Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Bajet 2013 yang dibentangkan hari ini satu lagi gimik politik Barisan Nasional (BN).
Menurut Anwar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi cuba memberi gimik politik bagi memenangi hati rakyat.
"Ini hanya gimik politik. Jelas memang pembentangan Bajet 2013 ini hanya bermotifkan politik," kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas sesi pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.
Menurut Anwar, rakyat sendiri bijak menilai motif permainan politik secara senyap yang cuba dimainkan oleh BN.
"Saya yakin rakyat bijak menilai ke mana perginya sebahagian besar wang rakyat," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyindir Najib kerana tiada sebarang bajet diperuntukkan bagi mengubah struktur tahap rasuah di negara ini.
"Masalah besar negara ini ialah penyelewengan dan rasuah,
"Perubahan besar bagi membendung masalah rasuah ini yang perlu dititikberatkan," tegasnya.
Anwar turut menegaskan yang Najib tidak sepatutnya menggunakan gimik politik ini bagi memenangi hati rakyat kerana rakyat negara ini mampu berfikir secara waras bagi menilai sesuatu.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah