Monday, May 9, 2011

Utusan Malaysia sungguh tidak bertanggung jawab

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan laporan yang bertujuan membakar semangat orang Melayu-Islam berhubung isu 'negara Kristian' melambangkan satu bentuk pemberitaan yang sangat tidak beramanah.

"Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.

"Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutama dikalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju kearah negara kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan dakwaan pemimpin Kristian berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara.


Dibuat dalam bentuk penafian, akhbar milik Umno itu turut melaporkan agenda menjadikan Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Laporan akhbar memetik tulisan di blog Zakhir Mohamed atau lebih dikenali sebagai Big Dog dan blog Marahku.

Dalam kenyataan ringkat empat perenggan hari ini, Abdul Hadi sebaliknya menyifatkan "mereka" yagn sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat.

Tanpa menyebutkan pihak itu secara jelas, anggot parlimen Marang itu juga mendakwa mereka juga selali gus "melemahkan jatidiri orang melayu beragama Islam".

"Melayu seterusnya menghadapi kecelaruan sahsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang Melayu beragama Islam dalam negara kita ini," katanya.

2 comments:

  1. Berita khabar angin yg tak logik mcm ni pun boleh percaya? nampak sgt editor/wartawan utusan ni failed ilmu perlembagaan. ingat nak ubah perlmbagaan tu senang2 mcm naik harga gula ke?

    ReplyDelete
  2. umno nk rakyat menilai mengenai apa yang telah dan sedang berlaku..sebagai perbandingan kita fikirkan..hari ahad ialah hari kebesaran kristian dab hari jumaat ialah hari kebesaran islam..SIAPA kah menukarkan hari jumaat kepada hari ahad sebagai cuti..di johor,trengganu,perlis dan lain lain negeri kalau ameno..

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts