Saturday, January 21, 2012

Naga : Tahun perubahan

YB Dr Siti Mariah menyampaikan sumbangan limau pagi tadi di Tmn Sentosa 
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua masyarakat Cina khususnya di Parlimen Kota Raja dan seluruh negara. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan melihat suatu perubahan yang lebih baik dari tahun yang lalu.

Menurut kepercayaan Cina, Naga adalah salah satu daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina yang digunakan untuk menetapkan tahun dalam kalendar Cina. Ianya berpendapat bahawa setiap haiwan dikaitkan dengan personaliti tertentu. Tahun Naga biasanya yang paling popular untuk melahirkan bayi.Terdapat lebih banyak bayi yang dilahirkan pada tahun-tahun Naga daripada mana-mana binatang yang lain dalam tahun Zodiak.

Walau apapun kepercayaan masyarakat kita, sebagai rakyat Malaysia kita harus saling hormat menghormati antara kaum agar kita dapat hidup dalam rukun damai tanpa ada perasaan prejudis diantara satu sama lain. Kita juga seharusnya menghormati adat dan pantang larang agama masing-masing agar tidak timbul salah faham dalam pergaulan kita seharian dalam masyarakat yang berbilang bangsa.



Semoga dengan kerjasama dan kesepakatan dalam memperjuangkan keadilan, kita mampu mengubah system pentadbiran negara ke arah yang lebih baik dan adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Kepada mereka yang balik kampung, hati-hati di jalanraya agar selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga kita dapat merayakan tahun baru ini dengan perasaan harmoni antara kaum.

Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Cina.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts