Sunday, July 10, 2011

Kita mahu siasatan awam oleh Suhakam terhadap Polis disegerakan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bersedia menimbang untuk mengadakan siasatan awam terhadap isu kekerasan polis dalam membanteras perhimpunan aman Bersih semalam yang berakhir dengan seorang mati dan puluhan lagi yang cedera. 


Pesuruhjaya Suhakam Mohamad Sha’ani Abdullah menggesa semua pihak yang mendakwa dikasari polis membuat aduan rasmi kepada badan itu bagi membolehkan badan itu mengambil tindakan susulan.

Sebuah siasatan awam akan menwajibkan pegawai-pegawai polis untuk tampil memberi keterangan dan penjelasan kepada Suhakam mengenai tindak-tanduk mereka dalam membanteras Bersih 2.0.


Sha’ani berkata polis tidak harus menggunakan kekerasan selagi tidak ada risiko keselamatan atau ancaman nyawa.

“Sebarang tindakan pihak berkuasa tidak boleh membelakangkan keselamatan dan risiko kepada kesihatan mana-mana pihak,” tambah beliau lagi.

“Perkara ini perlu menjadi pengajaran bahawa tindakan (polis) harus secocok dengan risiko ataupun ancaman. Kalau tiada ancaman tidak perlu tembak gas pemedih mata dan pihak berkuasa perlu prihatian kepada keadaan bukan menunjuk kuasa. Itu bukan penyelesaian, tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts