Thursday, June 16, 2011

Ketua Pemuda Umno akan bersama PAS

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.

"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin yang dipetik dari Malaysiakini sebentar tadi.

Nampaknya Umno dah ikut PAS, baguslah sebab bukan kita yang ikut Umno.

Sementara itu
Dewan Pemuda PAS Pusat melihat keputusan Pergerakan Pemuda Umno yang juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini sebagai satu sokongan (silent support) kepada agenda utama Bersih yang mahukan pemulihan demokrasi dilakukan.

Ketua penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, ni sekaligus dilihat sebagai tindakan memperlekehkan ketidakmatangan organisasi Umno dan Perkasa yang sebelum ini beria-ria membuat laporan polis yang kononnya mendakwa perhimpunan aman Bersih 2.0 sebagai ancaman kepada  warga Kuala Lumpur dan kestabilan negara.

“Dengan begitu banyaknya laporan polis yang dibuat, akhirnya Pemuda Umno membuat keputusan yang boleh dianggap seperti menjilat ludah sendiri dan menempelak organisasi Umno-Perkasa,” ujarnya lagi.

Katanya, rakyat tidak lupa bagaimana Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah menggelarkan rakyat yang menyertai himpunan Bersih sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’.

“Kini beliau sendiri mahu turun ke jalanan atas alasan mahu memperkukuhkan demokrasi. Mungkin dia sudah sedar siapa dirinya,” katanya.

Belau menambah, alasan Khairy itu juga membuktikan bahawa adanya kepincangan dalam sistem demokrasi negara, adanya kecacatan yang harus diperbaiki dan begitu banyak masalah yang belum diselesaikan hingga Pemuda Umno pun mahu berhimpun.

Tambahnya, tidak kisahlah kalau mereka hanya mahu berhimpun kalangan puak-puak mereka sahaja di PWTC dan bukannya bersama rakyat.

Tetapi dengan pengumuman itu, kata Riduan rakyat sudah mendapat signalnya bahawa Pemuda Umno sendiri jelas tidak berpuas hati dengan sistem demokrasi yang ada.

.... menunggu reaksi/komen dari pimpinan dan penykong Umno

1 comment:

  1. Kita lihat adakah pihak POLIS (PDRM) memberi kebenaran kepada pihak PEMUDA UMNO mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut,kalu diberi kebenaran baru kita tahu siapa dia itu yang sebenarnya....

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts