Wednesday, May 4, 2011

Rumah sewa 12 unit di Jalan Kebun Musnah

KOTA RAJA 3 Mei: 12 buah rumah sewa di Kampung Jalan Kebun di sini, musnah dalam satu kebakaran pada kira-kira 9.40 malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan empat jentera bersama anggotanya dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

"Ketika bomba sampai, api sedang marak dan struktur rumah diperbuat daripada kayu, menyebabkan api mudah merebak," kata Ketua Kampung Tuan Hj Solehan Tahir kepada wakil kami ketika ditemui di tempat kejadian.

Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan api, dan sejam untuk mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian, semua penghuninya dapat menyelamatkan diri," katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

Pemilik rumah sewa Hj Huhammad Norhisham Mahfut berkata kebakaran tersebut berlaku dengan sangat pantas menyebabkan beliau dan penduduk setempat tidak sempat menyelamatkan apa-apa, termasuk barangan milik penyewa yang tinggal di situ.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Siti Mariah Mahmud bergegas ke tempat kejadian melawat mangsa-mangsa kebakaran. Beliau merupakan pemimpin yang paling awal mengunjungi keluarga mangsa kebakaran dan sempat melihat pasukan bomba berusaha bertungkus lumus memadam api.

Dalam pertemuannya dengan keluarga terbabit, Dr Siti Mariah menyatakan rasa simpatinya dan berharap mereka dapat bersabar dalam menempuhi ujian Allah. Beliau yang turut menyampaikan sumbangan, akan berusaha agar bantuan lain dapat disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan bebanan mereka sekarang ini.

Ahli Majlis MBSA Zon 11, Tn Hj Norhalim Sirome dan Ahli Majlis MPK, Tn Azmi Jusoh turut hadir menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran bersama Jawatankuasa PAS kawasan dan Parti Keadilan Rakyat cabang Kota Raja.

-Laporan : Azman Mohd Mah Husin





Kebakaran tidak dapat terkawal kerana berlaku pantas.





YB Dr Siti Mariah bersama mangsa kebakaran





Tn Hj norhalim Sirome memberi sedikit taklimat dan motivasi kepada mangsa-mangsa kebakaran.


Sebahagian rumah yang musnah.




Tn Hj Muhammad Norhisham (berbaju hitam) pemilik rumah sewa ketika ditemui keesokan harinya.

Briget Amal Jalan Kebun turut memberi sumbangan kepada salah seorang ahlinya yang turut menerima musibah kebakaran

Nisa dan Muslimat Kota Raja turut membantu

Pemuda PAS Kota Raja menyampaikan sumbangan

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts