Saturday, January 28, 2012

Belum resmi

Jangan ada pula selepas ini ada yang memandai-mandai membuat pelbagai spekulasi berkaitan hasrat TGHH kerana Pas pusat akan membincangkan hasrat Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menawarkan diri untuk tidak bertanding lagi dalam pilihan raya umum, kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, Abdul Hadi telah lama melahirkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusinya demi memberi laluan kepada tenaga-tenaga muda dan pelapis.

"Kami akan membincangkan hasrat beliau apabila mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat, bulan depan, pada 12 Februari," kata Tuan Ibrahim kepada Sinar Harian Online sebentar tadi.

Abdul Hadi kini merupakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Pun begitu, menurut Tuan Ibrahim, Pas masih memerlukan "suara" Abdul Hadi didengar di Parlimen.

"Berdasarkan keadaan kesihatan dan kemampuan beliau, kami merasakan suara Abdul Hadi perlu didengar di Parlimen," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts