Tindakan Muhyiddin Yassin menjawab kekesalan Pakatan Rakyat termasuk tentang perbuatan SPR yang sengaja melewatkan PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau amat melucukan. Beliau bukan Pengerusi SPR. Orang tanya SPR kenapa dia sibuk nak jawab sambil memberi cabaran pula ke pada PR. Siapa dia ni ye? TGNA menyifatkan masa yang diambil selama 58 hari untuk mengadakan PRK tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal melainkan SPR menurut telunjuk pihak tertentu.
Berikut adalah antara kenyataan Muhyiddin yang sepatutnya di jawab oleh SPR.
1. Pembangkang tidak perlu mempertikaikan tarikh itu kerana ia tertakluk di bawah undang-undang SPR sendiri. “Itu kuasa SPR menentukan bila-bila masa asalkan dalam tempoh 60 hari selepas kerusi dikosongkan, kalau lama sangat atau cepat sangat tidak harus jadi masalah. “Kenapa perlu dipertikaikan?” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
2. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sekiranya pembangkang tidak berpuas hati dengan keputusan SPR dan tidak mahu bertanding, lebih menyenangkan pihak Barisan Nasional untuk menang tanpa bertanding.
3. Mengulas mengenai hari penamaan calon yang diadakan sehari selepas Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung 24 hingga 28 Mac ini, beliau berkata, tidak sepatutnya wujud sifat buruk sangka dalam politik. “Dalam agama Islam sendiri sifat buruk sangka itu adalah tidak baik. Tarikh itu mungkin adalah kebetulan sahaja,” katanya.
Tarikh pilihan raya kecil dipolitikkan
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penetapan tarikh pilihan raya kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai satu perkara yang dicampuradukkan dengan politik.
Nik Aziz berkata, penetapan tarikh tersebut memberi kelebihan kepada Barisan Nasional kerana ia diadakan selepas Perhimpunan Agung UMNO bermula pada 24 Mac. “Ini nampak macam campur aduk pihak berkuasa. Ini macam-macam perkara. Kenapa nak buat selepas Perhimpunan Agung UMNO?” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu diadakan 29 Mac manakala hari mengundinya pula diadakan serentak pada 7 April. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu berpendapat jika benar keputusan SPR itu didalangi kerajaan dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof perlu melepaskan jawatannya.
“Bagi negara yang bertamadun seperti Eropah, dia tak layak dah nak jadi Pengerusi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan SPR yang mengambil masa sehingga 58 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kerusi kawasan berkenaan kosong.
Pembangkang mendakwa tarikh tersebut diputuskan SPR atas desakan pimpinan BN khususnya UMNO.

Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.
ReplyDelete"Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah".
"Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan".
"Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman".
"Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang".
"Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.".
"Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini".
View Profile: Rantong™