Sekali lagi setahun berlalu dengan pantas terutama bagi kita yang mempunyai banyak tugas yang masih belum selesai. Walaubagaimanapun saya merasa lega kerana hari yang kita tunggu-tunggu semakin dekat walaupun tiada siapa yang tahu bila tarikh keramat PRU13 akan menjelma kecuali........
Ya, tahun 2012 yang dinanti-nanti telah tiba dan kini kita melangkah bersama-sama ke dalamnya. Maka ramailah yang akan atau telah membuat resolusi tahun baru. Apa ya resolusi anda? Saya antara orang yang tidak suka membuat resolusi tahun baru... ha ha ha kerana selalu tak menjadi. Sebab itu saya tidak ghairah menyambut tahun baru. Nampaknya orang Kota Raja macam saya juga. Saya menghadiri 4 majlis malam ini namun tiada satu pun program menyambut tahun baru.
Bagi saya kita sebenarnya membuat resolusi setiap hari...untuk menjadi lebih baik esoknya daripada hari ini, berusaha untuk lebih bahagia dan berjaya. Kita tidak boleh menunggu tahun baru untuk membuat perubahan positif pada diri dan dunia di sekeliling kita. Namun ada di antara kita yang perlukan garisan permulaan dan garisan penamat untuk mencapai sesuatu visi atau matlamat.
Jadi kita mengharapkan supaya semua yang ingin perubahan di dalam negara kita tidak hanya berharap tanpa usaha kerana tahun 2012 akan dikenang rakyat sebagai tahun berlakunya perubahan landskap pemerintahan negara, insyaallah. Adakah kita mahu menjadi sebahagian daripada agen perubahan ini atau kita hanya mahu menjadi pemerhati??
Apa resolusi anda untuk membantu mengubah senario politik negara kita? Jangan berharap untuk melihat UMNO/BN akan tumbang begitu sahaja tanpa anda mengangkat satu jari pun.
Setakat membaca dan mencari maklumat di internet, marah kepada kerajaan UMNO/BN kerana penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat dan rasuah, mendengar ceramah di sana sini dan lain-lain seumpamanya yang tidak akan mengubah apa-apa.
Ayuh buatlah sesuatu yang anda mampu untuk memastikan dalam tahun 2012 ini rakyat terutamanya orang Melayu akan berubah untuk menyokong Melayu dalam PAS dan PKR dan menolak Melayu UMNO. Kita tidak akan mengubah apa-apa kalau setakat bertakbir dan melaungkan reformasi. We need actions.
Selamat Menyambut Tahun Baru. Semoga bertambah keazaman, kejayaan, kebahagiaan, kesenangan, kesihatan dan ketaqwaan
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah