Friday, June 17, 2011

Pertembungan sengit diantara Bersih, Pemuda Umno & Perkasa

Bersih 2.0 sudah pun mencapai kejayaan yang besar sebelum pun demonstrasi itu diadakan pada 9 Julai akan datang.  Tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohammad Sabu.

Dengan kebijaksanaannya, dan mengiyakan kenyataan oleh TG Presiden PAS sebaik sahaja beliau mencapai kemenangan dalam pemilihan baru-baru ini bahawa "Mat Sabu" merupakan senjata PAS bagi menyerang Umno, pastinya demonstrasi ini akan berjaya mengumpulkan ratusan ribu penunjuk perasaan dan akan memenuhi semua ruang kosong di Bandaraya Kuala Lumpur pada 9hb Julai nanti seperti apa yang dilakukan pada tahun 2007 yang lalu.

Bukti kejayaan itu boleh dilihat dari reaksi pihak kerajaan dan NGO Perkasa yang telah melatah dan menari mengikut rentak yang dimainkan oleh Bersih.

Bersih tidak pun menggendangkan gendang yang kuat tetapi reaksinya amat besar. “Hero Ibrahim Ali” lah yang paling heboh memberikan reaksi kepada rancangan Bersih ini dan sebenarnya inilah yang ditunggu-tinggu oleh Ibrahim kerana dengan isu ini beliau boleh mengetengahkan diri beliau dalam politik.

Ibrahim memang seronok dengan apa yang berlaku kerana beliau boleh menyambung ‘existence’ beliau di dalam isu nasional. Dalam keadaan aman dan sunyi Ibrahim Ali akan kaku politik beliau. Kita boleh lihat Ibrahim akan cuba menjadi hero apabila isu-isu seperti ini wujud. Ibrahim sedang cuba memanaskan isu ini secara ‘deliberate’ agar beliau dapat mencelah di tengah-tengah keadaan panas ini.

Bersih telah merancang untuk mengumpulkan seramai mana rakyat untuk menunjukan manifestasi rakyat ramai secara aman dengan tujuan menunjukan sokongan orang ramai untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama seperti apa yang sepatutnya berlaku di dalam sebuah negara demokrasi. PAS sahaja telah memberikan komitment untuk menghantar 300,000 ahlinya yang masih muda untuk bersama menyertai demonstrasi secara aman itu.

Semalam kedengaran pula Pergerakan Pemuda UMNO bercadang untuk mengadakan demonstrasi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaludin telah meminta pemuda dari parti-parti komponen BN untuk menghantar seberapa ramai yang boleh untuk menyertai demonstrasi anjuran pemuda UMNO itu.

Pemuda UMNO juga memohon agar pihak yang bertanggunjawab untuk mengadakan pilihanraya secara bersih dan terbuka.

Bagi saya yang tentunya mendapat kejayaan dalam isu demonstrasi ini ialah Bersih, kerana cadangan pihaknya untuk berdemonstrasi ini telah mendapat reaksi yang sangat panas dari pihak Perkasa dan sekarang dari Pemuda UMNO pula. Jadi sekarang barulah rakyat faham bahawa reaksi dari Perkasa dan Pemuda UMNO ini menunjukan dengan jelas bahawa Bersih bakal mendapat sokongan dari ramai rakyat yang mengikuti perkembangan politik tanah air ini.

Nampaknya perhimpunan ini hanyalah cara hendak menunjukan siapa yang lebih banyak sokongan; Bersih atau Pemuda UMNO dan Perkasa. Dalam isu ini Bersih telah pun memenangi perang saikoloji ini kerana Bersih tidak bercakap besar dan melalak seperti apa yang dilakukan oleh Perkasa

Apa pula perbezaan di antara sokongan terhadap Bersih dengan sokongan terhadap Pemuda UMNO dan Perkasa? Jawapannya mudah sahaja. Sokongan terhadap Bersih merupakan sokongan yang sejati kerana rungutan Bersih itu merupakan rungutan rakyat ramai. Di sebaliknya sokongan terhadap Perkasa dan Pemuda UMNO adalah sokongan untuk menolak dan melindungi manifestasi rakyat dari dipaparkan di khalayak ramai.

Tindakan Perkasa dan Pemuda UMNO merupakan tindakan mewakili pihak yang memerintah yang menjadi sasaran rakyat pada hari ini, sedangkan tindakan Bersih merupakan tindakan yang mewakili manifestasi rakyat ramai yang rata-rata tidak berpuas hati dengan cara pilihanraya umum dilaksanakan oleh kerajaan melalui SPR.

Pendeknya pertembungan di antara Bersih dengan Perkasa dan Pemuda UMNO ini merupakan pertembungan di antara rakyat dan kerajaan. Rakyat di sebelah Bersih dan kerajaan dan pimpinan yang memerintah diwakili oleh Perkasa dan Pemuda UMNO...  http://aspanaliasnet.blogspot.com/

1 comment:

  1. pertembungan yg baik :-)



    'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
    >>>http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/<<<
    >>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts