Tuesday, February 9, 2010

Jemputan ke Forum Dunia Islam

KUALA LUMPUR, 9 Feb - Dua ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad dan Dr. Siti Mariah Mahmud telah dijemput untuk menyertai Forum Dunia Islam ke-15 yang akan diadakan di Doha, Qatar mulai Februari ke-13 ini.

Kedua-dua mereka akan turut sama dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang juga dipilih bagi menyampaikan sebuah kertas di persidangan tahunan, kini dalam tahun ketujuhnya.
 
Dr. Syed Azman adalah Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, manakala Dr. Siti pula adalah ahli parlimen Kota Raja.
 
Lebih daripada 100 orang peserta daripada sekurang-kurangnya 30 buah negara telah diundang untuk persidangan tiga hari itu, di mana 22 daripadanya adalah dari Selatan dan Asia Tenggara.
 
“Ia memang satu keistimewaan, dijemput dan dapat berkongsi bahas pendapat dengan pemikir-pemikir terbaik Islam dalam dunia hari ini," kata Dr. Syed Azman.
 
Tambahnya, beliau akan menghantar sebuah kertas berkenaan parti politik Islam, kesan dan penyertaan nya dalam sebuah negara demokrasi .
 
“Pada asasnya, kertas itu membentangkan hujah peranan parti-parti Islam dan kebolehan mereka berdiri dalam proses negara demokratik,
 
"Bagaimana parti-parti Islam yang wujud telah pun menyumbang kepada sistem demokrasi dan bagaimana mereka boleh memperbaiki pembinaan ini berhadapan pula dengan sebuah dunia yang pesat membangun pemodenannya,” jelasnya.
 
Tambahnya, kertas itu akan menjelaskan kebenaran bahawa umat Islam sentiasa  bertalian dengan ekstremisme sebenarnya adalah palsu, terutama sekali pada non-Muslim di barat yang terlalu lama beranggapan begitu selama ini.
 
"Sepertimana PAS, yang mana telah memberi sumbangan penuh bermakna dan secara aman kepada pembinaan negara yang berdekad lamanya," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts