pakatan Rakyat serta Pengerusi-Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sri Andalas En. Letchumanan, Sri Muda En. Segar serta Klang Jaya En. Gunalan serta lebih 2000 penyokong Pakatan Rakyat termasuk kira-kira 500 orang non-muslim.
Istimewa majlis ini menurut TGNA Aziz ialah terlalu ramai masyarakat India dari Kota Raja yang menyambut beliau karana tidak pernah berlaku, termasuk disambut oleh 4 orang tok sami dari kuel sekitar Kota Raja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent Posts ; Parlimen Kota Raja
Recent Post
Popular Posts
-
Muqaddimah Perjuangan menegakkan Islam secara syumul di dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya adalah merupakan ses...
-
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkaw...
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan...
-
Oleh: Dr. Yaacob bin Haji Yusof Awang [ Dr. YaHYA] A. PENDAHULUAN Agama-agama di dunia dibahagikan kepada dua jenis dari sudut cara kewuju...
-
Perhatikan gambar betul ..... semua hangus dijilat api kecuali ......... Anda nilailah sendiri .... Allah sedang uji atau beri kafarah kepa...
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah