"Mengikuti perbahasan parlimen sejak awal, dapat dilihat beberapa perkembangan yang memberangsangkan dari sudut kualiti perbahasan dan suasana kekeluargaan yang dipupuk di kalangan ahli parlimen. Satu ketika dulu, ramai pernah menyuarakan kekecewaan apabila mendengar hujah budak tadika dari MP kerajaan, tetapi perkembangnan muktakhir ini melihat peningkatan dari sudut kualiti dan suasana mesra di kalangan MP.
Ibrahim Ali juga kelihatan berubah dengan sikap rendah dirinya yang berbeza daripada awal persidangan dulu di mana beliau kelihatan sombong dan angkuh dengan kedudukannya.
Kini satu era baru dapat dilihat di parlimen sehinggakan speaker turut berseloroh dengan MP dan kelihatan lebih tenang mengendalikan sidang.Apakah sebenarnya berlaku di parlimen sehingga mengubah keadaan yang satu ketika dulu kelihatan panas?
Antara yang bolih dilihat ialah kesan 916 yang memungkinkan parlimen berubah.Ahli parlimen dari BN kelihatan banyak berubah sesudah kembali dari Taiwan.Hujah hujah mereka sudah mula mengandungi unsur membina malah ada ketika MP BN kedengaran menyokong ketua pembangkang serta banyak kali kedengaran sokongan sokongan diberi kepada hujah pembangkang.
MP BN akhir akhir ini kedengaran banyak berseloroh dengan MP PR terutama dari Batu Gajah yang comel dan manja itu.JJ yang baru sahaja mengemparkan masjid di kratong 4 juga kelihatan berubah bila mana beliau kedengaran menyokong hujah pembangkang.Begitu juga KJ yang bertaraf budak tadika diawal bersidangan dulu juga kedengaran lebih matang dalam hujahnya serta kelihatan membina hubungan baik dengan ketua pemuda PAS.
Di tengah perubahan ini, ana perasan satu perkara yang menarik untuk dikongsikan.Ia itu sikap lemah lembut dan berhemat MP PAS ketika berhujah.Ketika Najib menggulung bajet dulu,beberapa kali dato KJ(PAS Tumpat) bangun menegur sikapnyan yang enggan memberi laluan kepada celahan.Dengan penuh hemat beliau berhujah sekalipun hujahnya telah membawa MP PR keluar dewan.
Dalam hujah para MP PAS,terutama hujah Tok Guru presiden,sering kali kita mendengar selitan ayat quran dan kisah kisah kejayaan silam kerajaan Islam.Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi dewan untuk kelihatan seperti parlimen sebenarnya dan tidak seperti penggal yang lepas bilamana para MP bersikap kurang ajar dan sambil lewa dalam berhujah.Nazri racist sudah nyata berubah, Bung Mokhtar yang lucah itu juga turut berusaha untuk berubah.
lebih menarik apabila terdapat beberapa MP dari DAP turut mengikut standard yang dibawa oleh MP PAS ini.MP perempuan DAP kelihatan cuba mengikut rentak DR lo lo Dan DR Mariah serta MP dari Rantau Panjang sambil Yb Gobalakrisnan( PKR padang serai) kelihatan beberapa kali merujuk kepada pengajaran TGNA dalam hujahnya.
Sedar tak sedar,kewibawaan Tok Guru Presiden diakui oleh semua MP termasuk dari BN dan apa yang disampaikan oleh Tok Guru didengari semua.Pada ana, ini petanda baik dan tanpa disedari MP PAS sekarang sedang berdakwah di parlimen.Makin ramai MP sudah mula menunjukkan minat kepada Islam walaupun karpal pernah mengatakan "langkah mayatnya dulu kalau nak tubuh negara Islam".
MP Rasah(DAP) antara yang paling menonjol menunjukkan nada rendah diri ikut standard Tok Guru dalam setiap hujahnya.dan paling menarik ialah MP Pasir Salak yang mula menunjukkan sikap lebih profesional dalam perbahasan walaupun sesekali kedengaran juga suara budak budak daripadanya.
Kini parlimen Malaysia sedang menuju kearah yang lebih profesional dan lebih berdisplin.Dan mungkin lebih banyak suara suara Islam akan kedengaran dan mula diterima oleh MP bukan Islam terutama dari DAP yang sebelum ini dianggap chauvanist dan anti Islam.Kredit kepada MP PAS."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent Posts ; Parlimen Kota Raja
Recent Post
Popular Posts
-
Muqaddimah Perjuangan menegakkan Islam secara syumul di dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya adalah merupakan ses...
-
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkaw...
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan...
-
Oleh: Dr. Yaacob bin Haji Yusof Awang [ Dr. YaHYA] A. PENDAHULUAN Agama-agama di dunia dibahagikan kepada dua jenis dari sudut cara kewuju...
-
Perhatikan gambar betul ..... semua hangus dijilat api kecuali ......... Anda nilailah sendiri .... Allah sedang uji atau beri kafarah kepa...
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah