Saturday, February 14, 2009

Tamak kuasa


MB Perak pegang lapan portfolio timbul tanda tanya


Pengumuman Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, memegang sehingga lapan portfolio dalam senarai barisan Exco, menimbulkan tanda tanya di kalangan orang politik.

2 portfolio sudah tidak menang tangan ini kan pula 8

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai kemampuan sebenar Menteri Besar itu dan barisan Exconya. “Saya hanya memegang dua portfolio dalam barisan Exco Pulau Pinang dan itu pun saya sudah tidak menang tangan,” Beliau tidak faham keputusan itu dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi kepada Kerajaan Perak yang baru. Inilah sifat sebenar seorang MB yang dilantik mengikut pintu belakang, beliau sendiri pun tidak yakin salama mana beliau akan kekal sebagai MB tersebut lalu beliau akan menggunakan segala peluang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan peribadi selagi peluang masih didepan mata. Tindakan ini bukan pelik bagi mereka tetapi amat memeranjatkan pemimpin besar berjiwa rakyat yang ada dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat memilih ADUN yang tiada kelayakan


Tindakan MB ini mengiyakan telahan rakyat selama ini bahawa BN/UMNO tidak mempunyai calun yang berkelayakkan untuk diketengahkan sebagai pemimpin kerana kebanyakan orang cerdik dan berilmu pengetahuan tidak lagi menyokong perjuangan mereka lantas mereka ketandusan pemimpin yang berwibawa. Rakyat yang memilih meraka akhirnya tertipu kerana sebenarnya mereka telah memilih seorang pemimpin yang tidak berkemampuan untuk menguruskan negeri yang mereka pimpin.

Satu pertanyaan “Adakah ini bermakna beliau (Dr Zambry) tidak mempunyai Exco berkemampuan untuk memikul tugas pentadbiran kerajaan? Kalau ini berlaku ianya amat malang sekali kerana selepas ini kerajaan baru Perak tidak akan berfungsi dengan lebih efektif untuk melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan dan ada kemungkinan juga mereka yang tiada kelayakan ini juga tidak mampu untuk membuat dasar untuk negeri dan kalau ini berlaku ianya amatlah merugikan rakyat negeri Perak.


Tiada team work

“Sepatutnya mereka bekerja dalam satu kumpulan di samping berkongsi beban kerja untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif dan membuat keputusan secara kolektif. “Ini bukan kerja seorang diri (one man show) tetapi bekerja sebagai satu kumpulan,”.

Persoalannya sama ada Dr Zambry mampu memikul dan melaksanakan tanggungjawab serta peranan semua portfolio itu. “Mungkin itu adalah di luar kemampuannya,”
Dalam dunia ni tidak ramai pemimpin jenis ini tetapi memang ada. Pemimpin yang merasakan dirinya amat sempurna dari segala segi akan memandang rendah pada kemampuan orang lain. Selain itu pemimpin jenis ini adalah seorang pemimpin yang tidak bersifat terbuka dan amat susah untuk menerima pandangan orang lain, ia lebih selesa berkerja didalam kumpulan yang paling kecil yang menurut saja semua arahannya. Dalam keadaan seperti ini akhirnya rakyatlah yang akan menerima akibat dan kerugiannya.

Pelabur lari rakyat rugi


Keadaan itu juga boleh memberi gambaran tidak sihat kepada pelabur luar apabila mendapati kurang kumpulan cerdik pandai untuk mentadbir sesebuah negeri menyebabkan banyak bidang perlu diterajui sendiri oleh Menteri Besar. Pelabur luar akan melihat pelbagai aspek sebelum membuat keputusan untuk melabur. Portfolio dalam barisan Exco Perak itu menggambarkan seolah-olah mereka ketandusan pemimpin yang berkaliber. Ini akan menyebab keyakinan mereka terhadap perkembangan ekonomi negeri tidak dapat di menafaatkan sebaik mungkin.

Kesimpulan


Dalam keadaan Menteri Besar memonopoli 8 portfolio ini disamping terpaksa menghadiri pelbagai program resmi Menteri Besar, besar kemungkinan beliau terpaksa meletakkan beberapa orang kepercayaan nya untuk membantu beliau bagi melaksanakan tugas-tugas tersebut. Macam kaedah biasa yang sudah lama di praktikkan oleh umno, mereka akan pastikan kroni mereka diletakkan dibahagian tersebut walau pun sebenar mereka bukan orang berkemampuan untuk diberi jawatan itu.


Akhirnya mereka hanya nampak habuan yang bakal mereka perolehi dan dengan yang demikian rakyat akan terus menderita sebagaimana deritanya mereka selama lebih 51 tahun dibawah kerajaan BN.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts