Dipagi yang indah & damai ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1432H kepada seluruh umat Islam dimana sahaja anda berada dibumi Allah tercinta ini terutama untuk rakyat dan pengundi di Parlimen Kota Raja yang tercinta.
Jika tiada aral merintang ada kemungkinan besar kita akan menyambut Ramadhan bermula pada hari esok, apa pun kita sama-sama menunggu peristiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam ini.
Ramadhan 1432H @ tahun 2011 ini sudah tentu jelas amat berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu.
Kenaikan mendadak harga barangan keperluan seharian sudah pasti amat memeritkan kaum ibu untuk yang terpaksa berjimat cermat mengawal perbelanjaan.
Sebagai wakil rakyat, saya amat memahami situasi ini dan berharap kerajaan dapat mengambil tindakan yang drastik untuk mengawal kenaikan harga barang yang menggila pada ketika ini.
Dalam masa yang sama saya juga suka menasihati kepada suri rumah yang tidak bekerja dipejabat atau kilang supaya mencari jalan terbaik untuk membantu menambah baik ekonomi keluarga puan.
Seperti mana yang puan-puan dapat lihat bahawa Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja telah menyediakan konsultan bertauliah dan berpengalaman untuk puan-puan belajar menjalan perniagaan secara "home buisness". Ini adalah peluang terbaik untuk para suru rumah tangga untuk menambah pendapatan dibulan ramadhan ini.
Semuga Ramadhan kali ini menginsafkan kita semua bahawa rakyat perlu terus memberi mandat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor dan mengizinkan kami menakluki Putrajaya supaya ratusan bilion pendapatan negara dapat dikongsi dan dinikmati bersama rakyat jelata.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah