Saturday, February 21, 2009

Berita yang ada 'nilai berita'

1. "Jika sesuatau berita tersebut mempunyai nilai berita kita akan siarkan" pernah kita dengar dari seorang pak menteri. Tentunya dalam kes Eli, ianya mempunyai nilai berita sehingga menjadi tajuk-tajuk utama dalam media arus perdana dalam seminggu ini. Tun Mahathir dan ramai lagi berpendapat bahawa isu tersebut bermotifkan politik. Eli telah diaibkan dan menawarkan diri untuk meletakkan jawatan. Dari penilaian mereka "inilah berita yang mempunyai nilai berita dan mesti disiarkan sekerap mungkin"

2. DSAI dedahkan isu pita rakaman kes merasuah ADUN Kulim, Lim Soo Nee untuk melompat ke BN. Aduan ke SPRM telah dibuat termasuk pita rakaman tersebut telah dihantar bersama... semalam mstar melapurkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata kenyataan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwaan membabitkankan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim dari Parti Keadilan Rakyat akan menjejaskan siasatan kes itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato Seri Ahmad Said Hamdan berkata Suruhanjaya sedang menjalankan sisatan terhadap kes itu dengan berkata 'dalam kes Kulim memang sedang dalam siasatan sekarang dan belum habis lagi dan kenyataan Anwar itu bagi saya akan menjejaskan proses siasatan' katanya.

3. BN terlepas pandang kuasa speaker. Di Teluk Intan ada sebuah jam tinggi berbentuk Pagoda yang dibina oleh pedagang Cina, ianya menjadi salah satu tempat bersejarah di Perak. Dari masa kesemasa semakin lama keadaan jam yang dibina cukup tegak pada awal pembinaan nya telah menjadi sengat dan semakin senget dari sehari kesehari. Selepas lebih 51 tahun memerintah samalah juga dengan kerajaan BN Perak yang sudah senget menuju rebah. Ikut kiraan mudah di dalam Dewan Undangan Negeri Perak BN hanya mempunyai 21 ADUN yang boleh hadir semasa dewan bersidang manakala PR 28. Dalam berita jam 7 pagi semalam PM menyedari muslihat PR. Zambery belum ambil sebarang tindakan berikutan penggantungan nya itu. Majlis Peguam menyatakan bahawa Speaker ada hak untuk melaksanakan tanggung jawabnya dan keputusannya tidak boleh dicabar dimahkamah. Drama semakin menarik, kita masih menunggu kejutan yang bakal berlaku selepas ini (para penganalisa politik dan bloggers telah memberi amaran bahawa dengan kaedah lompat parti dan perlantikan MB baru tidak akan menyelesaikan kemelut kerajaan negeri melainkan memberikan semula kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan)

4. Hilang Fokus terhadap rangsangan ekonomi. Tindakan yang diambil lambat dan kurang berkesan. Sebabnya politik mendapat perhatian utama para pimpinan negara ketika ini. Selepas PRU 12 dan pemilihan jawatan Umno pada Mac nanti, pemimpin sudah hilang fokus dan sudah tidak peka dan seolah-olah tidak ambil kisah dengan kesusahan rakyat, tumpuan mereka ialah bagaimana untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam parti. Hari demi hari rakyat dihimpit pelbagai masaalah kerana kehilangan pekerjaan dan dalam masa yang sama di bebani dengan kesan kenaikan harga barang keperluan harian. Kegawatan ekonomi ini harus ditangani dengan segera supaya rakyat dapat terus dapat hidup sempurna dibumi tercinta ini.

5. "Rakyat Hakim Negara" Selepas beberapa peristiwa dan kecelaruan politik Malaysia pada ketika ini, mau tak mau BN terpaksa menghadapi PRK di dua bukit yang panas ketika ini atau mungkin menjadi di 3 bukit. Apa pun seperti yang di nyatakan oleh YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam "BN jangan fobia atau merasa takut untuk menyertai mana-mana PRK selepas ini walau pun mereka asyik kalah kebelakangan ini, mungkin satu hari nanti mereka akan menang". Keputusan terkini dalam dua PRK ialah 2 - 0.

2 comments:

  1. saya bersetuju dengan tajuk yang sudara terbitkan... walaupun saya tidak diminta untuk bersetuju, tetapi memang tidak ada nilai berita yang kita sering dengar atau baca di dada2 akhbar....
    baru2 ne saya ke indonesia dan kebetulan pula bulan april ne pilihanraya umum.... dan kebetulan lagi tarikh plihanraya 2 hari selepas prk 2 BUKIT... nampaknya orang2 tua di putrajaya kene pergi ke INDONESIA tengok sendiri macam mane pemilu di indonesia..... nasihat kepada orang tua "RUMAH KATE PERGI KUBUR KATE MARI"

    ReplyDelete
  2. Mana dia orang berani nak pergi Indon, dengan keadaan di Perak yang tidak menentu, sementara di 2 bukit dalam keadaan panas membara. Ayuh, kuatkan pasukan kita, moga dengan izin Allah Insa Allah keputusan permainan nanti menjadi 4 - 0

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts