Thursday, June 10, 2010

Kumutha Memukau Perwakilan Dewan Muslimat

Pesan Ustaz dalam tazkirahnya... pilihlah kawan yang baik, Insa Allah kita akan jadi baik ... katanya lagi kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi Insa Allah wangilah kita.  Satu lagi pesannya lagi jangan berkawan dengan geng-geng yang luluskan lesen judi, takut nanti kita jadi taik judi.

Kumutha juga demikian, kalau sesiapa berpeluang mengikuti ceramah beliau sebelum ini Cik Kumutha kita ni sangat mengagumi Tok Guru Nik Aziz, tidak hanya beliau boleh dikatakan semua ahli DHPP begitu menghormati TGNA. Tok Guru dianggap sebagai ikon yang perlu dicontohi oleh mana-mana ahli DHPP.

Dengan izin Allah tanpa dipaksa lahirlah insan seperti Kumutha dikalangan ahli DHPP. Beliau bukan keseorangan .... nanti kita akan melihat lebih ramai lagi pemidato dikalangan DHPP yang akan bercakap seperti beliau atau mungkin lebih hebat lagi.

Kita nantikan muktamar ini hingga kepenamatnya nanti.

KOTA BHARU, 10 Jun: Ucapan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS, Kumutha a/p Rama, menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati apabila beliau sering mengaitkan agama dalam ucapannya.

Kerana semangatnya yang melahirkan rasa syukur berada dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam bersama kepimpinan ulama, kedengaran anggota perwakilan bertakbir.

Kumutha dalam ucapan penangguhannya menegur sikap muslimat sewaktu muktamar yang kadang-kadang agak riuh rendah khususnya sewaktu membahaskan usul.

Menurutnya, sebagai seorang muslimat etika perlu dijaga.

“Sebagai seorang muslimat kita kena sabar, bukankah sabar itu separuh daripada imam,”ujarnya sambil disambut takbir oleh para perwakilan.

Sambungnya, agama Islam memang diakui baik dan murni kerana itu nilainya perlu dijaga oleh para ahli.

“Saya tinggal di Johor, saya dapati kaum muslimat ramai menutup aurat berbanding golongan lain yang tidak mengikuti jemaah ini,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau mengingatkan anggota parti jangan terpengaruh dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana mereka ada udang di sebalik batu.

Katanya,  jangan sekali-kali terpedaya dengan Umno yang tidak pernah jujur, berfikir dulu sebelum bertindak.
Beliau turut mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini membuat slogan Satu Malaysia.

“Sebelum slogan tu Malaysia ada banyak ka? Satu ni je Malaysia,” ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapan penggulungan mencadangkan perwakilan dan pemerhati mengekalkan pakaian rasminya hijau putih.

Menurutnya, keseragaman pakaian itu menandakan kesepakatan dalam perjuangan Islam.

“Walaupun warna lebih kurang pelajar Pasti tak apalah, asalkan kita ada identiti kita dan perpaduan dan kesatuan dalam parti,” ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika menggulung ucapannya, mengharapkan anak bongsu PAS dapat membantu melebarkan perjuangan PAS di seluruh negara.

Sambungnya, untuk itu Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu diwujudkan di setiap negeri dan kawasan di seluruh negara.

Katanya, warna hijau lembut menggambarkan keceriaan dan bukannya kanak-kanak Pasti.

“Kumutha pun boleh pakai baju warna ni ya,” ujarnya.

1 comment:

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts