2. YB Jamaludin dan YB Osman dituduh rasuah melibat jutaan ringgit dan kes mereka akan dibawa ke muka pengadilan tidak berapa lama lagi. Semoga SPRM melakukan yang terbaik bahawa mereka yang bersalah mesti di hukum yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan tanpa rasa takut kepada sesiapa melainkan Allah.
4. Semua Ahli Parlimen yang mewakili seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada penubuhan SPRM ini kerana kami percaya bahawa anda semua bebas untuk melakukan kerja tanpa merasa takut dan terikat kepada sesiapa dan jangan ikut cara orang politik berdalih sana berdalih sini, tunggu orang buat lapuran dan sebagainya. Ada nampak kes terus mulakan siasatan.
5. Siasatan keatas politik wang yang SPRM jalan kan terhadap Dato Norza menunjukkan bahawa SPRM menunjukkan wibawa sebenar dan hendaklah bertindak terus tanpa rasa ragu dan gentar terhadap tunjuk perasaan yang dilakukan oleh UMNO di PWTC tempuh hari (lihat foto). Secara peribadi kami menyokong penuh usaha SPRM dalam kes ini.
6. Semua pimpinan PR, penyokong PR, pengulas politik, NGO, individu dan bloggers yang 'benci rasuah' disarankan mendapatkan bukti yang kukuh, serta idea bernas seterusnya membuat lapuran kepada kumpulan peguam PR yang sepatutnya telah dibentuk bagi meneliti setiap lapuran seterusnya membuat aduan kepada SPRM dengan bukti yang nyata.
7. Bertindaklah bermula sekarang agar WIBAWA SPRM tidak tercela
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah