Thursday, December 3, 2009

Respon kepada penyiaran surat Nik Amalina

Assalamualaikum WBT,

Genap seminggu saya menyiarkan luahan hati Nik Amalina, puteri MB Kelantan. Saya berbuat demikian atas permintaan beliau dan suaminya sendiri.Saya dapat merasakan jiwanya tertekan dan beliau perlu meluahkan. She wants people to know her feelings ..... dan baca seterusnya disini

39 comments:

  1. Salam YB Siti mariah,

    Dalam kes Nik Amalina dan Ariffahmi ni, saya fikir kedua2nya belum matang lagi menerjah dan menongkah arus politik Jadi sebagai seorang muslimat berpengalaman, se-afdalnya YB menasihati kedua2 mereka tu agar lebih berhati2 dalam penulisan mereka. Penulisan gaya luahan hati sebegini mungkin meninggalkan persepsi lebih negatif dikalangan pemyokong, lebih2 lagi musuh2 TGNA. Kita perlu nasihatkan mereka agar jumpa pakar motivasi atau kaunseling seperti Dr Fadhilah Kamsah misalnya agar mereka boleh dinasihati secara lebih berhati2 atau berhemah dalam mendepani isu ini. Atau juga Prof Harun Din mungkin ada cara bagaimana pendekatan terbaik untuk berhadapan dengan isu sebegini.

    Tentang Sdr Syed Azidi, saya kenal beliau sejak beliau jadi pelajar USM lagi pada akhir 80an dan awal 90an. Beliau pelajar jurusan komunikasi massa - antara course paling simple dan mudah lulus kat USM masa itu. Pelajar2 mass com masa itu merupakan antara golongan pelajar paling "sosial" dan maaf kalau saya katakana ini course untuk golongan2 melayu yang malas di sana pada waktu itu. mereka ni sering berteater dan berdrama di panggung eksperimen bersama2 nama2 besar dalam dunia seni seperti Rosminah Tahir dan Dato' Ahmad Tarmimi Siregar. Golongan pelajar mass com USM pada masa itu selalunya akan sering berkonfrontasi dengan pihak PMI (persatuan mahasiswa islam) dalam aspek penganjuran aktiviti seni dan budaya di DTSP (Dewan Tuanku Syed Putra). Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan isu yang di timbulkan oleh penulis spt Syed Azidi juga banyak merupakan lakukan teater dan drama dimana dialah watak dan pengarah utamanya. Jika kedua2 Arifahmi dan Nik Amalina faham watak2 yang cuba dimanipulasikan oleh Syed Azidi, maka mereka berdua tidak akan terjerat dengan mainan beliau. tapi jika mereka tidak faham skrip yang cuba beliau lakunkan maka mereka akan menjadi bahan eksperimen dan mainan Syed, akhirnya mereka akan kecundang dan kesannya makin negative pula. Syed ini jenis orang yang keras kepala, manusia jenis api. So kita tak payah lawan api dengan mencurah minyak petrol kerana api itu akan menjadi makin besar. Kalau kita biarkan api itu, lama2 dia akan padam juga. Paling mudah nak padamn api kalau kita hadkan bekalan oksigen pada api itu maka ia akan mudah dan lagi cepat padam. Tuhan maha kaya, so satu hari nanti biarlah Allah balas jika perbuatan, tulisan dan arahan filem beliau itu adalah fitnah semata-mata. .

    Hari ini, jika saya dapat bercakap dengan Prof Shahnon Ahmad atau Ustaz Elias Zakaria (kedua2nya bekas Pengarah Pusat Islam USM) maka saya fikir kedua2 mereka ini boleh jelaskan siapa itu Syed Azidi dan golongan pelajar Mass Comm masa itu yang rasanya jauh dari menghadiri aktiviti ugama di Pusat Islam USM, khususnya aktiviti di Masjid Al Malik Khalid USM pada masa itu.

    Untuk Arifahmi dan Puan Nik Amalina,

    Saya berharap Nik Amalina dan Suami Arifahmi ada membaca pandangan saya ini dan sebagaimana nama saudara Arif dan Fahmi – Sdr amat diharpkan agar arif dan faham dengan permainan/sandiwara/drama yang cuba dimainkan oleh pengarah bernama Syed itu. Buatlah beberapa tekaan synopsis atau penghujung drama atau filem arahan beliau itu dan berfikir lebih jauh kehadapan, think out of the box dan ambillah langkah2 paling awal, proaktif dan bijak agar anda berdua dan TGNA tidak di pijak, dihina, dipandang lekeh kerana anda amat perlahan atau sukar memahami skrip selanjutnya yang bakal di arahkan oleh pengarah tersohor produk Mass Com USM tersebut!.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Beristigfarlah kepada Allah. Semoga Allah mengampuni kita. Hanya Allah sebaik-baik

    Hakim. Kepadanya kita kembali kan apa yang kita tidak ketahui kerana Dia Maha

    Mengetahui.

    ReplyDelete
  3. yb dr siti mariah,
    dengan selamatnya,
    saya masih tertanya2 mengapa husam masih berdiam diri, walhal beliaulah yang membawa kickdefella masuk ke jawatan strategik dalam pas tanpa melalui syurut attadh'if wattausiq sebagaimana amalan semua jamaah islamiah termasuk tarikah sufiah. juga kita dapati tapisan keselamatan diamalkan oleh semua organisasi bukan islam dan perniagaan. sepatutnya yb dan pimpinan pas terutama puak erdogan (penamaan sekadar memudahkan bicara), mendesak husam membuka mulut. Husam, bekas pimpinan siswazah abim kelantan, menjadi bualan buruk dikalangan ahli sekarang dan sebahagian merasakan beliau adalah proksi dsai dalam pas dan sebahagian mengatakan beliau adalah agen umno? please, desak husam buka mulut, jangan sampai ahli2 solat hajat!

    ReplyDelete
  4. salam untuk " cucu "
    saya terpanggil utk membetulkan perpepsi "cucu" dlm blog ini. Apa yg cucu bangkitkan adalah perkara lama, ITU ADALAH SYED AZIDI YG CUCU KENAL DULU dan cucu harus ingat MANUSIA INI BOLEH BERUBAH Apabila hidayat Allah dtg. Saya kenal Syed Azidi sekarang, dia tinggal berhampiran rumah saya dan saya berkawan rapat dengannya.. sekarang dia bukan spt yg cucu laporkan...Dia sekarang adalah adalah manusia yg berprinsip. Juga untuk makluman semua , antara Sumbangan besar Syed Azidi adalah berjayanya menyediakan maklumat2 penting berkaitan dgn isu2 tuntutan royalti minyak kelantan. Juga sumbangan dlm memenangkan PAS kelantan dlm PRU12. kalu nk tau lanjut cucu boleh tanya bekas bossnya datuk Husam????. Harap cucu bertaubat kerana membuka aib org dimasa lalu..

    ReplyDelete
  5. seelok2nya jika kita nak kata pada seseorang, elok kita cakap tentang keburukan yang sedang dia lakukan. tak perlu kita membongkar perangai atau kisah silam yang bertahun2 lamanya berlalu. kerana ianya sudah tidak buleh dibuat dalil atau hujah, ini kerana sekarang mungkin dia dah insaf dan tidak buat lagi perkara itu.
    jika kita ambil juga perkara2 silam dia, contoh semasa bujangnya dia tu teruk.. seolah2 atau ibarat kita mempertikai sahabat2 RasululLah SAW yang sebelum islam mereka membuat perkara2 mungkar, contohnya saidina Umar alKhattab RA, beliau pada sebelum islam berbuat jahat, sampai menanam anak perempuannya hidup2,
    harapnya jika nak 'tembak' seseorang sekalipun, jangan sampai nak buka keaiban mereka yang dah silam. bayangkan jika ada pihak yang membongkar apa2 perkara yang pemimpin2 kita pada masa bujangnya 'terbuat'...
    wassalam.

    ReplyDelete
  6. Nik tengah tension, saya pun pernah melalui saat yang sama, sehinggakan rakan yang membaca tulisan saya di http://mardhee.multiply.com sangat terkejut dengan apa yang saya rapik-rabankan di sana. Ada juga yang bermati-mati tak mau percaya itu tulisan saya. Elok juga jika Nik teruskan menulis. Moga beliau mendapat rentak dan tarinya yang tersendiri yang dengan secara tidak langsung dapat mengubah persepsi yang melihat Islam secara sinikal dan negetif.Terrorist.

    Sangat setuju dengan pandangan YB yang beliau sebutir permata. Tapi permata ini kenalah menggilap dirinya sendiri. Saya sangat berharap tak lama lagi saya dapat membaca terus buah fikiran Nik dari blog beliau sendiri.

    ReplyDelete
  7. TGNA: Kita doa sampai pecah perut.

    Astafirullah.... Biasanya tukang sihir saja yang sokmo mendoakan kemudharatan orang lain.

    HM nampaknya siap siaga sebelah TGNA di majlis ini. Nudin berapa ratus pula yang sponsor kain I Luv TG itu?

    ReplyDelete
  8. Tak salah untuk menunaikan hak sesama Muslim. Kalau ada silap kita tegurlah elok-elok. Sesungguhnya kita ni bukannya maksum...

    ReplyDelete
  9. Ambo ore klate, setahu ambolah maksud doa sampai pecah perut tu berdoa dengan bersungguh-sungguh. "pecah perut" tu hanyalah simpulan bahasa ore klate.

    ReplyDelete
  10. AlQamr, doa sampai pecah perut itu cuma perumpamaan utk menunjukkan betapa bersungguhnya kita berdoa, dan bukannya terjemahan secara direct. Kalau tuan selalu mengikuti cara TGNA, beliau acapkali bercakap secara simbolik.

    Berbalik kepada Nik Amalina vs Kickdefella,sebagai seorang anak Tok Guru, bagi saya Nik Amalina perlu berhati2 menulis walaupun kita akui jiwanya tertekan. Tak perlulah memburukkan orang lain walaupun orang tersebut telah menjatuhkan suami beliau. Orang akan lebih kagum sekiranya Nik Amalina kelihatan cool and steady berbanding teknik menyerang.

    Pada pendapat saya, TGNA telah melakukan kesilapan ketika memilih menantunya menjadi CEO sykt kerajaan negeri. Walaupun beliau mungkin layak dengan pengalaman dan kelulusannya, namun persepsi masyarakat sudah tentu tidak memihak kepada beliau. Politik adalah persepsi. Cuba bayangkan apa yang berlaku sekiranya DS Najib melantik menantu DS Rosmah, Dr. Fazley Yaakob sebagai CEO GLC atau seumpamanya? Sudah tentu orang-orang dalam PR akan terpekik melolong dengan perkataan kronisme-nepotisme.

    ReplyDelete
  11. salam YB..

    tentang surat NA yang Yb siarkan sehingga mendapat liputan hangat sekarang. ketahuilah ianya adalah perancangan Allah taala yang berwasilahkan pada Yb untuk menyiarkannya.
    patut atau tidak tersiarnya surat itu, itu adalah penilaian pembaca. pendek kata jika ianya adalah aib, maka Allah taala telah membuka aib TGNA serta keluarganya melalui Yb. mungkin kerana salah silap yang telah dilakukan sebelum ini.
    Jika ianya adalah salah satu cara untuk menyatakan sokongan si isteri terhadap suami dan perjuangan ayahndanya, maka insyaAllah surat itu akan menjadi pemangkin dan semangat kepada suami dan ayahndanya untuk hadapi serangan pihak lawan..

    ReplyDelete
  12. Kepada AlQamr dan org-org yang tak faham loghat klate seperti encik,

    Orang yang tak biasa dengar ceramah tok guru memang akan sentiasa silap paham(dah banyak kali dah kes macam ni, tak paham tapi nak komen jugak tunjuk dia pandai dan baik)..Pecah perut tu balik bahasa org kelate jah...dia maksudkan doa sampai pecah perut tu doa sungguh2 hati....sama la macam orang selalu dok kata, ketawa sampai pecah perut..maksudnya ketawa mengilai2 sampai rasa perut nak pecah sebab ketawa dengan bersungguh-sungguh...lain kali pikir dua kali dulu, jangan terus ketuk je keyboard tu,sebab tulisan anda tidak mustahil buat orang yang baca akan mengatakan jahatnya ulamak ni..kan dah berdosa tu..

    ReplyDelete
  13. Kepada Anonymous yang respond pada ulasan cucu.

    Sheih zaidi menyewa di Kg. Demit Kubang Kerian. Masalallah. Bini dan anak-anaknya teruk sangat la. Pakai seluar pendek dan baju singlet semasa keluar rumah menyidai kain.

    Masaallah, sesiapa yang lalu pun akan terkejut monyet, tak sangkanya bini seorang staff GLC di bawah agensi Kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz berpakaian sedemikian.

    Aku pun tertanya dimana Husam ketika Sheih baruanya menyerang Tok Guru bertubi-tubi. Tetapi jadi eksen pulok demo menyokong tok guru di tempat tok guru mengajar.

    memang tokey besar Sheih suka menimbulkan kepala di air tohor.

    Lorong gu5,

    ReplyDelete
  14. Salam YB

    Nak dapat air bersih pun kena tapis dulu. Tapis jgn tak tapis

    ReplyDelete
  15. Kepada BKK, Wan dan OK... sengaja saya tak quote the whole sentence Malaysiakini "Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya. Sengaja saya tinggalkan "orang itu". Orang itu jelas bukan kita.

    Ada yang bertanya di mana HM? Tidakkah bro and sis lihat dia gagah kacak di samping TGNA di majlis itu? Selimpang I Luv TG cantik di bahu beliau kerana kalau lilit di kopiah takut dikatakan perlekeh serban pula. Yang sunnah dan layak dililit di kopiah ialah serban bukannya kain I Luv TG. Kalau I Luv TG dililit di kopiah maka ianya lebih tinggi murtabatnya dari sunnah serban Rasulullah. Setahu saya di zaman Rasullullah, tiada para sahabat lilit I Luv Rasullullah di kopiah mereka. Ismail Kamus kata sebarang innovation adalah bidaah dan bidaah hassanah tidak wujud.

    Lihatlah foto-foto di blog perisik rakyat. Merata gambar HM. I don't think TGNA maksudkan HM sebagai "orang itu". Kelihatan setia walaupun baru keluar sepital katanya!

    ReplyDelete
  16. Secara moralnya TGNA telah memikirkan semask-masaknya tentang perlantikan menantunya ke jawatan CEO. Dua tahun dari 19 tahun mentadbir untuk melantik menantu ke jawatan itu adalah jangka masa yang panjang untuk dikira mengutamakan keluarga. Pertimbangan TGNA ada asasnya. Namun musuh sentiasa ada di mana-mana. Usaha Arif pada perkiraan saya adalah untuk menyahkan unsur-unsur sabotaj dalam pentadbiran PMBK. Memberi maklumat palsu seolah-olah benar adalah permainan licik orang yang pandai menggunakan pena songsangnya. Dengan ternyahnya Kick dalam PMBK barulah kita sedar akan tingkah laku sebenar Kick. Berulang kali sekarang Kick menggigit mangsanya dari betis sampai ke peha. Adakah luahan NA salah. Satu permintaan saya YB Husam perlu menjawab segala persoalan kerana telah dibincangkan dengan banyak sekali peranan beliau sebagai orang yang bertanggunjawab membawa Kick ke PMBK.

    ReplyDelete
  17. salam, respond pada "lorong gu5":
    saya baru saja terserempak dgn syed azidi dan isterinya lebih kurang sebulan yg lalu.. iaitu sebelum surat nik amalina diterbitkan di blog ini, isterinya bertudung tanpa nmpk sehelai rambut dan tiada aksi "daring" spt yg dikatakan nik amalina,,, mgkin apa yg "lorong gu5" tulis tu adalAH MASA AWAL2 DIA DATANG TINGGAL DIKELANTAN...NAK BERUBAH AMBIL MASA JUGAK BEB....WALLAHUALLAM

    ReplyDelete
  18. Salam,

    Berhubung kes Nik Aziz, Menantu Nik Aziz, Anak Nik Aziz dan sedara Kick ni hanya satu saja kesilapan yang dilakukan oleh Nik Aziz, iaitu melantik menantunya dalam pentadbiran beliau. Kesilapan besau yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO kini telah diulang cetak semula oleh Nik Aziz.

    Saya masih teringat kata-kata orang tua dulu-dulu, jangan kata orang jahat, jangan kata orang tu tak baik nanti akan naik atas kepala kita sendiri. Nah...sekarang perkara ni dah naik atas kepala Nik Aziz.

    Sebagai orang yang agak tahu tentang agama, sepatutnya kita tidak membicarakan tentang kejahatan orang lain apatah lagi menuduh orang tu jahat, orang ni yahudi dan sebagainya. Kita buat apa yang disuruh oleh Allah.

    Jangan sesekali kita mengingati kejahatan orang terhadap kita, sebaliknya ingatlah kebaikan mereka terhadap kita dan jangan sesekali mengingati kebaikan kita akan orang lain tetapi ingat-ingatlah kejahatan kita yang lalu.

    Kepada anak Nik Aziz, sedarlah bahawa kita semua hanyalah manusia biasa yang dijadikan oleh Allah yang tak lepas daripada melakukan kesalahan. Kita bukan perfect.

    Menyalahkan orang lain adalah sesuatu yang kurang bijak saya rasa, sebaliknya carilah di mana silap kita. Ansyaallah kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  19. kepada hakim...ko ni saper sebenarnya...ke ko ni syed azidi sendiri...

    ReplyDelete
  20. Minta maaf la semua. Tentang kekalutan di PMBK sekarang semuanya tercetus kerana kesilapan perhitungan dan tidak mengendahkan prosedur. Tak kira siapa kalau lah ayahnya ketua tak boleh lantik anak sendiri kecuali disyarikat hak kita sendiri. PMBK hak rakyat kelantan. Bukan hak TGNA atau keluarganya. Bukan salah pas hanya salah individu dalam nya.

    ReplyDelete
  21. Salam, aku pengundi saluran 4, aku kira baru jugak jadi ahli PAS (Tenggara)... dan aku dah mula rasa bosan, pada aku yang merosakkan PAS bukan kerana UMNO @ BN, tapi sebab ahli PAS tu sendiri..

    TAHNIAH laa...

    ReplyDelete
  22. kickdefellaaaaaa……….. ramai betul penyokong mu..dupliket ko?..tripliket ko or pliket pliket belako??… semuo komen tidak langsung mencerminkan ilmu dan akal… bunyi macam fraksi .... je.

    ReplyDelete
  23. Salam buat penjengok semua…Dalam kita bersalah-salahan antara dua-dua pihak yang bertelagah kita juga sebenarnya masih tertipu dengan helah dan muslihat yang ‘dimainkan’ oleh kedua-dua pihak yang terlibat.Sejauhmana kita boleh menyakini syeikh betul dan sejauhmana pula kita mampu menyakini dengan hakul-yaqin bahawa Ariffahmi itu bersalah?.

    Mereka yang makan nangka dan mereka juga yang makan lada.Sepatutnya segala getah dan pedas akibat dari dua buah tersebut biarlah mereka yang terima.Untuk apa pulak kita terjebak dan tertipu dengan semua sandiwara yang dimainkan.Kita tidak mengenali kedua-duanya [ syeikh dan ariffahmi ] secara mendalam, mungkin ramai penjengok di sini cuma mengenali mereka melalui ‘dengar cakap’ semata-mata.Ataupun berpandukan pengalaman silam,Sedangkan manusia boleh berubah, baik kepada jahat, jahat kepada baik…jadi yang lalu boleh jadi boleh, dijadikan sandaran, dan boleh jadi tidak boleh dijadikan sandaran.

    Siapa syeikh yang sebenarnya?Bukan baka, bukan keturunan, bukan ilmu dan bukan warna kulit yang menjadi ukuran.Kalau tidak patuh dengan agama maka apa yang boleh kita pegang?.Siapa ariffahmi sebenarnya?Juga bukan baka, bukan keturunan, bukan ilmu yang hendak kita jadikan ukuran.Ukuran sebenarnya sejauhmana mereka mengikuti telunjuk agama…itu yang perlu kita ambilkira.

    Buat syeikh..apa niat tuan dalam isu yang diperdebatkan?…ikhlaskah tuan dalam membongkarkan isu ini?, demi agama,demi kebenaran atau ada tangan ghaib di belakang tuan?.Ingatlah semua yang tuan dedahkan selama ini akan dipertanggungjawabkan ke atas tuan kelak di akhirat.Terpulanglah pada niat tuan.

    Buat Ariffahmi..sejauhmana tuan jujur dan ikhlas dengan amanah dan tugas yang diberi terletak dalam hati tuan.Benarkah tuan telah melaksanakan segala anamah yang TGNA berikan?Benarkan tuan tidak berpura-pura dengan isteri tersayan tuan?Sehinggakan pada matanya tuan adalah suami yang serba sempurna sebagai seorang suami dan menantu kepada seorang tuan guru.Benarkah tuan tidak menyalahi setiap peraturan sewaktu menjadi CEO PMBK?..segalanya itu tuan yang perlu jawab dengan SPRM dan Allah SWT kelak.

    Buat Nik Amalina,jangan terlalu bangga dengan keturunan sehingga digambarkan keturunan yang mulia.Nabi kita Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pun begitu merendah diri.Mana sunnah Baginda?Sehinggakan puan begitu taksub dan bangga dengan kemuliaan keturunan sendiri, apakh itu tidak bongkak namanya?Apa itu bukan syirik kecil?…hati-hati bila ingin meletakan kebaikan keluarga jangan sampai menjadi taksub dengan keturunan.Sepatutnya bukan kita [ ahli keluarga ] yang memuji kemuliaan keluarga sendiri, biarlah masyarakat yang melakukannya[ memuji atau memuja ]Andai benar kita memang baik dan mulia..tidak hilang bisa jika seekor ular menyusur akar.Begitulah seadanya…

    SATU PERTANYAAN…benarkah surat itu Nik Amalina yang tulis?Bagaimana jika orang lain [ bacaannya : Afiffahmi ]…apakah wajar seorang isteri begitu hebat membela suami sehingga terlupa aib orang lain pun di deahkan sama.Mana mulianya keturunan beliau jika begitu?…saling membuka aib sedangkan mereka [ syeikh dengan nik amalina ] adalah bersaudara, ada kaitan darah kekeluargaan. Atau mereka itu dua-duanya hancurrrrrrrr?….2 x 5 atau 5 x 2…fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  24. respond untuk anonymous,
    saya bukan syed azidi, saya adalah muslimat pejuang islam tegar, dan saya hanya ingin menyatakan kebenaran...

    ReplyDelete
  25. TGNA kata masa lantik AAF tu penasihat undang-undang ada bersama tapi penasihat tu tak kata apa-apa pon, salah ka, boleh ka..betui ka...

    ReplyDelete
  26. respon to hakim at 3:59:00pm

    1. betui ka hang nie muslimat pas tegar, pelik nama hang, jarang-jarang jumpa nama muslimat lagu tu. awat hang menyamar kut. payah lah nak caya.

    2. hang jumpa bini dia kat mana?

    3. lorong gu5 jumpa kat mana?

    4. sama tempat ka?

    5. kalau tempat beza.... hang fikir sendiri lah

    ReplyDelete
  27. kepada cucu yang menyokong nik amalina,

    Jangan kita suka berkata buruk tentang orang lain sekiranya kita tak melihat keburukan orang itu dengan mata kepala kita sendiri.

    Orang yang suka mengata tentang keburukan orang lain adalah lebih buruk perangainya daripada orang yang kena kata.

    Janganlah nak menyokong membuta tuli kerana hanya bersimpati.

    ReplyDelete
  28. saya sokong tok guru.
    tapi dlm hal ni..saya rasa tok guru salah dlm melantik menantu sendiri.
    ariff fahmi kene letak jawatan cepat2.
    persepsi rakyat adalah penting.

    saya percaya masih ramai lagi anak kelantan yg sama atau lebih layak menerajui pmbk.
    gelaran ir bukan bermakna cekap dlm management.
    even gelaran ir senang dapat..

    ReplyDelete
  29. Salam,

    Penulisan si Nik Amalina ka apa kaa menampakkan dia seorang yang emosional & memalukan diri sendiri..kununnnya, tidak mahu mengaibkan orang lain, tapi dia baca ke idak apa yang ditulis.

    One more thing, Amalina ni tidak perlu hang perasan diri tu suci murni..nilai apa yang kurang, jika hang berada di pihak yang benar, Allah akan balas, ataupun saman mamat tu di mahkamah..

    hang perasan suci sangat sampai mengata orang lain?? hang masih mentah untuk menilai..cara penulisan hang serupa angkat bakul sendiri..kununn laki hang tu suci murni sangat.. hang menyebabkan orang pandang rendah & kurang respect apa yang hang tulis..

    ReplyDelete
  30. analisis : Sokongan rakyat Kelantan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat kini amat bermakna, lebih-lebih lagi ketika Tok Guru yang disegani itu berhadapan dengan tekanan baru apabila anggota keluarganya sendiri terseret dalam kontroversi politik di negeri itu.

    BN sedaya upaya mereka menggunakan peluang tersebut bagi meruntuhkan pentadbiran Kelantan bawah PAS dengan memanipulasi isu-isu berkaitan menteri besarnya.

    Namun menurut seorang exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, tekanan yang kini ditanggung tokoh besar PAS itu bukanlah sesuatu yang baru.

    "Sebagai pemimpin, isu-isu ini biasalah (bagi Nik Aziz), sebab dia tentu ada pesaing-pesaing politik. Tapi secara keseluruhannya, apa-apa sumbangan yang dia telah buat itu masih mengatasi apa juga isu melibatkan keluarga atau peribadinya," katanya.

    Beliau bagaimanapun mengakui isu-isu yang berlarutan sejak akhir-akhir ini, termasuk melibatkan penajaan haji dan karenah individu-individu terdekat dengan menteri besar itu boleh mempengaruhi persepsi rakyat terhadap ulama tersebut.

    "Tapi orang masih boleh nampak sumbangan (Nik Aziz) lebih besar daripada isu ini. Kepemimpinannya masih lagi mantap dan diterima oleh rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    ReplyDelete
  31. Setiausaha perhubungan PAS negeri Mohd Zaki Ibrahim berpendapat, kontroversi di sekitar Nik Aziz "sudah selesai" tetapi tokoh itu dilihat masih terbeban dengan isu-isu berkenaan kerana ia terus diulas melalui media sehingga memberi gambaran yang tidak tepat.

    "Tok guru sendiri sudah selesaikan isu tersebut. Dia sudah beritahu tidak mahu pergi haji. Ariffahmi juga sudah letak jawatan, jadi dikira perkara ini sudah selesai," katanya.

    "Isu jadi besar bila dimainkan media, ditambah lagi dengan orang Umno yang ambil kesempatan

    ReplyDelete
  32. Salam,
    respond to anonymous...
    DEngan Nama Allah hidup dan mati saya untuk Allah dan ISLAM dan saya sgt marah pada orang yang mengkhianati perjuangan ISLAM.
    Saya tidak nafikan pd awal2 syed Azidi pulang utk tinggal d kelantan (kg demit) memang isterinya tidak menutup aurat. Tapi Alhamdulillah berkat pergaulan beliau sekeluarga dgn kwn2 yg berilmu agama(dulu dok KL mungkin jauh dari Hidayat Allah) saya nmpk sedikit demi sedikit beliau dan isteri berubah..drpd tak pakai tudung, pakai tudung yg masih nmpk rambut hinggalah kali terakhir saya terjumpa beliau sekeluarga penghujung syawal isteri beliau bertudung kemas tanpa nmpk sehelai rambut... (saya tidak mereka-reka cerita...) Alhamdulillah

    ReplyDelete
  33. Syed Azidi@Kickdefella kini fraksi umno

    Dendam Syed Azidi kepada TGNA sekeluarga tidak pernak padam, beliau akan mengambil apa juga ruang dan peluang yg ada untuk memburuk-burukkan TGNA dan kerajaan negeri Kelantan.

    Dia copy paste setiap kali YB posting berhubung tajuk ni. Dia paparkan komen nagetif dari pembaca berkenaan TGNA serta keluarga dan akan delete mana-mana komen yg tidak menyebelahinya.

    Apa HM boleh buat, ia dia bawa SA masuk tapi kini dia bukan bos SA lagi. Seperti penarik beca, SA yang mengaku dalam blognya bahawa ia bukan ahli PAS menjadi pengajaran kepada semua kena berhati-hati dan jadikan pengajaran dgn org seperti ini. SA kini umpama harimau lapar yang akan membaham sesiapa sahaja yg menghalang cita-citanya untuk memburuk-burukkan TGNA dan Kerajaan Kelantan. Kalau nak lebelkan sebagai fraksi umno inilah orangnya.

    nota,

    "Kemuncak kepala segala kontroversi ini ialah apabila seorang bloger terkenal yang juga pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi dipecat daripada jawatannya setelah timbul cakap-cakap yang mengaitkan beliau sebagai punca siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas sayap pelaburan Kerajaan Negeri Kelantan itu.

    Sehari selepas dipecat, Syed Azidi@Kickdefella telah memanggil satu sidang akhbar dan mengisytiharkan 'perang' ke atas Ariffahmi dengan memberi amaran yang beliau akan terus mendedahkan kepincangan pentadbiran di bawah menantu Nik Aziz itu.

    Selepas menerima pelbagai desakan dan kritikan akhirnya Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK dan juga atas nasihat kepimpinan PAS Pusat telah meminta Ariffahmi melepaskan jawatannya di PMBK.

    Dia tak puas hati lagi dan kata sendiwara, dia bukan penjawat jawatan awam kini, mungkin tahu dan buat-buat tak tahu bahawa ada prosedure tertentu sebagai perjawat jawatan awam apabila ingin letak jawatan dan tempuh masa yang diperlukan untuk menghantar notis letak jawatan.

    ReplyDelete
  34. Ikut saja la cadangan Datuk Mahfuz. Jangan tunggu lama-lama nanti melonjakkan persepsi.

    ReplyDelete
  35. response to hakim

    Baguslah macam tu. Kena sabar kalau berdakwah. Bukan dengan sikap buruk sangka, cepat memlulu. Hentam tak tentu kalu. Hendak berubah bukan senang. Nabi sendiri pun mengambil masa bertahun-tahun. Tak patut mengaku diri sendiri terbaik. Riak. Walaubagaimana pun Allah saw maha mengetahui.

    ReplyDelete
  36. Saya di Pasir Mas, dan merupakan penyokong kuat PAS sejak 1993 apabila kumpulan Datuk Asri disingkirkan. Saya mula berminat kerana pengaruh anak saudara Nik Abdullah Panchor, yang juga sepupu kepada Nik Amar - Ustaz Arshad/Fadhlullah (dulu kereta Renault AV 101), yang merupakan rakan sekerja saya pada awal 80-an dulu.

    Dan saya terus kekal kerana saya yakin PAS sajalah yang jujur mempertahankan Islam. Saya telah cuba menggunakan kebolehan yang dikurniakan Tuhan, iaitu dalam penulisan, untuk membela dan membantu PAS. Dari hujung 1990-an hingga ke 2004, saya kerap berada di Usenet newsgroups untuk cuba memberi penjelasan dan berhujah dengan mereka-mereka yang samada salah faham tentang PAS atau memang benci kepada Islam/Melayu/Kelantan.

    Saya terus kekal kuat menyokong PAS... sehingga Oktober 2008. Ini kerana pengaruh Tengku KijangMas dari blog DemiNegara. Saya dapati banyak dari hujah-hujah beliau adalah amat benar. Memang berat bagi saya untuk tidak menyokong PAS lagi. Tapi, itu lah hakikatnya - ramai dari pemimpin dan orang berpengaruh PAS yang saya tidak nampak di mana kelebihan mereka kalau dibandingkan dengan Umno. Malah, sekarang ni, semakin ramai orang dalam Umno yang lebih kuat memberi sumbangan kepada Islam dan Melayu dari orang-orang PAS ini.

    Dan saya amat kesal bahawa salah satu sifar negatif dalam PAS nampaknya masih kekal dan jelas - KEEGOAN & KEANGKUHAN yang kononnya "Aku lah yang lebih Islam" (mungkin sebab `aku' ni pakai jubah, kupiah dan belajar pondok).

    Sebagai contoh, cubaan untuk perlekeh Sheih Syed Azidi oleh Cucu. Memang betul apa yang Anonymous kata - seseorang itu boleh berubah. Ini termasuk orang yang pada mulanya kuat keislamannnya DULU... boleh berubah menjadi macam syaitan. Tapi dia tidak akan sedar - bagi dia, orang lain yang `jahat' dan dia yang `baik'... atas dasar DULU.

    Memang bagus jugak berlaku krisis ini. Sekarang, orang-orang yang betul-betul sayang kepada Islam dan PAS akan terpaksa lihat dengan jujur, dan tidak lagi berpura-pura "Semua Okay... Ini semua angkara fitnah Umno nak pecahbelah".

    Ahmad Cendana - Knight of the Demi Negara Order

    ReplyDelete
  37. Salam semua, pandangan saya yang terlalu jauh ilmu ini berbanding TGNA...

    Semua ini adalah satu peristiwa yang perlu dijadikan iktibar buat kita semua pendokong Jamaah Islam agar sentiasa berfikir jauh sebelum melakukan sesuatu, yang memungkinkan akan mencetus kesilapan kecil atau besar.

    Biasanya anak2 melakukan kesalahan terhadap ibubapa yang menyebabkan dikatakan anak derhaka, akan tetapi sekiranya ibubapa telah membuat sesuatu hal yang menyebabkan anak2 dizalimi bagaimana pula pandangan kita?
    "Satu jari kita menuding kepada orang empat jari lagi menuding terhadap kita"
    Islam mengajar kita dalam semua hal...
    Jangan meletak diri kita menyebabkan
    datangnya fitnah kepada semua.

    Buang Sifat2 Mazmumah yang ada, pegang semua Sifat2 Mahmudah yang mungkin dilupa..

    Mungkin sebelum ini kita jahil Insya ALLAH esok lusa ALLAH menjadikan kita alim dengan usaha & ikhtiar kita. Akan tetapi amat malang sekiranya hari ini kita berilmu di beri hidayah petunjuk ALLAH selepas ini menjadi seorang yang zalim terhadap manusia lain.

    Anggaplah musibah yang berlaku ini sebagai 'Kifarah' atas kealpaan kita...
    Rezeki ada di mana2
    Berfikir dengan mata kepala bukan dengan hati semata. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  38. Salam YB

    Ni la Fitrah manusia,
    sehebat-hebat orang yang bergelar tok guru pun
    tidak lari dari isu kronisme yang sering digembar
    gembur kan PR tika kurang kerusi dahulu
    mungkin hari ini Allah s.w.t telah menunjukkan
    bahawa siapa juga kita tidak mungkin dapat
    lari dari melakukan kesilapan.
    mungkin penanda bahawa kita sering kali
    alpa dan acap kali membangkit isu orang lain
    sedangkan rumah tangga sendiri tidak sehebat
    disangka.
    Sabar adalah separuh daripada iman kita
    yang mana segala tomahan yang dilempar
    sama-ada benar atau tidak hanya Allah s.w.t
    yang maha Mengetahui dan membalasnya.
    di pentas PAS juga YB sendiri pernah menempelak
    Kerajaan diatas pelabagai isu rasuah dan kronisme
    seperti firman Allah s.w.t
    dalam Surah Al-Baqarah ayat 13

    Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

    selagi kita bergelar manusia yang bergelumang
    dalam politik
    usahlah menyangka diri kita hebat dan yang lain nya durjana
    tetapi seringlah kita muhasabah diri kita
    agar segala janji yang dikota
    akan terlaksana
    sekiranya tidak, berhadapan dengan yang maha esa
    kelak

    sesungguhnya Islam tidak sesuai dipolitikkan
    sesungguhnya Islam itu satu bukan
    islam untuk semua termasuk kafir laknatullah

    Wallahuallam......
    Wassallam

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts