Monday, December 14, 2009

Membentuk persefahaman antara LPN & KPP


Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu selama dua hari satu malam bertempat di Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor, Pulapes, Jugra telah diadakan Kursus Kepimpinan Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) dan Kelab Penyokong PAS (KPP) dari seluruh Negeri Selangor.

Seramai 80 orang telah menghadiri kursus tersebut yang melibat hampir semua Kawasan yang mempunyai Kelab Penyokong PAS.

Majlis Perasmian telah dilakukan oleh YB Dr Halimah Ali yang merupakan Pengerusi LPN Negeri Selangor, manakala majlis penutup pula oleh YB Dr Yunus, Timbalan LPN Negeri Selangor.


Pada ucapannya Dr Halimah memberitahu sudah tiba masanya semua pimpinan LPN & KPP Kawasan memahami fungsi masing-masing dan menggerakkan organisasi ini secara teratur dan bersepadu menjelang PRU 13 nanti seterusnya menjelang KPP diiktiraf sebagai sayap parti pada masa yang terdekat ini.

Sebelum itu program ini dimulakan dengan motivasi oleh Sdr Isma mengenai gerak kerja berpasukan dan membentuk kesatuan yang padu dalam gerak kerja berjemaah.

Pada sebelah malam nya pula majlis dialog bersama Mr Hu Pang Chow selaku Penasihat Kelab Penyokong PAS Nasional telah diadakan. Majlis yang sepatutnya sekitar 1 jam telah berlanjutan hingga ke lebih 2 jam dengan pelbagai soalan-soalan panas dikemukakan oleh para peserta terutama dari ahli KPP sendiri.


Mr Hu Pang Chow dengan pengalaman luas yang dimiliki telah berjaya mengawal suasana sehingga akhir semua peserta merasa puas hati dengan jawapan beliau. Beliau sentiasa memberikan contoh-contoh yang dilakukan oleh TGNA sehingga dapat memuas kan pengundi selama hampir 20 tahun memerintah Kelantan sehinggakan tiada tanda-tanda UBN akan merampas Kelantan.

Selepas Sdr Zulkifli Nani dari LPN Selangor telah menyampaikan ulasan nya berkenaan ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Agung PAS ke 55 yang lalu berkaitan dengan sokongon non-muslim dan Kelab Penyokong PAS. Beliau meminta agar kepimpinan LPN supaya cuba menghayati  dan mendekati golongon non-muslim dan cuba hadir dalam program anjuran mereka disamping hadir ziarah jika ada kematian dikalangan mereka.


Beliau menceritakan pengalamannya yang disambut seumpama YB ketika hadir di satu maslis kematian orang Cina di Taman Bakerly sebulan yang lalu dan masyarakat Cina disana memberitahunya bahawa mereka sedar dia bukan YB tetapi berbangga kerana ada orang Melayu hadir ziarah kerana sebelum ini tidak berlaku demikian.

Sebelum itu para peserta kursus menikmati makan malam istimewa BBQ Kambing yang di sponsor oleh YB Dr Yunus.

Pada subuh ahad nya pula diadakan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh AF Ust Ridzuan Rahmat yang merupakan Ketua Pemula Kuala Langat. Kira-kira jam 7 pagi pula diadakan senaman yang di pimpin oleh Sdr Tn Hj Jalil dari Kota Raja dan selepas sarapan pagi para peserta terus mengadakan bengkel untuk membuat resolosi program ini. Majlis berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan oleh YB Dr Yunus.



Orang kuat LPN Selangor sedang berbincang dari kiri Sdr Sujak (Setiausaha), YB Dr Halimah (Pengerusi) dan Pn Hajjah Kamariah Naris (S/U LPN PAS Pusat)

Timbalan Pengarah Program Sdr Isma dan di sebelah kirinya AF Ustaz Shamsul Baharin dari Masjid Munawarah Shah Alah sebagai urusetia dan Imam jemputan sepanjang program dilangsungkan.Beliau juga merupakan mantan SU Kawasan PAS Kota Raja.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts