Semalam (25hb Mei) saya dan beberapa orang petugas JPRK Sabak Bernam dan JPRDun Sabak bersama dengan mantan calon DUN Sabak, Ustaz Sallehen bin Mukhyi telah ke SPR Putra Jaya untuk membuat bantahan perpindahan pengundi berjumlah 1,210 orang dari DUN Sabak ke DUN Sg Panjang.
Dengan perpindahan seramai itu, calon PAS dalam PRU13 nanti akan mudahlah dikalahkan. Ustaz Solehin kekurangan hanya 117 undi daripada calon BN pada PRU12.
Perpindahan pemilih ini berlaku daripada selepas PRU13. Ianya tidak disedari oleh petugas PAS DUN Sabak kerana nama-nama yang dipindahkan tidak disenaraikan didalam senarai nama yang dikeluarkan semasa pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang sudah beberapa kali berlaku semenjak Mac 2008.
Rasa curiga hanya timbul apabila mereka dapati jumlah pengundi untuk DUN Sabak tidak berubah semenjak 2008 (DPI berakhir 4/2007) walaupun mereka tahu yang jumlah pengundi baru sudah bertambah satu ribu lebih. Jumlah Pengundi atau pemilih pada PRU12 yang lalu ialah 18,655. Dalam DPI 4/2010, jumlah pemilih masih ditakuk lama (dalam lingkungan 18,000+ juga).
Lalu mereka membuat analisa dan mendapati yang 1,210 pemilih DUN Sabak sudah dikeluarkan dan dipindahkan ke DUN Sg Panjang (YB Khir Toyo menang di sini dengan majority 5,828).
Sebahagian pemilih adalah ahli atau penyokong PAS dan dikenali oleh petugas. Siasatan awal ke atas 15 pemilih mengesahkan bahawa mereka tidak pernah memohon untuk bertukar daerah mengundi (DM) @ pusat mengundi(UPU) di SPR dan tidak pula pernah memohon untuk menukar alamat pada kad pengenalan mereka di JPN. Kami mengesyaki yang ada tangan-tangan ghaib yang telah melakukannya.
Hipotesis kami adalah
1) Nama pemilih dipindahkan oleh SPR walaupun tiada permohonan dan tiada perubahan alamat ke DUN Sg Panjang. Namun SPR mempertahankan yang mereka tidak akan dapat menukar DM sekiranya alamat di kad pengenalan bukan di dalam DM berkenaan. Sistem komputer SPR menghubungi terus sistem di JPN melalui satu pengisian yang dipanggil ALIS (tidak pasti samada ejaannya betul dan tidak tahu apa nama penuh untuk singkatan ini).
1) Nama pemilih dipindahkan oleh SPR walaupun tiada permohonan dan tiada perubahan alamat ke DUN Sg Panjang. Namun SPR mempertahankan yang mereka tidak akan dapat menukar DM sekiranya alamat di kad pengenalan bukan di dalam DM berkenaan. Sistem komputer SPR menghubungi terus sistem di JPN melalui satu pengisian yang dipanggil ALIS (tidak pasti samada ejaannya betul dan tidak tahu apa nama penuh untuk singkatan ini).
Penolakan pendaftaran DM baru akan ditolak oleh sistem sekiranya tidak sekufu. Jika ini benar, kami bertanya adakah kemungkinan
2) Alamat pemilih ditukar di JPN tanpa pengetahuan pemilik kad pengenalan.
2) Alamat pemilih ditukar di JPN tanpa pengetahuan pemilik kad pengenalan.
Soalan ini perlu diajukan kepada JPN. Apa pun kami bersedia berhadapan deng an segala kemungkinan dan bersedia untuk bersemuka dengan JPN pula.
SPR hanya sempat menyemak 4 nama pemilih daripada 15 nama pemilih yang kami kemukakan. Kami bawa bukti ia itu salinan kad pengenalan serta cetakan semakan daftar pemilih secara online yang menunjukkan DM pemilih yang baru.
Mengikut Setiausaha SPR Dato’ Kamaruddin Mohd Baria dan juga Pengarah SPR Selangor (yang secara kebetulan berada di ibu pejabat SPR semasa kami tiba), pihak SPR menyimpan semua rekod transaksi setiap pemilih.
Setelah menunggu agak lama dan habis tajuk perbualan yang berkitar dalam isu kenapa rakyat ragu dengan kewibawaan SPR dan pilihanraya, pegawai SPR datang membawa sehelai kertas yang mengandungi nama 4 pemilih yang di jadualkan (mungkin menggunakan microsft excel) dan bukan cetakan data yang dihasilkan oleh pengisian komputer. Saya mengharapkan “computer generated data” setiap pemilih dan tidak kesimpulannya yang dihidangkan.
Penjelasanya ialah SPR telah melakukan pembetulan sempadan DM/UPU dan semua pemilih yang beralamat di dalam kawasan DM tersebut di pindah ke pusat mengundi DM tersebut.
Untuk 4 orang pemilih tersebut, alamat mereka di Sg Besar@Sungai Besar maka dengan pembetulan sempadan mereka kena mengundi di DM Sg Panjang. Ada pengundi yang alamatnya di Taman Raya. Kebetulan ada 2 Taman Raya di Parlimen Sabak bernam dengan poskod yang berlainan.
Namun mereka juga dipindahkan walaupun salah satu Taman Raya jauh dari Sg Besar. Saya tidak dapat bayangkan situasi geografi DUN Sabak dan DUN Sg Panjang. Mengikut Hj Wahidi dan Ustaz Sallehen, sesetengah pemilih tinggal jauh dari DM yang baru ini.
Setelah berbalas hujjah dengan kami, maka setiausaha SPR meminta tempoh seminggu untuk menjawab surat bantahan kami. Mereka akan mengkaji dan menyiasat kenapa pemilih ini dipindahkan.
Kami menyerahkan senarai pemilih yang mengandungi nama 1,210 pemilih yang dahulunya mengundi di pusat mengundi Sek Keb Cina Sin Min dan Sek Menengah Parit 9, DUN Sabak. Mengikut kedua-dua pegawai tertinggi SPR ini peraturan membenarkan pembetulan sempadan DM dan mereka tidak melanggar undang-undang.
Tujuan asal yang murni ialah untuk memudahkan pengundi keluar mengundi ke pusat mengundi yang terdekat katanya.Namun hakikatnya apa yang terjadi lebih menyusahkan pengundi. Salah satu kes yang dibentangkan petugas PAS ialah sepasang suami isteri yang mempunyai alamat yang sama mengundi di dua pusat mengundi yang berbeza. Banyak lagi yang ditimbulkan dan kami merasakan setiausaha SPR mengakui yang hujjah kami berasas.
Pengarah SPR Selangor (yang sekarang sedang pening kepala dengan bantahan 1,600 nama pemilih yang dibuat oleh PAS semasa semakan Rang DPT 01/11 baru-baru ini) pula mahu kita memberitahu pemilih-pemilih yang dipindahkan ini datang ke SPR untuk membuat semakan. Dalam hati saya memang menyumpah – satu saranan yang tidak logik.
Bagaimana kita hendak mencari mereka ini sedangkan kita tidak mempunyai alamat-alamat penuh mereka ini. Gila punya kerja. Banyak lagi kerja yang sepatutnya kita lakukan. Bila kita minta alamat penuh untuk mengesan pemilih, kita diberitahu yang SPR tidak boleh mendedahkan alamat pengundi. Ianya rahsia dan undang2 tidak membenarkannya.
Undang-undang lagi… Jangan harap selagi BN memerintah semua kelemahan dalam undang-undang dan peraturan tidak akan dipinda kerana ia menguntungkan muslihat BN dengan memperalatkan institusi kerajaan seperti SPR, PDRM, SPRM, Peguam Negara dan banyak lagi.. Bila kita sudah dapat memenangi hati rakyat, maka peraturan dan undang-undang pula yang digunakan untuk mempertahankan kuasa.
Jadi saya minta kepada semua JPrK PAS untuk membuat analisa seperti yang dilakukan oleh JPRK Sabak Bernam dan JPRD Sabak. Hipotesis saya perkara ini berlaku di semua DUN Pakatan Rakyat menang atau kalah tipis.
Kita perlu menunjukkan kepada rakyat kerakusan UMNO/BN yang takut hilang kuasa.
Ayuh jika anda tidak lakukan analisa sekarang, semasa PRU13 nanti jangan menangis dan pimpinan JPRK perlu mengambil tanggung jawab kerana tidak melunaskan amanah.
Kita juga minta SPR membuat kenyataan akhbar mengenai kawasan-kawasan yang mengalami pembetulan sempadan dan nama-nama pemilih yang dipindahkan.
Pemilih juga perlu diberitahu melalui surat tentang pemindahan tersebut, samaada melibatkan DUN yang sama atau DUN yang baru dan mereka boleh mengemukakan rayuan untuk tidak mahu berpindah pusat mengundi. SPR juga perlu telus dan memberitahu setakat ini berapa jumlah nama pemilih yang di pindahkan DM mereka.
Kita dapat bayangkan apa akan berlaku nanti akan menyamai apa yang berlaku pada PRU ke 11 pada tahun 2004 di Selangor terutamanya di DUN Gombak.
Nampaknya walaupun persempadanan semula tidak dilakukan dan tiada peluang “Gerry meandering” seperti yang berlaku dalam persempadanan semula pasca tahun 1999, SPR melakukan dengan sah pemindahan pengundi dengan alasan pembetulan sempadan pula. Saya menghormati kedua-dua pegawai tertinggi SPR yang secara lapang dada menerima rombongan kami dan mahu mendengar bantahan kami.
Mereka memahami benar bantahan yang dikemukakan kepada mereka dan implikasi politik apa yang telah berlaku, namun kita juga tahu mereka tertakluk kepada wahyu Perdana Menteri untuk merampas balik Selangor dengan apa cara sekali pun.
PRU 13 akan diadakan hujung tahun ini, jika segala perangan jahat BN berjalan seperti yang dirancangkan oleh mereka termasuk agenda pemindahan pengundi (1,210 orang). Jagalah kawasan masing-masing!
ReplyDeletePetandanya bahawa PRU ke 13 tahun ini juga ialah minyak ron95 tidak dinaikkan... dan samnpai bila bn nak bertahan dengan 'kekeringan gusi' sebab tak ranggah duit rakyat?
Jadi selesaikan masalah di sungai besar dan sekitarnya dengan cermat dan berhasil... pasti minyak naik dan PRU 13 tak jadi tahun ini!