Hari ini akhbar Utusan Malaysia telah menghebahkan gambar dari rakaman You Tube kegembiraan sebahagian Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan penyokong Pakatan selepas pengumuman pembebasan DSAI dengan mempertikaikan akhlak Muslimat PAS.
Kegembiraan yang dizahirkan secara nyayian beramai-ramai dan senikata yang zahir secara spontan telah menaikkan kemarahan penyokong UMNO dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS. Satu kesinambungan usaha UMNO/BN untuk memburukkan PAS. Maka mereka cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.
Rakaman ini sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di HIMPUN 901 dan akan melihat rakaman tersebut diluar konteks peristiwa.
Kami menduga ianya akan memberi persepsi negatif terhadap muslimat PAS kepada mereka-mereka yang mungkin tidak pernah turun ke jalan raya untuk demonstrasi dan tidak mungkin memahami perasaan mereka yang sentiasa berhadapan dengan kezaliman pihak berkuasa, biasa disembur dengan gas pemedih mata dan air beracun.
Anak-anak muda ini menghabiskan usia muda mereka bersama berjuang menuntut keadilan dan menyanggah kezaliman regim UMNO/BN. Rakaman ini diharapkan akan menimbulkan keresahan sebahagian penyokong PAS yang sekarang dipasak dengan idea yang PAS telah lari dari perjuangan asal.
Saya menghadiri dan bersama dengan sebahagian wanita dalam HIMPUN 901 dari awal hingga peserta HIMPUN 901 bersurai. Saya juga acapkali turun berdemo dan sentiasa memantau pergerakan muslimat.
Sesiapa yang ada bersama pada HIMPUN 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan DSAI. Kami telah mengetuai bacaan Ma’thurat dan Yasin.
Malah pengumuman pembebasan DSAI diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yasin. Sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui ditempat perhimpunan. Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. (Ini semua tidak pula dimasukkan ke you tube). Selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan sepontan.
Tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat. Nyanyian pun dalam sekitar 10 minit. Memang semua yang hadir dari sebelum subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan DSAI. Kalau kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila nabi s.a.w sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan.
Bukan saya nak menyamakan DSAI dengan Nabi s.a.w tetapi untuk mengatakan tidak haram disisi Islam untuk menyanyi dan bergembira yang tidak melampaui batas. Tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang mengiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.
Kalau nak dipertikaikan melodi (yang sering dimainkan oleh pancaragam sekolah) yang digunakan ianya melodi nyanyian reformasi yang selama in digunakan oleh anak muda semasa berdemo. Mungkin yang kasar sikit ialah “MAMPOS UMNO”. Kalau kita lihat budaya wanita timur tengah pun begitu. Mereka akan bertepuk-tepuk dan mengangkat-angkat tangan sambil bernyanyi.
Saya pernah bersama dengan Gerakan Islam Wanita di peringkat antarabangsa (Sudan, Indonesia, Algeria , Mesir dan lain-lain negara Islam) yang lebih bersemangat dalam menyanyikan lagu-lagi jihad. Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini.
DMPP yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa. Ianya bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat. Apalah “kesilapan” yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum Hudud yang dilakukan pimpinan UMNO/BN serta Fitnah I dan II terhadap DSAI?
Apa pun oleh kerana ia satu perkara baru dan bukan satu budaya muslimat , bagi mereka yang merasa tersinggung, Dewan Muslimat memohon maaf dan akan lebih berhati dengan perangkap UMNO/BN dimasa akan datang.
presiden baru PAS = DSAI...
ReplyDelete"Apalah “kesilapan” yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum Hudud yang dilakukan pimpinan UMNO/BN serta Fitnah I dan II terhadap DSAI?"
ReplyDeleteUMNO songlap 5juta... PAS songlap 500... songlap yang sedikit...
Matlamat tidak menghalalkan cara.... saya selama nie menyokong PAS... rasa malu tengok gelagat MAKCIK - MAKCIK tu..
ReplyDeleteBukan itu caranya nak menzahirkan rasa seronok...
Tak per la mungkin doktor pandai dari saya...tapi kami orang muda atas pagar nie memang mengutuk tindak tanduk muslimah PAS...
kalau Puteri UMNO yang terkinja2 macam tu kami tak herang.... memang perangai huduh...
adakah bila UMNO boleh PAS pun boleh??? Perlukah UMNO berbohong PAS pun nak ikut berbohong, adakah bula UMNO terkinja kinja PAS pun nak ikut terkinja kinja....
PAS please show some class....
Fikirkan la doktor...
Atas Pagar FC..
* bosan plak tgk gelagat PAS sekarang... dulu bosan tengok UMNGOK jer...
Apapun kegembiraan, mestilah dizahirkan secara berakhlak. Tambahan pula istilah 'MUSLIMAT' yang menimbulkan persepsi tidak baik. Baik tukar nama muslimah kepada 'wanita'. Masalahnya kita tidak pernah mengaku silap dan akan cari hujah dan dalil utk menghalalkan tindakan 'bodoh' hatta sanggup menyamakan dengan sambutan umpama menyambut ketibaan nabi. Inilah serapan akhlak muslimat bila berkawan dengan kelompok yang tidak baik..akhirnya jadi tidak baik hingga sanggup kata MAMPOSSS. Inilah kesan muslimat liberal khususnya anda yang prnah berbangga menceritakan masuk PAS melalui lif tidak melalui tangga.
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletediharap jangan samakan wanita zaman Nabi saw yang bergembira dengan kedatangan Nabi saw dengan gelagat muslimat tersebut. jauh beza.
adab kena jaga. salah tetap salah. perkara dah berlaku. cukup dengan cakap minta maaf dan bagitau ja insyallah akan pastikan perkara sebegitu tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.
perlu ingat... islam juga meletakkan hukum adat. adat kita di malaysia. wanita yang baik-baik tidak bergaya sebegitu di jalanan...
wallahua'lam, wasalam
menyanyi itu mungkin boleh dipositifkan..bagaimana pula isu bersalaman dgn polis lelaki tu?
ReplyDeleteikut joint sama ialah rakan parti kita ... yg salam tu bukan muslimat PAS. anda jgn main tuduh aje
Deletekenapa harus di agungkan sangat DSAI sebagai bakal pemimpin Malaysia, rasanya rakyat Malaysia sudah muak dengan pelbagai kisah-kisah yg tidak ada hujung pangkalnya....
ReplyDeleteSebagai pemimpin PAS, SEHARUSNYA ORANG YANG PATUT DIDOAKAN UNTUK MENJADI PM ADALAH Tuan Guru NA @tUAN gURU HH..
kENAPA juga harus membandingkan antara kesalahan yg kecil ataupun besar, yang salah tetap salah
Pimpinan atasan PAS SEHARUSNYA sedar, sekiranya PAS MENANG nanti yakinkah pemimpin PAS YANG akan menjadi PM, sedangkan komponennya hanya jumlah kecil dalam Pakatan Rakyat
@ PAS hanya di pergunakan oleh PR, dan akhirnya perjuangan mempertegakkan ISLAM akan terkubur...
jangan sampai terhantuk baru tersedar....
Tuan patut juga baca posting Dr bertajuk FITNAH II BUKAN ISU PERIBADI DSAI .... umno telah memasak dlm fikiran anda seperti tulisan Dr "Sekali UMNO/BN berjaya memasakkan ke dalam fikiran rakyat sesuatu fitnah menjadi kebenaran sehinggakan ada ......"
DeleteKalau dah lakukan kesilapan, cukuplah mengaku dan memohon maaf. Itu lebih baik. Kenapa nak disalahkan UMNO/BN bagai - itu mmg kerja mereka mencari salah.
ReplyDeletePerbuatan muslimat itu mmg melanggar tatasusila orang Melayu. Berbahasa kasar, terkinja-kinja seperti orang kerasukan, menyanyikan lagu berirama gospel gereja. Tak usah hendak dibandingkan dengan wanita dunia lain, mereka dgn budaya mereka.
Usah ditegakkan lagi benang yang basah. Cukup sekadar mohon maaf dan janji tak ulangi. Dan, diamkan diri. Bukankah berbanding berkata-kata yang sia-sia itu, berdiam diri itu lebih baik?
Saifullah
Kata Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat-Siti Mariam katanya: ianya merupakan 'kesilapan kecil'.
ReplyDeleteBagi saya,kecil atau besar ianya merupakan dosa.Berhatilah dgn kata2 dan beristighfarlah adalah sebaiknya moga Allah mengampunkan kita semua.. Perjalanan ke Putrajaya makin dekat (dgn izin Allah) tp kalau kita tak mengaku kesilapan diri dan asyik menyalahkan org lain, tiada bezanya kita dgn dia..dan tanpa hidayah dan keredhaan Allah (nauzubillah) kita lebih teruk dari mereka apabila kita berada di puncak kegemilangan nanti.Kegembiraan dan kemenangan yg sebenar adalah kemenangan kita berjaya mengikut perintah Allah dan meninggalkan larangannya (samaada kecil atau besar).
“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” Hadith riwayat Bukhari.
wallahua'lam.
Jgn terlalu nak alih cerita membicarakan kburukan UMNO sbb nak tutup silap kita.. Sy fikir ini tindakan kurang bijak.. Anda silap, anda salah dan anda sepatutnya memohon maaf & sedia memperbetulkan.. semakin byk anda memberi alasan utk meneguhkan benang yg basah, smakin teserlah seribu kedangkalan.. Ini soal hukum.. bukan bleh diauta..
ReplyDeleteDr. jangan salahkan Utusan atas sebab ini. Media memang begitu, akan mengambil kesempatan di atas kesilapan orang lain. Itu normal. Malah harakah juga begitu. Salahkan diri sendiri. Baguslah terkinja-kinja begitu untuk menunjukkan muslimat PAS dah terbuka. Namun yang peliknya, kegembiraan muslimat PAS tu, macamlah DSAI tu ketua mereka. Bab bersalam tu macam mana pula? Sekarang dah boleh ke? Ikut peredaran zamankah.
ReplyDeleteIngat dr, menyesali silap kita lebih baik dari menyalahkan PAS. Sila nasihati WANITA PAS terutama aiman athirah (betul ke namanya) tu.
Sepatutnya Dr. tak perlu memohon maaf pun. Hanya yang jahil hukum dan tertutup dengan persekitaran antarabangsa sahaja akan menghebohkan isu ini. Ada harga untuk pembaharuan minda dan kefahaman termasuk oleh ahli PAS sendiri.
ReplyDeleteAda sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…
ReplyDeleteIni jawapan spontan saya….
Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...
901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan PAS yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yang pergi salam Polis…..
Saya katakan…diik, ini realiti mad'u kita....kita memimpin rakyat...bukan memimpin para alim ulama....
Wording "Mampus UMNO" tu expresi spontan...daripada para jiwa yangg sudah lazim dizalimi Regim UMNO BN.... Peliknya…. bila kita guna perkataan Mampus UMNO ramai yang marah dan pertahankan atas uslub dakwah katanya....
Saya tak nafikan…saya antara yang komited memperingati Muslimat dengan Surah An Nahl : 125 dalam keadaan situasi dakwah yang biasa.
Pada hari itu, suasana dakwahnya berbeza. Di keliling saya adalah Wanita-Wanita Pemberani…yang biasa "bertempur" dengan Kezaliman Regim.
Ekpresi kebencian rakyat. Benarkah kita semua kisah pada nasib rakyat yang telah dizalimi? Ekspresi saya yang juga biasa menjadi mangsa kezaliman Regim di sebalik tirai besi lokap…..
Nasib kami yang menjadi habuan dan makanan Regim? Yang komen dan marah barangkali bukan yang dizalimi, melalui pengalaman sepertimana kami. Kami menjiwai keperitahan di bawah Regim kerana kami yang dipukul, yang diterajang, yang dimandikan dengan air berkimia, yang dikepung dengan gas-gas pemedih mata berulang kali, yang dikurung berjam-jam dalam lori polis dengan niat jahat, dijerkah, ditakut-takutkan untuk dirogol ketika berada di dalam lokap tiga hari dua malam dan lelaki-lelaki bertubuh sasa dan bermuka bengis mendatangi pintu-pintu lokap kami....ada siapa tahu...ada siapa ambik tahu...ada siapa kisah....
Nah...sampaikan semua ini kepada para pejuang di sana...kepada adikku para Muslimat....kepada adikku para Pemuda….yang tidak mengenali kekanda-kekanda mereka sendiri dalam perjuangan…sehingga barangkali fitnah dan umpan musuh mudah melekat….atau apa sahaja….mereka tetap adik-adik kami dalam perjuangan…sekalipun mereka memilih tidak bertanya tetapi terus mengikut rentak yang direbanakan musuh…
Ekpresi kami yang dibiarkan kelaparan... ekpresi kami yang pernah dibiarkan hypo dalam tahanan sehingga tidak upaya bangun melangkah sehinggalah dua tiga orang sahabat datang melawat membawa air manis dan bertenaga…...
Ekpresi kami yang dibiarkan tidur di atas simen yang sejuknya mencengkam ke tulang hitam....
Ekpresi kami yang ada ketikanya dibiarkan tidur di atas lantai simen...berbumbungkan langit dan berselimutkan embun dingin pagi...
Semua ini bukan cerita buku atau ceritera penglipurlara....tetapi kisah benar kami....
Nah...Regim UMNO yang membibitkan rasa benci dan marah kami....Regim zalim ini…tiada ungkapan yg benar-benar ana mahu laungkan melainkan "Mampus UMNO" pada ketika itu. UMNO - Pertubuhan Regim. Saya langsung tidak tujukan pada orang atau individu UMNO. Tapi Pertubuhan zalim itu….
Nah….sekadar ekpresi dari jiwa-jiwa kami yang masih sedang diadili dengan tuduhan dan saksi fitnah.
Kalau itu salah….dan menyebabkan ada yang terguris dan simpati kepada UMNO….maka apa lagi yang mampu saya kata…Cukuplah Allah dan Sahabat-Sahabat Perjuanganku yang mukhlis dalam ukhuwwah ini….
Tentu mereka mengerti….. MAAF JUA.
*Tulisan ini dipetik dari Facebook Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, dengan keizinan beliau. Utusan Malaysia semalam mendakwa bahawa gelagat Muslimat PAS di himpunan 901 cukup "memalukan".
Assalamualaikum Dr. Mariah.
ReplyDeleteSaya blogger ISA (IkutSukaAku), saya mohon maaf kerana terpaksa juga menegur perilaku muslimah dalam meraikan kegembiraan 901.
Saya tidak ambil kisah dengan nyanyian, saya tidak ambil kisah dengan perkataan "Mampus Umno" kerana semua itu adalah bersifat penzahiran rasa benci kepada parti yang menindas dan penipu rakyat.
Secara umum saya amat kesal dengan contoh akhlak yang dipertontonkan, terutama sekali apabila bersalaman dengan abang polis (bukan muhrim).
Selepas itu dengan kenyataan DR. mengatakan sudah "Di Duga", "Perangkap umno" dan beberapa lagi perkataan, bagi saya ianya amat menjengkelkan kerana cuba meletakkan kesalahan kepada orang lain.
Bak kata pengomen di atas..., Minta Maaf sudah memadai. tak perlulah saya ulas dengan panjang lebar kerana komen2 serta teguran di atas sudah diperjelaskan secara detail.
Harap maklum. Menegur bukan bererti membenci, kawan yang baik adalah kawan yang sudi menegur, cuma pendekatan teguran itu mungkin berlainan... contohnya seperti saya di blog kurang ajar....
http://ikutsukaakuisa.blogspot.com/2012/01/ubat-apa-ni-pahit-bebenor.html
http://ikutsukaakuisa.blogspot.com/2012/01/muslimah-pas-lalok-ganja-beb.html
Maaf jua dipohon atas keterlanjuran kata dan bahasa...
apa la muslimat.... buat malu je.... aku budak kecik pum malu tengok
ReplyDeletemaaf aku bukan orang umno....