Tuesday, February 9, 2010

Agresif daftar pemilih anda

BENTONG, 9 Feb: Parti-parti Pakatan Rakyat (PR)  di negeri ini diingat agar sentiasa agresif  dalam usaha mendaftar ahli dan penyokong masing-masing  dalam daftar pemilih bagi membolehkan mereka mengundi  pada setiap kali  pilihan raya diadakan, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar.

Bercakap ketika merasmikan penubuhan Sekretariat PR Parlimen Bentong  di Pusat Khidmat DAP Bentong, dekat sini, baru-baru ini, Hamzah menekankan keperluan untuk semua rakan komponen PR Pahang menguasai daftar pemilih melalui pendekatan dan gerak kerja bersepadu.

"Bagi memastikan kemenangan PR, semua komponen parti hendaklah menguasai buku daftar pemilih dengan mendaftar ahli dan penyokong masing-masing. Kita buat secara bersepadu, tak bolehlah hanya satu parti saja kerja kuat yang lain tidak. Semua kena kerja kuat, kalau kita gagal melakukannya kejayaan tidak mungkin tercapai,” katanya.

Mengenai usaha meningkat sokongan rakyat kepada PR, Hamzah mahu PR menunjukkan keupayaan berkhidmat kepada rakyat yang berbilang kaum.

"Apabila kita bercakap untuk menguasai kepimpinan bukan bererti kita gilakan kuasa sebagaimana pemimpin Umno BN gilakan kuasa. Kita berjuang untuk mendapatkan kuasa untuk melakukan pembelaan rakyat dan menyelamatkan negara ini daripada kerosakan berterusan dilakukan pemimpin Umno BN,” katanya.

Turut hadir pada pelancaran Sekretariat PR Bentong ialah Yang Dipertua PAS Bentong, Ustaz Abdul Hamid Bahatin, Setiausaha DAP Pahang, YB Choong Sien Onn, Pengarah Pilihan Raya PKR Pahang, Mohd Nor Hassan dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts