Monday, December 21, 2009

Rasuah, 15 tahun lagi rakyat Malaysia pula akan mencari pekerjaan di Indonasia

Johan Setia, Klang, 21 Nov: Bercakap di ceramah isu semasa anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan Kota Raja di sini semalam, Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat berkata seorang pakar ekonomi Singapura ada menyatakan bahawa, jika Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono terus memerangi rasuah seperti yang di lakukan sekarang dan di masa yang sama tiada perubahan di Malaysia dalam memerangi rasuah, tidak mustahil 15 tahun lagi rakyat Malaysia akan mencari  pekerjaan di Indonesia.
Beliau menyatakan bahawa masalah paling besar di Malaysia ialah rasuah.

"Jika di zaman Tunku Abdul Rahman, Malaysia sangat di hormati kerana rasuah di perangi tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
Beberapa menteri besar BN telah di dakwa kerana rasuah ketika itu dan hasilnya Malaysia berada di tangga ke 20 tahap rasuahnya.
Tahap rasuah merudum ke tangga 40 di akhir pemerintahan Tun Dr Mahathir dan terus malap ke tangga 47 di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya ke tangga 56 selepas tidak sampai setahun Dato Seri Najib memegang tampuk pemerintahan." tambahnya lagi. Beliau menyifatkan bahawa kini Malaysia setaraf dengan Negara2 Afrika seperti Zimbabwe.

Menurut beliau lagi, lapuran badan antarabangsa ada menyatakan bahawa Malaysia kehilangan 28billion setahun kerana ketirisan disebabkan amalan rasuah yang berleluasa dan perkara tersebut di sahkan lagi oleh Lapuran audit Negara tentang pembelian yang tidak munasabah seperti harga sebenar sebuah Laptop ialah RM5,000 dan kerajaan membelinya dengan harga RM 40,000.   

Bercakap mengenangi prestasi negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat, beliau merasa bangga kerana Audit Negara sendiri telah memuji dengan langkah yang di ambil kerajaan Pulau Pinang yang dapat menjimatkan RM36 juta di dalam pengurusan kerajaan negeri, Kedah dapat meningkatkan sumber pendapatan negeri seperti balak, hasil daripada pengenalan tender terbuka dan Selangor, membelanjakan wang tanpa pembaziran.

Oleh kerana rasuah adalah perkara yang sangat bahaya terhadap negara, beliau mengakhiri ceramah beliau dengan menyeru semua rakyat Malaysia supaya sama-sama menggembling tenaga di dalam memerangi rasuah. 

Beliau menyatakan bahawa banyak contoh Negara-negara di dunia ini maju apabila rasuah dapat diperangi dan untuk itu beliau sanggup turun ke jalanraya bersama rakyat untuk menuntut kerajaan memerangi rasuah.
 
Selain beliau, Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud juga berucap yang antara lain menyentuh tentang cukai GST yang akan di perkenalkan tidak lama lagi.

Menurut beliau, jika selama ini cukai seperti cukai GST ini hanya di kenakan kepada barangan tertentu seperti KFC, McD dan sebagainya, yang mana hanya mereka yang membelinya perlu membayarnya tetapi bila ia diperkenalkan kepada semua barangan,  semua rakyat terpaksa membayarnya tanpa ada pilihan.

Bagi Pakatan Rakyat, kerajaan sepatutnya berusaha menaikkan pendapatan rakyat dahulu sebelum memperkenalkan cukai GST kerana tanpa pendapatan yang baik, rakyat akan terbeban dengan kenaikan harga barang hasil dari pengenalan cukai GST tersebut.
Berucap di majlis yang sama, YB Dr Xavier, exco Kerajaan Negeri Selangor menyentuh tentang masalah tanah  di negeri Selangor yang telah di agihkan kepada kroni UMNO  ketika BN memerintah dahulu.

"Sebagai contoh, kes tanah di Hulu Selangor dengan keluasan lebih 2000 ekar telah di beri kepada PKPS dan PNSB.Anak-anak syarikat kerajaan negeri ini pula di paksa membuat kerjasama  dengan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kroni UMNO dengan nisbah keuntungan 30:70. 

Apabila perniagaan syarikat usahasama rugi, tanah jatuh kepada syarikat kroni tersebut dan kerajaan negeri tidak mendapat sesen pun. Itu lah modus operandi bagaimana tanah di Negeri Selangor jatuh ke kroni UMNO." kata beliau.

Selain dari itu beliau juga menyebut masalah tanah yang telah 20 tahun tertangguh seperti kes 1000 ekar tanah di Bukit Botak dan 1000 ekar tanah di Bukit Cerakah .

"Kerajaan sekarang sedang mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah tanah itu tetapi BN cuba menggagalkannya kerana  tiba-tiba pula tanpa segan silu membuat perbincangan dengan mereka yang terbabit. BN menawarkan untuk menyelesaikannya  walaupun selama ini selama 20 tahun tidak berbuat apa-apa." katanya lagi

"Oleh itu kerajaan Negeri memerlukan sokongan dari semua rakyat yang perlu bersabar kerana banyak perkara yang tidak boleh dlakukan dlm masa 2-3 tahun ini di sebabkan antara lain banyak pegawai-pegawai kerajaan negeri yang masih lagi menganggap BN masih memerintah." kata beliau ketika mengakhiri ucapannya. 

Turut berucap di dalam majlis tersebut ialah Sdr Jaafar Samsudin, Yang di Pertua (YDP) PAS kawasan Kota Raja, Sdr Norhalim Sirome ,Timbalan YDP dan Sdr Azmizam Zaman Huri, Ketua AMK Cabang Kota Raja. _Izha

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts